"Wahh. Cantiknya baju ni. Untuk siapa?" Soal Melly. Dia melihat lukisan baju yang direka oleh Evelyn.
Cantik. Itu yang ada di fikirannya. Sepertinya untuk baju kahwin. Tapi untuk siapa?
"Ini ada orang tempah. Katanya taknak terlampau moden dan taknak terlampau ketinggalan zaman. Ini je aku boleh design" balas Evelyn.
"Cantik. Manik dia tak banyak sangat dan tak sikit sangat. Simple. Untuk majlis apa?" Soal Melly lagi.
"Nikah. Kalau aku buat warna putih okay kan?"
"Okay je. Lagipun nikah selalunya putih." Balas Melly. Sambil sambil itu dia melihat lagi rekaan baju tersebut. Dia sukakannya. Kalau suatu hari nanti dia ditakdirkan bertemu dengan jodohnya, dia pasti rekaan seperti ini yang dia mahukan.
"Okay thankss" Melly mengangguk sebagai balasan sambil kakinya keluar dari pejabat Evelyn.
Evelyn mencapai telefonnya. Nombor seseorang dicari. Apabila sudah dapat dia menekan butang call.
"Hai Farhana. Aku rasa kau dah boleh datang dah"
___
"Kita nak ke mana?" Soal Adrian pada Farhana.
"Tengok baju nikah" balasnya.
Adrian hanya mengangguk. Matanya hanya memandang jalan raya. Sesekali dia pandang Farhana yang sedang memandu. Bukan dia tak mahu jadi seorang lelaki yang gentleman tapi, Farhana yang tiba tiba datang ke pejabatnya lalu memaksanya masuk ke dalam kereta tanpa sempat dia berkata apa apa. Sedangkan hari ini mereka berdua tidak merancang untuk ke mana-mana pun.
Dia kembali melihat jalan raya yang tidak berapa menarik itu. Jalan yang dilalui oleh Farhana seperti dia tahu. Dia cuba untuk mengingatinya. Jalan ini seperti hendak ke butik Evelyn.
Kejap, butik Evelyn?
Dahi Adrian berkerut. Takkan lah mereka akan ke butik Evelyn. Tak mungkin Farhana akan menempah baju di situ. Fikirannya bercelaru. Dia cuba menyedapkan hatinya dengan
'Farhana tak berapa kenal Evelyn. Tak mungkin Farhana tempah baju di situ'
Ya. Itu yang dia harapkan. Entah mengapa dia rasa segan hendak bertemu dengan Evelyn. Semenjak kes Evelyn tidak ada mood haritu, sudah lama mereka tidak keluar bersama. Bertanya khabar apatah lagi. Evelyn tidak message apa-apa, begitu juga dirinya.
"Kita dah sampai" kata Farhana. Itu membuatkan Adrian terhenti dari lamunannya. Dia memandang kedai yang di hadapannya sekarang ini. Adrian mengeluh.
Memang sah lah Farhana tempah baju dekat Evelyn!
Adrian keluar dari kereta. Begitu juga dengan Farhana. Nafasnya ditarik sedalam yang mungkin lalu dilepaskan. Farhana memandangnya pelik.
"U good?"
Adrian hanya mengangguk. Dia segan hendak bertemu dengan Evelyn. Lagi-lagi bersama Farhana. Tapi mengapa? Dia sendiri tidak ada jawapan kepada soalannya itu.
Mengapa Farhana perlu menempah baju pada Evelyn? Dia mengeluh lagi.
Kakinya dilangkahkan juga mengikut Farhana. Walaupun tanpa rela, terpaksa juga dia turuti. Dia tidak mahu Farhana fikir yang bukan bukan jika dia terus berwatakan begini.
Loceng kedai tersebut berbunyi sebaik sahaja Farhana menolak pintu untuk masuk. Bau vanilla terus masuk ke dalam rongga hidung mereka. Bunyi alunan muzik yang tenang itu membuatkan suasana kedai nampak lebih menarik.
YOU ARE READING
Blue Eyes
Roman pour AdolescentsAdrian Iskandar seorang pengawas yang diminati ramai. Seorang yang peramah dan baik hati. Ramai juga yang memendam perasaan terhadapnya tetapi cepat cepat ditepis. Sebabnya hanya satu. Adrian Iskandar ialah anak kepada Ketua Guru Disiplin di sekolah...