Part 3

8.8K 573 19
                                    

"Haqiem."

"Apa kau nak?" Balas haqiem yang sedang menyaksikan pemain bola sepak sekolahnya menjalani latihan. Sekejap sekejap haqiem menjerit untuk menegur mereka semasa bermain jika ada kesalahan. Tahun ini dia dilantik menjadi kapten pasukan bola sepak sekolah.

"Kau kenal evelyn?" Soal irfan

"Evelyn? Budak yang kau panggil pelik tu kan?" Soal haqiem

"Bukan aku jelah. Ramai lagi yang panggil dia pelik" balas irfan.

"Ha dahtu? Kenapa dengan dia?" Soal haqiem.

"Dia mana ada kawan kan?" Soal irfan

"Entah. Aku tak pernah nampak dia dengan sesiapa pun sebelum ni" balas haqiem. Matanya tajam melihat setiap pemain di tengah padang tersebut menendang bola.

"Itu lah masalahnya sekarang ni" irfan meraup mukanya.

"Masalah apa nya?" Haqiem menjungkitkan kening. Irfan ni kenapa? Kenapa nak cakap pasal topik evelyn ilyana?

"Kau kenal anak puan asyura?" Soal irfan

"Adrian iskandar kan? Pengawas sekolah tu?" Soal haqiem.

"Yup"

"Apa kena mengena dengan dia?"

"Dia sekarang ni makin rapat dengan evelyn" kata irfan lalu mengeluh. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia rasa tidak suka apabila melihat evelyn dengan adrian.

"Jadi?"

"Aku...entahlah. Aku tak paham kenapa aku tak suka tengok diorang sama-sama. Kenapa eh?" kata irfan. Kepalanya masih mengulangi gambar yang memaparkan evelyn dan adrian berjalan untuk pulang semalam. Dia saja mengekori mereka. Tak sangka pula dia akan rasa begini.

Tiba-tiba haqiem tergelak.

"Kau nak aku jawab soalan kau tu?" Soal haqiem yang gelaknya masih bersisa.

"Jawablah" balas irfan geram. Geram dengan perangai haqiem yang tiba tiba gelak dalam keadaan dia tengah serabut.

"Kau suka evelyn" balas haqiem tenang.

"Kau buat lawak ke? Nak aku sambubg gelak kau tadi?" Soal irfan.

"Dah kau tak suka tengok dia dengan adrian. Kau suka dia lah tu" kata haqiem.

"Mana ada. Selama ni aku suka buli dia. Takkan aku suka kalau aku buli." Kata irfan pula. Dia masih tidak boleh terima apa yang di katakan oleh haqiem.

Suka? Oh tidak. Memang mati hidup semula pun dia tidak akan suka dekat perempuan bernama evelyn ilyana.

"Kau buli dia sebab kau tak tahu cara nak dekat dengan dia. Hanya dengan cara itu kau boleh cakap dengan dia" balas haqiem. Sesekali dia mengintai riaksi irfan.

Jelas muka irfan menahan geram. Telinganya dah bertukar merah. Haqiem tahu kalau telinga irfan bermakna dia sedang menahan marah.

"Aku buli sebab saja" balas irfan pula.

"Takda siapa buat sesuatu tanpa sebab irfan zaquan" kata haqiem.

"Aku cakap aku tak suka lah" balas irfan.

"Abang haqiem. Saya nak balik sekarang boleh? Mak saya kata dia nak ambik awal." Kata seorang pelajar tingkatan 1 kepada haqiem.

Blue EyesWhere stories live. Discover now