Part 17

5.1K 361 53
                                    

"Kes kau dengan datin tu dah selesai semalam" kata Adrian.

"Serious? How? Cerita cepat" kata Evelyn pula. Bibirnya menguntum senyuman lebar.

"Kau pernah cakap kat aku yang baju kau semua tak boleh dibasuh dengan mesin basuh. Yang datin tu pula pergi basuh dengan mesin. Thats why" baals Adrian.

"Woah. Pandai kau" kata Evelyn. Dalam hatinya begitu gembira kerana dapat membuktikan kepada datin kerek tersebut yang dirinya tidak bersalah.

"Tapi datin tu nak jumpa kau."

"Ha?" Evelyn memandang Adrian. Dahinya berkerut. Nak jumpa? Untuk apa? Kes sudah selesai. Apa lagi yang perlu dibincangkan.

"For what?" Balas Evelyn.

"Tak tahu. Tapi dia ada cakap dengan aku semalam. Nak jumpa kau. Text dia masa dan tempat dan dia akan jumpa mengikut masa dan tempat yang kau nak"

"Malas lah nak jumpa dia." Evelyn menyandarkan badan pada kerusi. Kalau boleh dia tak mahu langsung berjumpa dengan datin itu lagi. Apa yang dia mahukan?

"Suit yourself. But, kalau aku lah kan. Aku pergi jumpa. Mana lah tahu dia nak minta maaf." Kata Adrian.

"Malas malas malas. Taknak jumpa datin tu." Kata Evelyn.

Adrian menggeleng kepala melihat telatah Evelyn. Dari dulu sampai sekarang masih sama. Keras kepala masih tak hilang.

"Lunch break sekarang ni. Nak pergi lunch?" Soal Adrian pada Evelyn.

"Kat?"

"Hati aku. Kat mana lagi? Kedai lah. Cepat gerak. Naik kereta aku" kata Adrian. Dia mula berdiri. Evelyn membuat muka menyampah. Adrian yang sekarang ini lagi annoying dari Adrian yang dulu.

**********

Gerai makan berlauk menjadi pilihan Adrian dan Evelyn. Mereka berdua duduk dia salah satu tempat yang kosong. Namun Evelyn hanya memerhati.

"Taknak pergi ambik nasi dengan lauk?" Soal Adrian.

"Aku tengah diet"

"Diet?" Adrian ketawa. Muka Evelyn pula sudah masam.

"Tak nak makan sudah. Tengok je aku makan okay. Tunggu sini" Adrian berdiri dan mula mengambil nasi dan lauk yang disukanya. Evelyn pula bermain dengan telefonnya.

"Nah"

"Apa?" Balas Evelyn. Dia memandang pinggan Adrian yang ada nasi dan lauk. Semestinya untuk Adrian. Ada satu lagi pinggan yang cuma ada ayam goreng dan sayur.

"Untuk kau lah. Takkan tak makan? Diet ni kalau tak makan tak ada guna. Makan sikit. Itu yang betul" balas Adrian. Dia menolak pinggan yang ada ayam goreng dan sayur kepada Evelyn.

"Thanks" balas Evelyn.

"Jap aku nak basuh tangan" kata Adrian lalu dia pergi ke arah singki.

Evelyn pula mencapai sudu dan garfu. Dia berusaha mengoyakkan isi ayam tersebut namun hanya sikit yang berjaya. Dia cuba dan cuba. Namun tak berjaya. Secara tiba tiba ayam gorengnya di ambil oleh seseorang. Evelyn memandang depan. Adrian mengambil ayam tersebut dan di carik carikkan isi tersebut menggunakan tangannya lalu diletakkan di pinggan Evelyn.

"Thank you" kata Evelyn bersahaja.

"Alah. Aku tahu kau saja je buat macam tu kan. Sebab mmg nak suruh aku tolong. Yang kali cakap je okay?" Kata Adrian. Lalu tersengih.

"Perasan" balas Evelyn sepatah.

"So lepas ni kita dah tak jumpa dah ke?" Soal Adrian tiba tiba.

Blue EyesWhere stories live. Discover now