Semakin hari semakin lama evelyn mula rapat dengan irfan. Manakala adrian hanya buat endah tak endah sahaja. Peperiksaan pertengahan tahun sudah semakin hampir. Niatnya hendak membanggakan mamanya dan dia harus ketepikan semua perasaan remeh temeh yang lain."Kalau macam ni pulak awak kena tambah kan dia. Lepastu guna square root. Dapatlah jawapan. " evelyn terang dengan bersungguh sungguh kepada adrian. Dia ingin sangat melihat adrian berjaya.
"Pinjam calculator. Aku lupa bawak" kata adrian. Evelyn terus mengeluarkan calculator dari kotak penselnya dan memberikan kepada adrian.
"Apa ni?" Adrian menunjuk ke arah evelyn. Dia baru sahaja membuka bekas calculator dan satu gambar tercicir membuatkan adrian bertanya.
"Oh! Tu irfan. Kita orang pergi arcade haritu" kata evelyn. Langsung tidak memikirkan perasaan adrian. Dia hanya menganggap adrian sekadar bertanya. Tetapi, dia telah merumitkan lagi pemikiran adrian.
"Okay" balas adrian. Terus dia sambung membuat latihan. Tetapi, fikirannya tidak memikirkan tentang latihan tersebut. Dia berfikir sejauh mana hubungan evelyn dan irfan? Sehingga keluar berdua-duaan.
Adakah evelyn telah jumpa kawan baru?. Apa yang hebat sangat irfan sehingga Evelyn lupakan dirinya? Sanggup evelyn tinggalkan dirinya yang telah sudi berkawan dengan dia sedangkan tidak ramai orang ingin berkawan dengan dia?
Adrian menggelengkan kepalanya beberapa kali. Cuba mengeluarkan segala perasaan negatif yang muncul.
"Awak okay ke?" Soal evelyn.
"Hah? Okay je" balas adrian. Dia kembali menyambung buat latihan.
"Okay" evelyn tersenyum. Sambil itu dia memerhati adrian yang sedang membuat latihan.
********************
"Yeay! Exam dah habis. Wuhuu!" Jerit harraz kegembiraan. Mereka baru sahaja selesai menjawab kertas soalan yang terakhir.
"Baru exam pertengahan. Belum spm lagi" kata adrian membuatkan harraz masam mencuka.
"Cuba kau jangan ingatkan pasal benda tu. Aku serious tak suka. Dekat rumah mak aku bebel pasal exam. Kat sekolah kau pulak jadi mak aku. Aduh. Boleh mati tahu tak?" Harraz menepuk dahinya.
"Aku ingatkan supaya kau study. Bukannya hang out je kerja. Nanti bila result teruk kau yang bising" kata adrian lagi. Bukan dia tidak tahu perangai harraz. Sehari sebelum peperiksaan dia boleh keluar untuk menonton cerita di pawagam.
"Yelah yelah." Kata harraz. Adrian hanya tersengih melihat kawannya.
"Ya! Nanti aku hantar gambar. Jangan risau"
Adrian memandang ke arah suara tersebut. Evelyn berjalan bersama irfan. Adrian mengeluh geram. Sewaktu keluar dari kelas, evelyn kata hendak ke tandas. Tetapi sekarang? Berjalan berdua-duaan bersama orang yang paling dia benci.
"Wait! Bukan korang sama kelas ke? Kenapa dia boleh jalan dengan irfan?" Soal harraz. Dia memandang adrian meminta penjelasan. Setahu dirinya evelyn akan selalu bersama dengan adrian. Cuma semenjak dua menjak ini dia melihat evelyn bersama irfan pula.
"Aku pun tak tahu" balas adrian. Kakinya mula di langkah kan untuk pergi ke tempat lain. Harraz hanya mengikut.
"Adrian!" Evelyn menjerit. Dia berlari ke arah adrian.
"Hurm?" Soal adrian
"Exam tadi okay?" Soal evelyn. Di sebelahnya ada irfan.
"Okay je" balas adrian biasa.
"Betul? Nanti saya nak tengok result awak okay" kata evelyn. Dia tersenyum gembira kerana adrian kata yang dia boleh buat peperiksaan tadi.
"Tak payah lah tengok result aku. Baik kau tengok result dia ni. Mesti dia happy gila nak mati" balas adrian lalu dia terus pergi. Membuatkan mereka bertiga tercengang. Tidak pernah adrian bersikap kurang ajar sebegitu. Adrian yang mereka kenal adalah seorang yang akan menjaga perasaan orang lain, baik dan sentiasa hormat orang.
"Ooo....kayyy...Aku gerak dulu. Bye!" Kata harraz lalu dia berlari mengejar adrian yang sudah jauh.
"Kenapa dengan adrian?" Soal evelyn sendirian.
"Dia ada masalah lah tu kot. Biarlah dia" balas irfan.
"Mana boleh biar. Dia kawan saya. Patutnya saya ambil tahu" kata evelyn pula. Irfan memandang mata evelyn. Jelas terpancar kerisauan di mata evelyn. Irfan mengeluh. Setahu dirinya, dia sudah sedaya upaya membuat evelyn lupa akan adrian. Namun usahanya tidak mencukupi. Dia harus berusaha lebih kuat.
*****************
Adrian berjalan ke arah pondok. Dia sudah sudah berjanji dengan evelyn untuk mengajar dirinya subject mathematic lagi.
Dari jauh dia terdengar suara evelyn ketawa. Makin lama makin kuat apabila dia semakin hampir. Di depan matanya sekang evelyn dan irfan sedang menangkap gambar. Mereka sandarkan telefon di dinding lalu mereka berdiri dan menangkap gambar.
Niat adrian terbatal untuk belajar. Dia terus pergi dari situ. Tidak mahu dia belajar jika irfan ada bersama.
**********
Evelyn berjalan ke arah kantin. Dia mencari adrian. Matanya terus sahaja nampak adrian yang sedang duduk di salah satu meja.
Kakinya di lajukan ke situ. Apabila sampai terus sahaja dia melabuhkan punggung di kerusi hadapan adrian.
Adrian terkejut apabila melihat evelyn. Tetapi dia sorokkan.
"Adrian awak okay?" Soal evelyn.
"Okay je" balas adrian.
"Kalau awak okay, awak tak macam ni" kata evelyn pula. Dia geram dengan adrian yang suka berahsia.
"Tak okay macam mana?" Soal adrian.
"Yelah. Awak macam cuba mengelak je dari saya. Lepastu semenjak dua menjak ni awak asyik marah marah. Lagi satu, awak selalu dah tak datang pondok. Kata nak belajar?" Soal evelyn.
"Tak de apa pun lah" balas adrian lagi.
"Adrian. Betul betullah!" Marah evelyn.
"Okay aku bagitahu kau! Aku tak suka kau rapat dengan irfan. Semenjak kau rapat dengan dia kau selalu lupakan aku. Sedangkan aku kawan pertama kau kat sekolah ni. Aku yang buat kau tak rasa kesunyian. Tapi kenapa bila irfan muncul kau kena lupakan aku? Hebat sangat ke irfan tu sampai semua nak bangga banggakan dia!" Terang adrian. Dia berasa puas setelah melepaskan segala isi hatinya. Yang selama ini hanay terbuku di dalam hati. Namun kini dia dapat meluahkan semua.
"Ouh.." evelyn berkata dengan perlahan. Dia memandang meja. Baru dia tahu apa yang di rasakan oleh adrian.
Adrian yang sepertinta baru tersedar dia memarahi evelyn terus memandang evelyn.
"Evelyn... aku bukan bermaksud nak marah kau. Tapi, aku terle-"
"Takpe. Saya paham. Mungkin salah saya juga sebab abaikan kawan yang tolong saya sebelum ni. Saya minta maaf" kata evelyn. Dia mengangkat kepalanya dan memandang mata adrian.
"Aku pun sama. Mungkin, aku ter over react. Aku minta maaf" kata adrian pula.Kini tiada lagi perasaan dengki antara satu sama lain. Dia kini tidak memandang evelyn dengan marah tetapu dengan keceriaan.
**********
Thanks for 2k readers💖. By the way korang. Kalau dah baca tu tekan lah vote tu. Sebab readers ramai tapi vote..haih. Jangan jadi silent readers please💖
YOU ARE READING
Blue Eyes
Teen FictionAdrian Iskandar seorang pengawas yang diminati ramai. Seorang yang peramah dan baik hati. Ramai juga yang memendam perasaan terhadapnya tetapi cepat cepat ditepis. Sebabnya hanya satu. Adrian Iskandar ialah anak kepada Ketua Guru Disiplin di sekolah...