Part 9

7K 490 50
                                    

"Acara akhir bagi larian 200 meter L1. Di minta para peserta berdiri di lorong masing-masing"

"Ke garisan, sedia, mula!" Bunyi tembakan kedengaran. Sorakan kuat dari para pelajar semakin kuat. Tidak lupa juga qaira dan evelyn yang sedang bersorak untuk pasukan masing-masing.

"Hijau! Hijau! Hijau!"

"Biru! Biru! Biru!"

"Kuning! Kuning! Kuning!"

"Merah! Merah! Merah!"

Evelyn memerhati sekelilingnya. Tahun terakhir sebagai pelajar sekolah menengah dan kali terakhir bersukan di sekolah. Dia tersenyum lalu memandang ke hadapan semula.

Haqiem mendapat tempat pertama manakala Harraz kedua.

Evelyn mencebik. Dia sudah agak bahawa mereka berdua yang akan menduduki tempat pertama dan kedua. Siapa lagi yang mempu mengalahkan mereka?

"Apa ni Harraz nombor dua" Qaira mengeluh. Geram apabila melihat Harraz tidak mendapat tempat pertama seperti selalu.

"Chill lah. Maybe tadi waktu lari Harraz tergelincir ke kan?" Evelyn cuba menenangkan Qaira. Dia paham sungguh dengan Qaira yang memang tidak kenal erti kalah.

"Takde pun lah. Aku tengok je dia lari tadi okay je" balas Qaira.

"Tak ada rezeki lah tu. Nak buat macam mana kan? Lagipun yang lain dia dah dapat tempat pertama. Comfirm olahraga dia dapat punya" kata Evelyn lagi. Dia sangat yakin bahawa Harraz yang akan mendapat gelaran olahraga keseluruhan kerana dia mendapat tempat pertama di semua acara yang dia masuk. Kecuali larian 200 meter. Dia pun tidak tahu mengapa Harraz boleh mendapat tempat kedua.

"Apa apa je lah. Aku nak duduk kqt dewan dah ni. Nak ikut?" Soal Qaira. Dia mula berdiri dan menepuk-nepuk kakinya untuk menghilangkan rumput yang melekat.

"Takpelah. Kau pergi dulu" balas Evelyn. Qaira mengangguk lalu mula pergi. Evelyn berdiri dan berjalan ke sebuah kerusi yang diduduki oleh seseorang.

"Hah buat pe tu?" Soal Evelyn. Dia memandang Adrian.

"Memasak" balas Adrian sambil memandang Evelyn.

"Oh iye? Dah hangit rasanya tu. Lebih baik tutup api cepat" balas Evelyn.

"Banyak lah kau. Ni kenapa tak pergi dewan lagi? Acara penyampaian hadian kan dah nak mula" soal Adrian. Dia mula berdiri dan memandang Evelyn.

"Tunggu awaklah. Nanti kalau pergi sendiri nanti saya alone. Kita kan sama rumah sukan. Hehe" balas Evelyn. Adrian tersengih melihat Evelyn.

Comel

"Ehem.. kenapa tak pergi ke dewan lagi? Buat apa dekat sini?"

Evelyn dan Adrian memandang tepi. Terkejut mendengar suara yang menegur mereka secara tiba tiba. Pelat bahasa melayu dia sangat menyerlah.

"Nak pergi lah ni Puan Tan" balas Adrian.

"Ha cepat!" Kata Puan Tan. Dia menghayun kan rotan seperti menyuruh mereka berdua pergi.

Adrian dan Evelyn terus pergi ke dewan. Apabila mereka duduk di dalam barisan gelak tawa mereka terlepas. Bukan kerana suka di marahi tetapi pelat Puan Tan tadi yang kelakar.

*
*
*

"Apa do aku tak menang dekat 200 meter tadi" Harraz merungut. Mukanya jelas masam. Langsung tiada kemanisan.

"Lek weh. Satu acara je pun" balas Adrian. Kasihan juga dia melihat Harraz. Seperti tidak cukup kasih sayang.

"Masalahnya aku dah pecut waktu first first tu dah. Lepastu bila dah nak sampai kat garisan penamat si budak haqiem tu pergi pecut aku pulak. Aduhh weh" Harraz menutup mukanya.

Blue EyesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang