Part 15

5.3K 360 26
                                    

Evelyn tersenyum gembira. Dia melihat keretanya yang sudah siap dibaiki. Tunggu sebentar lagi, boleh lah dia memandu semula.

"Evelyn, apa kes dengan datin yang serang u haritu?" Soal Melly. Air kotak yang sudah habis diletak di tepi.

"Erm.. Rayqal kata perbicaraan bulan depan. Sebab sekarang ni dia banyak kes nak urus. Jadi lambat lah" balas Evelyn.

"I sangat tak faham dengan datin tu. Sebelum ni kita takde complain dari costumer pun. Tapi dia? Apa tah dia buat dengan baju tu. Siap nak saman bagai." Melly menggelengkan kepala. Kalau boleh hendak saja dia menolak datin itu keluar dan menutup pintu. Sangat malas dia hendak layan. Tapi dia bukan lah bos di situ. Dia tidak boleh buat apa.

"Kalau boleh i nak jerit depan muka dia. Tapi tak boleh sebabnya nanti disaman lagi. Setakat baju pun nak saman. Whats kind of person tah" Evelyn mencebik bibir. Bukan dia tidak marah. Dia juga marah. Malah seperti hendak dijahit jahit mulut datin itu.

"Eh by the way Melly, thanks sangat sebab hantar i untuk ambik kereta i. " kata Evelyn.

"Sure. Anything just tell me k? I nak kena gerak sekarang. Sebab nak tolong your mom masak di rumah. Jangan lupa, malam ni ada birthday party anak buah u" kata Melly.

"Party?"

"Ya lah. Kakak u punya anak buah lah. Eryna tu" balas Melly geram. Apa punya mak saudara yang lupa tentang anak saudara sendiri?

"Oh! Eryna. Aish i lupa lah. Kakak i pun satu bukan nak ingatkan awal awal. Hadiah pun i tak beli lagi" Evelyn merungut. Hidungnya di kerutkan.

"Tak payah buat muka. Buruk i tengok. I gerak dulu. Jangan lupa malam ni" sempat Melly berpesan sebelum pergi.

"Lets go" Evelyn terus memasuki keretanya. Haih, sudah berminggu dia tidak membawa keretanya. Baru hari ini keretanya siap.

************

"Mana ni" Evelyn memandang satu persatu kotak permainan di situ. Namun, tiada satu pun yang menarik minatnya untuk membeli.

Sudah setengah jam dia berada di kedai mainan ini. Tapi dia tidak tahu hendak beli apa kepada Eryna.

Matanya tiba tiba terpandang satu patung beruang bewarna merah jambu. Dilehernya mempunyai riben berwarna unggu.

Kakinya dilajukan ke situ. Belum sempat tangannya mencapai, ada tangan lain yang sudah ambil dahulu.

"Eh"

"Nak ke?" Soal lelaki itu. Sungguh indah ciptaan mu Ya Allah. Sempat lagi Evelyn memuji kekacakan lelaki ini. Rasanya dia pernah jumpa dengan lelaki ini. Tapi di mana?

"Takpelah. Encik dapat dulu. Hehe"

"Thanks" terus lelaki itu berlalu.

Evelyn di situ menumbuk-numbuk angin. Geram sungguh.

Sombong!

Dia terus berlalu. Berjalan kehulu ke hilir di dalam kedai tersebut. Mencari sesuatu yang lagi sesuai.

Namun fikirannya masih terbayang patung beruang tadi.

Kalaulah dia cepat sedikit, pastu dia sudah pulang ke rumah sekarang.

"Erm..ambiklah ni."

Evelyn memandang tepi. Lelaki tadi menghulurkan patung beruang yang tadi.

"Betul?"

"Ya betul" patung beruang itu berubah tangan. Lelaki tadi terus pergi.

Evelyn melihat lelaki tadi keluar dari kedai bersama seorang perempuan bertudung.

Blue EyesWhere stories live. Discover now