Part 1

10.1K 663 38
                                    


*************
Evelyn berjalan masuk ke dalam sekolah setelah dua bulan bercuti. Tahun terakhirnya sebagai seorang pelajar sekolah menengah bermula.

Bermula dengan sesi suai kenal dan pengenalan kepada peperiksaan besar akan datang iaitu Sijil Pelajaran Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPM.

Selepas itu evelyn mula memasuki kelasnya yang berada di tingkat atas sekali. Ambik aliran account mestilah kelas atas sekali.

Pada tahun ini, Evelyn mempunyai seorang kawan bernama Qaira Arynna tetapi Qaira mengambil aliran sastera. Jadi, tak sama kelas. Mereka mula berkawan daripada tahun lepas disebabkan kejadian Qaira tertumpahkan air dekat baju evelyn. Bermula dari situ mereka berkawan.

"Okay Kelas. Sila beri perhatian" kata Puan Liza.

"Hari ini hari pertama kamu sebagai pelajar form 5. Jadi kita akan mulakan dengan pelantikkan ajk kelas. Sia-"

Kata kata puan liza dipotong.

"Maaf cikgu. Saya lambat" kata seorang pengawas lelaki.

"Kamu kelas ni ke? Bukan ekonomi?" Soal puan liza.

"Dah tukar. Mak saya suruh masuk account" pengawas itu tersengih.

"Kalau macam tu, silakan duduk" kata puan liza. Pengawas tersebut mula duduk di tempat yang kosong.

"Hani! Ikat rambut kamu" puan liza menegur seorang perempuan yang duduk di bahagian belakang.

"Alah cikgu. Tak biasa lah ikat" balas hani.

"Ikat rambut supaya tak rimas. Kamu nak orang tengok kamu macam hantu kak limah ke?" Balas puan liza pula

"Yang hantu budak tu hah cikgu. Pelik" hani menunjuk ke arah evelyn yang duduk di tepi tingkat bahagian tengah. Pelajar lain mula ketawa.

"Sudah sudah. Hani, ikat rambut tu sebelum saya hantar ke disiplin" kata puan liza.

"Okay. Saya sambung ya. Siapa yang nak calonkan sesiapa untuk jadi ketua kelas?" Soal puan liza.

"Cikgu kita orang mana kenal sesiap lagi." Kata seorang pelajar.

"Bukan tahun lepas dengan tahun ni sama ke?" Soal puan liza.

"Tak lah cikgu. Tahun lepas ada 4 kelas account. Tapi tahun ni ada 3 jadi bercampur. So, pengenalan lah cikgu" kata pelajar.

"Kalau macam tu, kita start dengan pengenalan. Mula dari bahagian sana" puan liza menunjuk ke arah seorang pelajar perempuan yang duduk di bahagian hujung tepi.

"Selamat berkenalan. Nama saya Qisha Auni" lalu dia duduk.

"Seterusnya" kata puan liza. Lalu mulalah sesi perkenalan. Dan akhirnya sampai giliran evelyn.

"Hai. Nama saya Evelyn Ilyana. Selamat berkenalan"

Seterusnya, giliran pengawas tadi.

"Hai. Nama saya Adrian Iskandar. Anak kepada puan asyura" kata adrian lalu duduk.

"Eleh. Nak promote mak dia je tahu" perli puan liza.

Adrian hanya tersengih.

"Okay. Siapa nak jadi ketua kelas?" Soal puan liza setelah sesi pengenalan tamat.

"Saya cadangkan budak pelik. Eh! Silap. Evelyn" kata seorang pelajar.

"Kenapa kamu cadangkan dia?" Soal puan liza.

"Sebab dia sesuai. Dia kan suka tolong cikgu" kata pelajar tersebut.

Pelajar yang lain mengiyakan.

Kerana ketua kelas dan penolong kelas mesti sentiasa menolong guru guru. Tak kira masa. Sama ada mengangkat barang atau kotak yang besar dan mereka juga mesti balik paling lewat untuk pastikan semua pelajar keluar dari kelas. Selepas itu, mereka akan check di dalam kelas sama ada kelas bersih atau tidak. Seterusnya, barulah lah mereka boleh pulang selepas mengunci pintu kelas.

Tak lupa juga. Sekolah ini adalah antara sekolah 10 teratas di Malaysia. Disebabkan itu, sekolah ini menukar pakaian harian pelajar di sekolah tersebut. Daripada baju kurung, ditukarkan kepada baju kemeja supaya ia tetap menutup aurat dan sekolah ini juga tidak memakai vest tetapi ditukarkan kepada blazer. Jadi pakaian mereka akan nampak seperti international school, hakikat nya tidak.

Ciri-ciri pakaian pelajar biasa adalah kemeja berlengan pendek berwarna putih. Blazer mereka berwarna maroon dan tie akan ikut warna blazer. Kain dan seluar pula bewarna hitam. Manakala pakaian pengawas adalah kemeja berlengan pendek berwarna biru. Blazer berwarna biru pekat dan tie akan ikut warna blazer. Kain dan seluar pula berwarna biru navy. Kasut di wajibkan hitam. Tak lupa juga di setiap blazer di sebelah kiri akan ada lencana sekolah yang berwarna gold dan ada dua poket kecil di kiri dan kanan.

Di sekolah ini juga tidak wajib kepada pelajar perempuan untuk memakai tudung, jadi ramai lah yang hendak belajar di sekolah ini sehingga terpaksa disekat.

"Jadi evelyn, kamu nak jadi ketua kelas?" Soal puan liza.

"Taknak" balas evelyn.

"Kalau macam tu, saya terpaksa calonkan orang lain" kata puan liza.

"Tapi kalau tiada siapa, evelyn juga lah yang kena jadi. Betul kan cikgu?"

"Ya betul" balas puan liza.

Evelyn mengeluh.

"Jadi ada sesiapa nak calonkan ketua kelas?" Soal pun liza.

1 minit
2 minit
3 minit
4 minit
5 minit

"Sudah terang lagi bersuluh ketua kelas kita adalah evelyn. Evelyn sila ikut saya ke bilik guru selepas ini" kata puan liza.

"Tahniah evelyn"

Evelyn hanya senyap. Bukan dia tak tahu yang pelajar di dalam kelas ini sangaja jadikan dia ketua kelas.

"Penolong?" Soal puan liza

"Saya cikgu!" Jerit zafrel.

"Baiklah kamu ya. Jangan lupa jalankan tugas" puan liza menulis nama mereka di dalam buku catatan.

"Sebelum kita mula, saya akan ubah tempat duduk kamu semua" kata puan liza membuatkan semua pelajar mengeluh.

Akhirnya tempat duduk telah disusun dan evelyn duduk di tepi tingkap dan sebelah dia pula adalah adrian. Jadi dia tersepit.

Itu yang membuatkan evelyn tahu hidupnya sepanjang tahun ini tidak akan aman.

**********

Blue EyesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang