Part 8

6.6K 546 20
                                    

Thanks for 3k readers :)
*************

Evelyn berjalan masuk ke kawasan sekolah. Ikatan rambutnya diketatkan. Jam di tangan ditilik sebelum memerhati bajunya.

Dia mengeluh. Setelah tamat peperiksaan pertengahan tahun minggu lepas, pihak sekolah mengadakan latihan rumah sukan sementara guru-guru menanda kertas.

"Evelyn" Kepalanya dipusingkan ke kanan. Satu satunya kawan perempuannya di sekolah.

"Qaira" kata evelyn pula.

"Ready untuk sukan?" Soal qaira. Mukanya jelas menunjukkan bahawa dia gembira. Mana tidak, qaira merupakan olahragawati sejak tingkatan 2. Sampai sekarang tiada siapa dapat mengalahkannya. Tengok sahaja piala di dalam pejabat sekolah. Separuh daripada piala di situ disumbangkan oleh qaira. Sebut sahaja semua acara larian, pasti qaira akan masuk.

"Sukan? Hehe. Kau pun tahu aku tak berapa sangat dalam sukan ni" balas evelyn. Matanya memerhati kawasan padang yang baru mereka masuk.

"Eleh..cakap macam tak pernah menang apa apa" kata qaira. Mukanya disenyum sinis memandang evelyn. Evelyn hanya tersengih.

"Lompat jauh and lompat tinggi je" balas evelyn. Evelyn kalau berlari, dia memang tidak akan menang. Tapi, bagi dia lompat jauh dengan lompat tinggi. Semestinya dia cemerlang. Rekod sekolah dia pecahkan pada dua acara tersebut dan dia masih memegang rekod paling jauh dan paling tinggi di antara perempuan.

"Still ada. Aku ni tak boleh nak lompat pun. Biasalah badan banyak lemak kan" kata qaira. Lalu kedua dua mereka tergelak.

"Banyak lemak? Pergi mati dengan semua kebohongan engkau" kata evelyn di dalam tawanya. Qaira sudah semestinya kurus. Lemak celah mana yang cuba dikatakan oleh qaira sekarang?

"Hahahaha.. dah lah weh. Aku nak gerak dekat rumah sukan aku. Bye" kata qaira lalu pergi ke arah rumah sukan warna hijau. Kaki evelyn pula bergerak ke arah tempat duduk rumah biru. Lalu dia duduk mengikut barisan. Tidak sampai beberapa minit, guru rumah sukan mula hadir.

"Selamat pagi pelajar. Sudah sedia maklum bahawa bermulanya minggu ini kita akan mengadakan latihan rumah sukan. Walaupun ia latihan, saya nak kamu buat betul betul sebab markah akan di ambil kira ya pelajar." Kata puan asyura. "Saya merupakan ketua guru rumah biru pada tahun ini. Guru-guru yang lain adalah ajk dan sebagainya. Jadi sekarang ini, saya akan mulakan dengan pelantikan pengerusi dan sebagainya" kata puan asyura. Lalu sesi pelantikkan dijalankan.

Sudah semestinya jawatan pengerusi disandang oleh adrian kerana puan asyura ada di situ. Walaupun adrian tidak mahu, puan asyura berkeras mahu jadikan dia pengerusi. Naib pengerusi dan sebagai evelyn tidak kenal. Jadi, dia hanya menumpukan pada lantai basketball iaitu tempat yang dijadikan oleh mereka untuk berkumpul.

"Baiklah! Sesi pelantikkan sudah selesai. Pada hari ini kita akan mulakan dengan latihan lompat jauh. Jadi, semua pelajar lelaki sila berdiri dan ikut puan liza. Perempuan sila ikut saya. " kata puan asyura.

Satu-persatu pelajar mula melompat. Akhirnya tiba giliran evelyn.

"Bagus evelyn. Kalau boleh selepas ni kamu pecahkan rekod kamu pula" kata puan asyura yang semenangnya bangga dengan evelyn. Bukan dengan itu sahaja, bahu evelyn juga ditepuk menunjukkan betapa bangganya dia dengan evelyn.

"Terima kasih" balas evelyn bersahaja. Lalu dia pergi duduk. Sementara itu, dia memerhati rumah sukan lain berlatih. Rumah hijau sedang berlari,rumah merah sedang lakukan lompat tinggi dan rumah kuning pula sedang melakukan lontar peluru.

Mata evelyn memerhati harraz yang berada di rumah hijau. Olahragawan sekolah semenjak tingkatan 3. Semua tentang lari serahkan sahaja pada dia. Kadang kala evelyn cemburu dengan harraz, kerana pelajar cemerlang. Dalam bidang sukan juga begitu. Lalu mata evelyn memandang haqiem yang berada di rumah merah. Ini lagi seorang atlet. Haqiem pun hebat dalam larian. Tetapi kelebihan dia di larian jarak jauh kerana haqiem mempunyai stamina yang banyak.

Adrian yang sedang melakukan lompat jauh di perhati. Adrian juga atlet cuma biasa biasa sahaja. Dia sering bersaing dengan irfan yang berada di rumah kuning. Mereka berdua sering seri. Kalau tak adrian menang, irfan yang menang.

"Tengok apa?" Soal adrian yang baru sahaja duduk di tepi evelyn.

"Tengok diorang buat latihan." Balas evelyn. Adrian hanya tersenyum.

"Mengelamun banyak sangat. Rumah biru kita dah habis latihan dah. Jom. Ahli yang lain dah berkumpul dekat dewan. " kata adrian. Lalu dia berdiri. Dia datang ke padang semula untuk mencari evelyn, kerana semasa mengira pelajar perempuan, tidak cukup seorang. Rupanya pelajar yang tertinggal adalah kawanya sendiri, iaitu evelyn.

Lalu mereka berdua berjalan ke dewan. Dalam masa yang sama, irfan memerhati mereka. Irfan mengeluh berat. Penat. Dia sudah penat hendak mengejar evelyn. Dia rasa bahawa dia sudah mengejar evelyn dengan usaha yang tinggi, tetapi mengapa evelyn masih bersama adrian.

Dia cintakan evelyn. Dia mahukan evelyn. Dia mahu evelyn menjadi miliknya seorang dan bukan orang lain. Tetapi untuk dapatkan evelyn bukannya mudah. Terlalu banyak cabaran dan tempuhannya. Mampukan dirinya bertahan? Bertahan untuk mendapatkan cinta evelyn? Ataupun dia akan jatuh di setengah jalan? Dan yang paling teruk. Mampukah dia melihat evelyn jatuh di tangan orang lain? Persoalan itu yang sering bermain difikirannya.

*********
So sorry sebab lambat update ;(. Saya baru baik demam sebab tu lah tak active sangat haritu.
Btw,
Thanks for 3k readers.
Sangat sangat sangat berterima kasih. Saya akan cuba sedaya upaya untuk update dengan cepat pada masa akan datang.

Blue EyesWhere stories live. Discover now