Part 5

7.5K 767 66
                                    

"Kau tahu en aku tak berapa minat sangat dengan lagu kpop" kata irfan

"Tahu. Tapi ada satu lagu ni gempak gila" kata haqiem lalu dia menyedut air nya.

"Aku tak berapa minat." Balas irfan.

"Aku tahu. Tapi, cuba lah dengar. Mana tahu kau minat. Kan?" Kata haqiem.

"Nanti nantilah" balas irfan. Matanya meliar mencari seseorang.

"Irfan. Evelyn dah sampai" kata haqiem. Mata irfan terus memandang pagar sekolah.

Dia berdiri untuk pergi ke arah evelyn. Tetapi kakinya menjadi kaku apabila melihat evelyn berjalan masuk bersama adrian. Terus sahaja dia duduk semula.

"Kau asal? Pergilah" kata haqiem. Dia terkejut melihat irfan yang duduk semula. Sedangkan mereka duduk di sini pada pagi ini hanya untuk menunggu evelyn.

"Kau tak nampak siapa tu? Sebelah dia" kata irfan. Matanya tajam melihat evelyn dan adrian bergelak ketawa.

"Sejak bila irfan zaquan ni seorang pengecut? Ha?" Haqiem memandang irfan.

Irfan menutup mukanya dengan tangan. Matanya dipejamkan rapat. Cuba mencari semangat yang hilang.

"Lagi 8 minit nak bunyi loceng. Baik kita pergi beratur sebelum kita yang kena denda" kata irfan lalu menggalas bag sekolahnya. Dia dan haqiem berjalan bersama sama untuk masuk ke dewan sekolah.

********

"Untuk pengetahuan kau lagi sekali. Aku tak minat kpop" kata adrian. Dia mengeluarkan buku dari dalam bag.

"Cuba lah tengok" kata evelyn.

"Malas lah"

"Please"

"Okay nanti aku tengok. BangtanBoys kan?" Soal adrian.

"Yup!" Balas evelyn.

Adrian hanya menggelengkan kepala. Semenjak dia berkenalan dengan evelyn, bukan sahaja dia mahir dalam bidang pelajaran. Bidang kpop pun dia dah hafal. Sebelum kenal dengan evelyn, dia sendiri tidak tahu apa itu runningman. Tetapi sekarang, sebutlah siapa ahli runningman pasti dia tahu. Semuanya disebabkan evelyn.

"Nantikan. Waktu balik, kau tunggu aku dekat pondok macam biasa. Aku lambat sikit sebab ada meeting dengan semua pengawas sekolah" kata adrian.

"Lama ke?" Soal evelyn

"Sikit lah. Lebih kurang 30 minit?" Adrian memandang evelyn.

"Kalau macam tu, saya jalan jalan kat sekitar sekolah dulu lah. Boleh kan?" Soal evelyn.

"Boleh" adrian tersenyum. Evelyn membalas senyuman adrian.

Matanya dijatuhkan ke arah bukunya. Segan apabila lama lama memandang mata adrian. Jantungnya berdegup pantas.

Evelyn mengeluh lalu menarik nafas dengan menghembuskan keluar. Dia berbuat begitu agar jantungnya berdegup seperti biasa.

********

"You know it all~ you my bestfriend~" evelyn menyanyi perlahan sementara menunggu adrian.

"Today we will sur-"

"Sedap suara"

Evelyn memandang ke belakang.

Irfan Zaquan.

Evelyn mula menyampah. Dia sangat bencikan irfan. Kerana irfan orang yang pertama perasan akan matanya dan mula memgejeknya sejak dari dulu dan sekarang.

"Evelyn" panggil irfan. Evelyn hanya buat tidak tahu. Dia mengeluarkan pen dari pensel box dan mula membuat kerja.

"Aku tengah cakap dengan kau ni" panggil irfan. Evelyn masih tidak layan.

Irfan mengeluh. Dia berjalan ke arah evelyn dan merampas pen di tangan evelyn.

"Apa awak ni" evelyn memandang irfan geram.

"Aku panggil kau dari tadi. Kau yang tak nak dengar" kata irfan.

"Buat apa saya nak dengar. Buat sakit hati je. Bagi balik pen saya" evelyn menghulurkan tangan. Tetapi irfan masih tidak memulangkan pen tersebut.

"Benda ni sangat tak kelakar. Bagi pen saya balik" kata evelyn geram.

"Aku tak buat lawak pun dekat sini" kata irfan.

"Ee! Yelah. Cakap cepat apa yang awak nak cakap" kata evelyn. Dia memandang tepat di mata irfan menunggu perkataan yang akan muncul.

"Aku na-"

"Evelyn! Sorry lambat" adrian berdiri di sebelah evelyn. Dia menarik nafas dengan pantas. Penat berlari dari tingkat atas untuk turun. Semata-mata tidak mahu evelyn menunggu lama.

"Kenapa dia dekat sini?" Adrian menunjuk ke arah irfan. Dia sendiri tidak suka akan si irfan ni. Kerana mamanya sering memuji irfan.

Baik, pandai, ada rupa, hormat orang dan datang dari keluarga yang berkemampuan.

Dia sendiri tidak faham mengapa mamanya begitu. Kadang kala dia berasa bersyukur dilahirkan sebagai seorang lelaki. Kalau dilahirkan sebagai seorang perempuan, sudah tentu mamanya akan menyuruh dia bernikah dengan si irfan.

"Dia nak cakap sesuatu tadi. Tapi, memandangkan awak dah sampai. Kita pergi tempat lain" kata evelyn. Lalu dia mengemas barangnya.

"Pen tu ambiklah. Saya bagi" kata evelyn. Selepas itu dia berjalan pergi bersama adrian.

Irfan hanya memandang pen evelyn yang berada di tangannya.

Dia bertekad. Dia mahu jadikan evelyn miliknya. Dan bukan milik adrian.

**************
5 vote ke atas dan 5 comment ke atas untuk chap seterusnya.

Blue EyesWhere stories live. Discover now