Part 16

5.2K 356 28
                                    

Irfan Zaquan? Nama yang tidak asing di telingan Evelyn. Irfan yang pernah membulinya lalu boleh menjadi kawan. Namun pada akhirnya, mereka berpisah dengan kemarahan di hati Evelyn.

Kedua dua mereka kini senyap. Tidak memandang satu sama lain langsung. Evelyn hanya meneruskan suapan di mulut begitu juga dengan Irfan.

Walaupun keadaan sekeliling mereka agak bising, namun mereka berdua duduk di situ seperti di dunia mereka sahaja.

"Evelyn" panggil Irfan.

"Em?"'Evelyn memandang Irfan.

"Kau masih marahkan aku ke?" Soal Irfan.

"Tak" balas Evelyn sepatah.

"Aku minta maaf pasal dulu tu. Ye lah waktu tu tak matang lagi. Aku rasa -"

"Dah lah Irfan. Benda dah lepas. Lupakan je lah" balas Evelyn. Dia memang rasa tidak mahu mengingati perkara lepas.

"No! Kalau boleh aku nak kau maafkan aku. Lepas kau pergi dari aku haritu, setiap hari aku rasa bersalah. Aku aku fikirkan benda tu. Aku berdoa untuk jumpa kau. Aku nak minta maaf dekat kau. And today maybe my lucky day, sebab aku tak sangka akan jumpa kau dekat sini" bals Irfan.

Evelyn senyap. Dia tahu Irfan ikhlas dengan semua yang diucapkan.

"Okay Irfan. Aku maafkan kau. Happy?"

"Absolutely yes." Balas Irfan.

"Friend?" Soal Irfan. Dia menghulurkan tangan.

"Friend" Evelyn menyambut tangan Irfan. Senyuman kegembiraan terpancar di wajah Irfan dan Evelyn.

Evelyn gembira bertemu kembali dengan kawan lamanya. Namun dia terlupa, Irfan pernah menaruh perasaan terhadapnya.

**********

"Saya minta maaf sangat Evelyn. Saya terpaksa bagi kes Evelyn dekat kawan saya." Kata Rayqal.

"Kenapa?" Soal Evelyn. Begitu pelik dengan Rayqal. Sedangkan kes dia tidak lah begitu besar namun mengapa Rayqal tidak boleh mengendalikannya?

"Sebabnya, saya ada banyak kes yang perlu diselesaikan. Kes Evelyn ni kes kecil je. Kalau dengan saya mungkin lambat akan habis. Jadi, saya bagi kes Evelyn dekat kawan saya?"

"Boleh lah kalau macam tu. Kawan Rayqal dah tahu ke?"  Soal Evelyn.

"Sudah. Cuma, saya tak bagi file Evelyn dekat di lagi. Dia kata dia akan jumpa Evelyn di sini. So kita tunggu je lah dia datang" balal Rayqal. Evelyn hanya mengangguk. Sementara menunggu kawan Rayqal, mereka berdua bersembang. Setelah menunggu beberapa minit akhirnya kawan Rayqal sudah sampai.

"So Ad-" kata kata Rayqal terputus.

"Evelyn?" Kata lelaki itu.

"Ya. Kenapa?" Soal Evelyn. Entah mengapa kawan Rayqal ini memandang nya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Aku lah. Adrian"

Adrian? Adrian Iskandar? Evelyn terkejut. Sangat terkejut. Dia tidak sangka yang dia akan bertemu dengan Adrian secara kebetulan begini. Lantas dia memandang Adrian. Tiada apa yang berubah, cuma Adrian lebih kacak nampak lebih matured. Nak dibandingkan dengan dulu yang muka kanak kanak.

"Kau mengelamun apa?" Adrian memukul bahu Evelyn. Jelas terpancar senyuman lebar Adrian.

"Korang erm? Kenapa aku macam orang ketiga?" Kata Rayqal yang baru membuka mulut.

"Apa ni Rayqal. Haih. Dia ni kawan aku masa sekolah menengah. Pandai siot dia ni. Takde dia takdenya aku jadi peguam" kata Adrian. Ini lagi Evelyn terkejut.

Blue EyesWhere stories live. Discover now