Part 2

9.9K 614 23
                                    

Kehidup evelyn sepanjang 1 bulan di dalam kelas berjalan seperti biasa. Tiada apa yang menarik langsung.

Datang sekolah, jumpa qaira sekejap, masuk kelas, belajar, rehat, belajar dan balik.

"Erm.. evelyn"

Evelyn memandang orang yang di sebelah kanannya.

"Saya?"

"Yelah. Kau je yang nama evelyn dekat sini" balas adrian

"Kenapa?" Balas evelyn.

"Kau boleh tolong ajar aku ni?" Adrian menunjuk ke arah kertas add math yang puan liza baru bagi sebentar tadi. Rasanya evelyn dah jawab semua soalan.

"Saya tak pandai math" balas evelyn biasa. Bukan tak mahu menolong, cuma dia takut nanti disebabkan dia adrian pula yang di katogerikan pelik. Kesimpulannya, lebih baik dia undur diri.

"Oh ya ke? Kalau macam tu. Takpelah. Thanks" balas adrian lalu memandang kertas nya semula. Penat otaknya berfungsi macam mana nak jawab soalan add math tersebut.

Semua di salahkan kepada mamanya. Puan asyura yang menyuruh dia masuk aliran account supaya dia boleh lebih fokus untuk belajar.

Bila ditanya kenapa perlu tukar aliran, Mamanya memberi alasan bahawa dalam aliran ekonomi dia mempunyai kawan baiknya, jadi mamanya tidak mahu dia lalai tentang pelajaran. Sedangkan kawan baiknya iaitu Harraz Daniel itu tercalon sebagai pelajar contoh sekolah. Apa yang dikatakan lalai pun dia sendiri tidak tahu.

Mamanya juga berpesan supaya berkawan dengan Irfan Zaquan, pelajar  terbaik sekolah. Irfan ni tidak boleh dikatogerikan sebagai 'pelajar contoh' sebab  keputusan peperiksaan sentiasa straight A  tetapi dia bukan jenis yang akan menolong pelajar atau menolong guru.

Jadi tidak boleh lah menjadikan dia pelajar contoh seperti harraz.

Harraz ni walaupun pelajaran dia bukan sentiasa straight A dia tetap akan lulus dan dia sentiasa menolong pelajar lain dan guru guru.

"Meh lah saya  ajar" evelyn menarik kertas add math di meja adrian. Rasa kasihan timbul kerana dia melihat adrian seperti orang hilang akal yang hanya melihat kertas  tersebut tanpa membuat apa apa dan seperti berharap agar jawapan akan muncul sendiri.

"Yang ni jawapan dia ni tau" evelyn tulis semua jalan di kertas adrian sehingga siap.

"Sebenarnya, aku nak kau ajar bukan buatkan" kata adrian setelah evelyn siap menulis.

"Alah.. takpelah. Yang penting hantar" balas evelyn.

"Masalahnya, kalah waktu exam kau nak tolong aku buatkan jugak ke?" Soal adrian.

"Ermmm tak. Saya dah buat tu awak baca je lah. Fikir kenapa dia kena darab ke bahagi ke. Mesti dapat punya. Saya pun buat macam tu" balas evelyn sambil itu didalam hatinya berdoa agar sudah sudahlah adrian bertanya soalan. Dia takut suaranya akan tergagap nanti. Ini pun dia kuatkan semangat untuk bercakap.

"Aku takdalah pandai macam kau yang boleh baca nombor terus tahu. Aku ni bengap sikit. So, please ajar aku?" Soal adrian.

Evelyn mengeluh.

"Ha boleh lah" balas evelyn lalu menutup bukunya dan letakkan di laci meja dan fokus kepada adrian. Eh silap. Add math adrian. Baru betul.

**********

"Semua boleh pulang sekarang" kata puan liza. Lalu semua pelajar keluar dari kelas dengan segera. Evelyn hanya duduk di tempatnya sementara menunggu kesemua pelajar keluar.

Blue EyesWhere stories live. Discover now