Loceng yang berbunyi tidak dihiraukan. Malah dia sempat menekan stop pada telefon tersebut agar tidak mengganggu tidurnya. Lantas selimut dikaki dicapai lalu menutup keseluruh badannya.
"Evelyn" badannya di tolak namun dihiraukan. Dia sangat mengantuk dan kalau boleh dia tidak mahu bangun saat ini.
"Kau..tak kerja ke?"
"Pukul berapa?" Soal Evelyn di dalam keadaan mamai.
"9 pagi"
"Hah?!" Evelyn terus terduduk. Dia memandang Alyssa meminta kepastian.
"Aku dah lambat weh" Evelyn terus bangun. Dia mencapai tuala lalu terus ke tandas.
Di dalam tandas banyak kali dia mengeluh. Kalau tak disebabkan mereka berempat keluar lewat malam semalam hingga pukul 5 pagi takdenya dia bangun lambat. Ini semua disalahkan kepada Alyssa yang hendak ke movie lalu pergi ke tempat karoke. Sempat juga selepas itu singgah di kedai makan kerana kelaparan.
Apabila sudah siap memakai baju kerja, Evelyn mengambil sedikit pelembab bibir dan disapukan kebibirnya. Beg tangan di atas meja solek di capai begitu juga dengan iphone6s nya yang berada di atas katil.
Dia membuka pintu lalu keluar dari bilik. Langsung tidak menghiraukan sekeliling.
"Erm Evelyn. Kau nak pergi mana?" Soal Aina yang sedang momenonton televisyen. Disebelahnya Aness meletakkan kepala di bahu Alyssa.
"Kerja lah. Korang tak kerja ke?" Soal Evelyn. Kasutnya dia capai lalu dipakai.
"Harini hari sabtu. Kau kerja apa?" Soal Aina kembali.
Mata Evelyn membulat lalu memandang Aina. Aness pula mengangguk mengiyakan kata kata Aina.
"Alyssa!" Terus sahaja dia berdiri dan membaling bantal kecil yang berada di atas sofa ke muka Alyssa. Namun sempat ditepis.
Rumah tersebut terus menjadi riuh rendah disebabkan pergaduhan kecil mereka berdua.
****************
Bunyi pintu ditutup menyebabkan pekerja di situ memandang Evelyn. Mereka berbalas senyuman.
"Evelyn kenapa datang hari Sabtu?" Soal Melly iaitu sepupu Evelyn namun di tempat kerja dia merupakan penolong peribadi Evelyn.
"Aku rasa ada mood nak datang kerja waktu cuti. Tu yang aku datang" balas Evelyn. Terpaksa dia memalsukan senyuman dan mereka cerita. Kalau dia ceritakan tentang kejadian sebenar kepada Melly tentu dia diketawakan.
Evelyn pergi juga ke butiknya kerana dia sudah siap berpakaian untuk ke kerja. Kalau dia mencuci make-up dan menukar semula semua pakaian tentu rugi. Jadi lebih baik dia pergi ke butik dan meneruskan kerja.
"Oh. Masuklah bilik. Aku nak sambung check dress yang dah siap" kata Melly. Evelyn hanya senyum. Dia mengambil Melly bekerja dia butiknya untuk sekejap sahaja. Sementara Melly menunggu kerjanya yang sebenar di French.
Melly merupakan sepupu di sebelah ayahnya. Melly juga lebih kurang senasib dengannya. Ibu Melly merupakan melayu tulen namun ayahnya merupakan orang French. Keluarga Melly semuanya sudah berangkat ke French untuk menetap bersama keluarga di sana. Cuma Melly di sini kerana sebelum ini dia mahu habiskan belajar. Sekarang sudah tamat belajar, dia mahu ke sana menetap bersama keluarga di sebelah ayahnya namun dia harus menunggu rumah mereka di Malaysia selesai urusan di jual baru dia berangkat ke sana. Sementara itu, dia tinggal bersama keluarga Evelyn kerana keluarga Evelyn sahaja yang masih menetap di Malaysia.
"Mana tuan kamu? Saya nak jumpa dengan dia!"
Lamunan Evelyn terhenti. Dia mengangkat kepalanya yang dibaringkan di atas meja lalu memandang pintu biliknya.
"Evelyn. Ni ada datin ni datang. Dia kata u punya material kain teruk" kata Melly setelah dia membuka pintu. Belum sempat Evelyn membalas pintu tersebut dibuka lebih luas.
"Kamu pemilik butik ni kan?" Soal datin yang baru sahaja menerjah masuk ke dalam pejabat Evelyn.
"Ya saya. Ada apa apa yang boleh saya bantu?" Soal Evelyn dengan lemah lembut. Walaupun dia sudah geram dengan perangai datin yang terus sahaja menerjah masuk pejabat orang, dia harus sabar. Kerana datin ini masih pelanggannya.
"Ni. Kain ni. Apa masalah dengan kain ni? Lepas saya basuh ke terus manik dia tercabut semua ni. Saya bayar baratus ratus tapi 5 helai dress yang saya tempah lepas je basuh terus rosak macam ni" kata datin tersebut. Dia mencampak beg kertas yang dipenuhi dress di atas meja Evelyn.
Evelyn mengambil nya. Baru sahaja dia hendak melihat terus datin itu bersuara.
"Saya nak duit saya balik"
"Maaf. Tapi kami memang tak boleh pulangkan duit tu balik"
"Kamu dah buat salah. Mestilah pulangkan balik. Beratus aku bayar tapi kedai hampeh. Orang kata kedai ni terbaik sampai diheboh heboh. Tapi apa ni? Apa aku dapat? Saya nak duit saya balik" datin itu masih bertegas.
"Tak boleh datin. Kami memang tak boleh pulangkan duit datin. Seb-"
"Kalau macam tu aku akan saman kamu. Tunggu je lah surat dari mahkamah" bag kertas itu dirampas lalu datin keluar begitu sahaja.
Terlopong mulut Evelyn melihat tingkah laku datin tersebut. Sudah lah tua, disebabkan kain sahaja mahu dibawa sampai ke mahkamah. Inilah orang bertaraf. Usik sikit terus melenting.
Melly yang setia di sebelah Evelyn dari tadi menggosok bahu Evelyn. Dia juga terkejut. Tidak pernah butik mereka jadi begini. Mahu sahaja dia memaki hamun datin itu semula. Dia juga mempunyai taraf. Malah, lebih tinggi dari datin tersebut. Keluarga di sebelah ayahnya mempunyai syarikat tersebesar di French. Sebab itu keluarganya mahu berpindah ke sana untuk mendapat lebih kesenangan. Yang dia pelik mengapa keluarga Evelyn mahu hidup bersusah payah di sini. Sedangkang harta mereka terlalu banyak. Tujuh keturunan belum tentu habis.
"Nak minta tolong nenek?" Soal Melly. Nenek yang dimaksudkan adalah nenek mereka di sebelah ayah. Mereka memanggilnya nenek kerana disuruh memanggil begitu dari mereka kecil. Keluarga belah ayah mereka sebenarnya semua sudah memeluk islam. Sebab itulah ayah mereka tidak di kecam walaupun berkahwin dengan orang melayu.
"Tak payah. Susahkan je. Nanti disuruh i guna pangkat dia. Taknak lah. U pun tahu my mom kan tak suka" kata Evelyn. Ya, mereka masih tidak berpindah ke sana disebabkan ibu Evelyn. Ibunya masih mahu tinggal di sini kerana ingin anak anaknya membesar di dalam keadaan susah. Pernah juga ibunya berkata mungkin suatu hari nanti mereka akan berhijrah.
"Okay. So i think better i carikan u lawyer. Right? So lepasni tak payah susah susah" kata Melly.
"Thanks Melly"
"No problem"
*************
Hehehe. When diorang dah besar ni, saya akan masukkan serba sedikit tentang kehidupan masing masih. I mean kita takkan tertumpu dekat evelyn and adrian je. Because ada orang nak saya panjangkan story. Jadi haruslah berbelit. Ya tak? So after this adrian muncul !
YOU ARE READING
Blue Eyes
Fiksi RemajaAdrian Iskandar seorang pengawas yang diminati ramai. Seorang yang peramah dan baik hati. Ramai juga yang memendam perasaan terhadapnya tetapi cepat cepat ditepis. Sebabnya hanya satu. Adrian Iskandar ialah anak kepada Ketua Guru Disiplin di sekolah...