"Terima kasih, datang lagi" kata Evelyn. Bibirnya menguntumkan senyuman kepada pelanggan yang baru sahaja menempah baju di butiknya. Selepas sahaja pelanggan itu keluar, senyumannya juga hilang.
Dia melihat jam yang dia beli bersempena dengan pembukaan kedai dahulu. Elok sahaja tergantung di dinding. Sudah masuk tengah hari. Tapi ramai juga pelanggan pada hari ini. Tak berhenti keluar masuk. Sepatutnya ini kerja Melly namun Melly juga tidak cukup tangan terpaksalah dia membantu.
"Evelyn" panggil Melly.
"Ya?"
"I nak keluar sekejap. Nak beli air dekat kedai hujung tu. You nak apa apa?"Soal Melly sambil tersenyum. Evelyn juga turut tersenyum. Kes dia dengan Melly haritu sudah selesai sebab dia terus menghantar pesanan meminta maaf pada Melly. Nasib baik Melly maafkan dia. Cuma itulah Aina bukan seperti Melly. Masih tak bertegur. Setiap kali Evelyn cuba bercakap pasti Aina lari. Waktu pagi dia takkan jumpa Aina sebab Aina duduk dalam bilik. Waktu malam pun begitu. Kalau bertembung pasti cepat cepat Aina masuk ke bilik. Pernah juga Evelyn menghantar pesanan kepada Aina, tapi sampai sekarang tak di baca. Dan sekarang Evelyn hanya berserah pada takdir.
"I nak chickep wrap boleh? Nak dua set. Hehe" tersengih Evelyn meminta kepada Melly.
"Pagi tadi tak makan makan breakfast ke?" Soal Melly.
"Tak" sudah di agak. Bukan dia tidak kenal Evelyn. Kalau dia makan sarapan pagi, tengah hari pula dia tak makan. Kalau sarapan tak di ambil, dia akan makan pada waktu tengah hari. Itulah rutin Evelyn.
"Okay aku gerak dulu" Melly mula berjalan keluar dari butik. Evelyn duduk di kerusi yang terdapat di situ.
Penatnya harini
Bunyi loceng menandakan ada orang masuk ke dalam butik. Terus Evelyn angkat kepala memandang ke pintu kedainya.
"Hai Evelyn. Lama tak jumpa"
Evelyn terus berdiri. Terkejut. Itu yang dia rasakan pada waktu itu. Mengapa orang ini perlu ada di hadapan dia lagi? Bukankah dia sudah menjarakkan diri? Salah apa lagi yang dia lakukan?
Evelyn cuba memaniskan muka. Memandang ke arah gerangan yang datang ke kedainya ini.
"Selamat datang Farhana"
YOU ARE READING
Blue Eyes
Teen FictionAdrian Iskandar seorang pengawas yang diminati ramai. Seorang yang peramah dan baik hati. Ramai juga yang memendam perasaan terhadapnya tetapi cepat cepat ditepis. Sebabnya hanya satu. Adrian Iskandar ialah anak kepada Ketua Guru Disiplin di sekolah...