"Jadi untuk baju ni i ke u yang nak bagi?" Soal Melly. Dia memandang Evelyn dihadapannya seperti sedang memikirkan sesuatu. Bukan pertama kali Evelyn macam ni. Sekarang suka betul dia termenung. Semenjak keluar dengan Adrian rasanya.
"You know what Evelyn? If you're tired just stay at home" kali ini Melly sangat bertekad untuk menegur sikap Evelyn. Evelyn yang dia kenal bukan begini. Dia menggelengkan kepala. Apalah yang kau dah buat dekat sepupu aku ni, Adrian?
"Eh? Tak ada lah. Just" Evelyn memandang Melly.
"Just what?" Melly juga memandang Evelyn.
"Okay lah okay. I pun tak tahu kenapa i jadi macam ni. Semenjak bila pun, entahlah. Tak tahu." Evelyn mengeluh. Dia bersandar pada kerusi.
"Semenjak keluar dengan Adrian" balas Melly kembali.
"Merepek apa ni?"
"Benda betul kan? You jadi macam ni semenjak keluar dengan Adrian. Kadang kadang i terfikir tau, you ke Farhana yang bertunang dengan Adrian ni?" Melly meluahkan pertanyaan di hati. Selalu betul dia tengok Adrian dan Evelyn keluar bersama. Sampaikan ada satu bulan tu setiap hari lunch bersama. Katanya Farhana ada kerja. Takkan lah sebulan tak keluar makan langsung walaupun kerja bertimbun?
"So u cuba nak cakap yang i ni perampas? Macam itu?" Kali ini suara Evelyn tidak selembut ketika pada mulanya mereka bercakap tadi. Suaranya seperti manahan marah.
"Hey look. I tak cakap macam tu pun. Im just asking you. Right?"
"Yelah. Tapi cara cakap tu macam i ni perampas pula."
"Siapa je yang tak akan fikirkan macam tu if they know Adrian Iskandar tunang orang. While you selalu keluar dengan dia" Melly memandang Evelyn. . Makin keras kepala si Evelyn ni.
"Dahlah. I malas nak bergaduh. Tak bawak ke mana pun. Pasal baju tu biar i yang bagi sendiri. I nak balik. Pastikan kunci semua bila nak balik macam selalu. Jangan sibuk hal tepi kain orang je" Evelyn berdiri dan mengambil barangnya lalu keluar dari butik.
Keluhan dilepaskan. Apa nak jadi dengan u ni Evelyn?
****
"Oh awal balik?" Soal Aina sewaktu dia melihat Evelyn membuka pintu rumah.
"Penat. Sebab tu balik awal"
"Untunglah. Boss kan? Bila bila boleh balik" kata Aina.
"Heh" hanya itu yang dibalas Evelyn. Dia berjalan hendak masuk ke dalan bilik.
"Adrian call aku tadi" kata Aina. Namun matanya tak lepas dari memandang televisyen.
"Iya? Kenapa?" Soal Evelyn. Hanya berdiri sahaja di depan pintu bilik. Tak jadi nak masuk.
"Dia kata tak dapat nak call kau. So dia call aku. Nak ajak kau keluar" balas Aina.
"Bila?"
"Bila? Kau boleh tanya bila? Wake up Evelyn. Dia tunang orang lah" kata Aina. Tak dia sangka Evelyn boleh terus tanya begitu.
"Dah lah. Aku penat. Dekat butik tadi dengan Melly. Ni kau pula? Cukup lah. Bagitahu je bila?" Soal Evelyn malas. Tidak cukup dengan Melly, sekarang Aina pula hendak ceramah kan dia? Oh maaflah. Tak perlu dengar rasanya.
"Esok. Breakfast. Dia ambik dekat sini" kali ini Aina seperti tidak mahu melayan Evelyn. Makin pelik dia tengok Evelyn yang dulu dan sekarang.
"Thanks" Evelyn terus masuk ke dalam bilik.
*******
"Kau betul betul nak keluar dengan Adrian?" Soal Aina sewaktu dia nampak Evelyn duduk di atas sofa dengan berpakaian elok.
"Yes"
"Apa pula kata Farhana kalau dia tahu?"
"Adrian kata dia ada kerja" balas Evelyn.
"Kenapa kau boleh jadi macam ni?"
"Macam ni apa?" Kali ini dia memandang Aina yang sedang berdiri sedikit jauh darinya.
"Yelah. Keluar dengan Adrian. Tunang orang pula tu. Lepastu pula makin keras kepala. Tegur sikit melenting." Kata Aina. Bukan dia tidak tahu apa yang berlaku pada Evelyn. Cuma dia buat buat tak nampak sahaja. Tapi kali ini dia memang rasa dia perlu menegur sebagai seorang rakan.
"Baru tunang. Belum suami"
"Apa maksud kau ni Evelyn?" Soal Aina.
"Orang yang dah berumah tangga pun boleh bercerai. Inikan pula baru bertunang. Kan?" Evelyn tersenyum.
"Kau sedar tak apa kau cakap ni?"
"Sebab sedar lah aku cakap"
"Kalau ya pun baru bertunang. Kau tak perlu lah nak ganggu. Lepas bertunang mesti dia akan ke peringkat seterusnya" balas Aina kembali. Geram sungguh dia dengan Evelyn.
"Yakin ke dia pergi ke peringkat seterusnya? Yakin sangat? Kau yang dah lama bercinta ni pun tah tah dengan orang lain juga nanti"
"Evelyn!"
"Apa?"
"Sebab seorang lelaki kau jadi macam ni. Sebab kan seorang lelaki yang dah bertunang pula tu. Kau lupa semua benda. Kau lupa kawan kawan kau. Kau lupa sepupu kau. Kau tahu rapat dengan tunang orang tu salah tapi kau masih buat"
"Atleast bukan suami orang and dia yang rapat dengan aku. Bukan aku yang pergi dekat dia"
"Kalau kau tak layan tak adanya dia selalu nak keluar dengan kau. Kalau sebelum ni ya, aku nampak lah kenapa Adrian tu boleh nak dengan kau. Sekarang ni dengan perangai kau berubah agak agak dia masih nak dengan kau tak?" Kali ini Aina membalas sindiran Evelyn.
"Sekarang ni apa masalah kau dengan Melly eh? Cara korang cakap macam aku ni perampas tahu tak? Macam mana aku tak melenting? Aku tahu lah aku suka dia. Sampai sekarang aku suka dia. Tapi tak ada lah sampai niat nak merampas" Evelyn berdiri. Rasa tak setaraf pula bila bertengkar seorang duduk dan seorang berdiri. Macam tak seimbang.
"Dah tu apa yang kau buat ni amal jariah ke? Kita orang nak menegur kau je"
"Cara kau cakap macam tinggi sangat agama kau. Aku tahulah aku ni bukannya bukan melayu tulen. Kau pula dulu sekolah agama aku ni tak. Tapi aku masih dapat beza lah mana baik mana buruk. Nak cakap aku. Kau tu kenapa sampai sekarang tak kahwin kahwin? Bercinta dah lama kan? Tak kira pula dosa kau yang tu"
"Dah lah. Aku nak turun dulu. Kalau kau terasa dengan apa yang aku cakap aku minta maaf." Evelyn berjalan ke depan pintu. Kasut yang di dalam rak di ambik dan disarun di kaki. Belum sempat dia membuka pintu Aina mula membuka mulut.
"Memang lah bukan suami orang. Tapi dah kalau nanti buatnya diorang betul kahwin , tak ke kau meroyan? Dah tahu tunang orang tu dan bakal suami orang, jarakkan lah diri. Fikir lah sikit masa depan. Ada yang lagi baik pun kalau bukan Adrian jodoh kau"
"Dan terima kasih untuk nasihat kau. Aku akan ingat sampai aku mati"
*************
YOU ARE READING
Blue Eyes
Teen FictionAdrian Iskandar seorang pengawas yang diminati ramai. Seorang yang peramah dan baik hati. Ramai juga yang memendam perasaan terhadapnya tetapi cepat cepat ditepis. Sebabnya hanya satu. Adrian Iskandar ialah anak kepada Ketua Guru Disiplin di sekolah...