Part 10

6.7K 475 24
                                    

"Weh Evelyn"

"Iya?" Evelyn memandang Harraz. Tiba tiba saja Harraz memanggilnya.

"Puan Asyura panggil kau dekat bilik disiplin" balas Harraz.

"Aku? Aku ada buat salah ke?" Evelyn mengerutkan dahinya.

"Tak tahu. Tapi muka dia serious ketat habis"

"Okay aku pergi dulu"

********

Pintu bilik diketuk sebelum Evelyn masuk. Dia memandang Puan Asyura dan Adrian yang berada di situ. Dapat juga dia merasa ketegangan di dalam bilik tersebut.

"Apa hubungan kamu berdua?" Soal Puan Asyura.

"Ha?" Adrian terkejut.

"Takpayah nak ha sangat lah. Bagitahu saya sekarang" kata Puan Asyura tegas.

"Kawan" balas Evelyn.

"Kalau kawan kenapa sampai berdua duaan dekat pondok. Tahu tak apa hukum kalau berdua duaan?"

Evelyn terkejut. Sejak bila pula Puan Asyura tahu mengenai perkara ini?

"Betul. Kita orang kawan je. Pondok tu sebab belajar sama sama" balas Adrian.

"Tahulah. Tapi takkan berdua je? Apa orang cakap. Malu tahu tak bila ada orang complain anak saya punya perangai macam mana" balas Puan Asyura.

Ini lagi bertambah keliru di kepala Evelyn. Siapa pula yang mengadu kepada Puan Asyura? Setahu Evelyn sebelum ni semuanya baik saja.

"Cikgu sebenarnya panggil saya kenapa?" Soal Evelyn.

"Saya tak mahu awak berdua rapat lagi. Tak elok. Apa orang cakap. Jadi mulai hari ini saya tak nak tengok awak berdua berdua duaan" kata Puan Asyura.

Bulat mata Evelyn mendengar apa yang dikatakan oleh Puan Asyura. Takkan sampai begitu sekali Puan Asyura marah?

"Itu sahaja. Evelyn boleh masuk ke kelas. Adrian tunggu sini" kata Puan Asyura.

Evelyn pusing ke belakang. Dia mendongak sedikit untuk memandang muka Adrian. Adrian pula memberikan senyuman yang sayu kepada Evelyn.

Bukan dirinya suka tentang perkara ini. Dia langsung tidak suka. Selepas ini siapa yang akan mengajarnya? Siapa yang akan dia kacau? Dan yang paling penting. Siapa pula Evelyn akan berkawan selepas ini.

Matanya memandang Evelyn yang berjalan keluar. Lalu dia mengeluh.

**********

"Sila buat latihan yang saya tulis ini. Sekarang. Saya nak kamu hantar hari ini juga" kata Puan Liza. Lalu pelajar di dalam kelas mengangguk.

"Maaf kan saya cikgu. Saya lambat. Ini surat daripada Puan Asyura." Adrian memberikan kertas kepad Puan Liza.

Puan Liza mengambil kertas tersebut. Dia memandang Adrian lalu memandang Evelyn yang sedang membuat latihan. Puan Liza mengeluh.

"Mulai hari ini, Adrian kamu akan duduk di tempat Qisya. Qisya pula duduk di tempat Adrian. Cepat ubah tempat kamu" kata Puan Liza.

Adrian berjalan ke tempatnya di sebelah Evelyn. Dia mengambil semua bukunya yang berada di bawah meja. Bag nya digalas.

"Sorry" kata Adrian perlahan apabila Evelyn melihatnya. Lalu dia pergi ke tempat Qisya dan Qisya pula pergi ke tempat Adrian.

**********

"Kau okay tak?" Alyssa menyoal Evelyn. Daripada pagi mereka keluar namun Evelyn tidak seperti selalu.

"Okay" balas Evelyn ringkas. Kepalanya kusut dengan perangai Adrian yang tiba tiba tidak menegurnya sepanjang hari.

Blue EyesWhere stories live. Discover now