"Suka?" Irfan menyoal kepada dirinya sendiri.
Dia berbaring di tingkat paling atas rumahnya yang mempunyai bumbung lut sinar yang boleh melihat langit berwarna hitam dan dipenuhi dengan bintang- bintang dipandang.
Ayat yang di katakan oleh haqiem terngiang-ngiang di kepalanya.
"Kalau suka, baik kau kejar sebelum terlambat"
Irfan tergelak sendiri. Kepalanya di gelengkan lalu di bangun dan duduk bersila.
"Gila" perkataan itu muncul di bibir irfan.
"Haish. Serabutlah!" Irfan menggosok mukanya.
Iphone irfan yang berada di tepinya di ambil. Dia scroll moment di instagram. Sesekali jarinya laju menekan hati.
"Apa ni?" Irfan melihat gambar itu dengan lebih jelas.
"Finally he understand?" Irfan membaca caption gambar tersebut.
Dia cuba melihat gambar yang di post oleh evelyn. Tetapi gambar tersebut di blur kan. Sempat juga dia melihat comment dan likes di gambar tersebut.
278831Likes , 163816 Comment.
Irfan tersengih. Ya. Dia follow evelyn di instagram. Tidak ramai yang tahu bahawa evelyn mempunyai instagram. Dia jumpa instagram evelyn inipun semasa dia sengaja type nama evelyn di situ. Tak sangka terjumpa.
Dia juga tahu bahawa pelajar sekolahnya tidak mengetahui bahawa evelyn ini lain di sekolah dan di luar sekolah. Sering sahaja di melihat evelyn post gambar bersama kawan kawanya yang lain di instagram. Evelyn ini dikira sebagai insta famous lah jugak.
Tetapi irfan rahsiakan. Dia tidak mahu sesiapa tahu. Dia hanya mahu dia sahaja yang tahu mengenai evelyn.
Dia pun tidak tahu mengapa.
Jujur dia katakan, evelyn memang cantik. Cuma dia saja yang ego tidak mahu mengaku.
Hatinya tiba tiba terdetik ingin mengetahui siapa jejaka yang berada di dalam gambar evelyn tahu. Perasaannya membuak buak ingin tahu.
Dia mesti cari siapa lelaki tersebut.
************
"Yang ini kan, awak kena darab lepastu bahagikan dia. Bila dapat jawapan, tulis dekat sini dengan ayat dia sekali." Terang evelyn. Ini dah masuk bulan ke 2 dia mengajar adrian.Sudah beberapa kali juga dia geram dengan adrian yang sering kali lupa cara hendak melakukan latihan tersebut.
"Aku cuba" balas adrian. Dia cuba membuat latihan tersebut. Sekejap sekejap dia menconteng di tepu buku untuk mengira.
"Nah" adrian memberikan bukunya kepada evelyn.
"Salah lagi lah adrian!" Tegas evelyn. Penat juga rasanya dia mengajar adrian yang tidak paham paham. Sekarang ini, dia tiada lagi berada malu bersama adrian. Dia sudah selesa dan menganggap adrian sebagai kawannya.
"Alahhh" adrian mengeluh. Dia langsung tidak mengambil hati dengan cara evelyn memarahinya. Salah dia juga. Siapa suruh lembab sangat.
YOU ARE READING
Blue Eyes
Teen FictionAdrian Iskandar seorang pengawas yang diminati ramai. Seorang yang peramah dan baik hati. Ramai juga yang memendam perasaan terhadapnya tetapi cepat cepat ditepis. Sebabnya hanya satu. Adrian Iskandar ialah anak kepada Ketua Guru Disiplin di sekolah...