Part 18

4.4K 333 45
                                    

"Kenapa perlu tipu diri sendiri ni Ilyana?"

Air mata Evelyn akhirnya jatuh di hadapan Irfan. Telefon yang berada di genggaman di letakkan di atas meja. Terus tangannya menekup muka yang sudah basah disebabkan air mata.

Mengapa air matanya jatuh sekarang? Lagi lagi dihadapan lelaki ini. Pelbagai amarah yang dilemparkan kepada dirinya di dalam hati.

Telinganya terdengar keluhan yang keluar dari mulut Irfan. Serta merta tangannya di tarik membuatkan dirinya juga berdiri.

"Ambik barang" arahan daripada Irfan membuatkan dia terus mengambil barangnya. Lalu dia mengikuti Irfan dari belakang.

Sedar tentang kelambatannya, Irfan menarik tangannya agar dia berjalan di samping Irfan. Tangan Evelyn masih digenggam.

"Kejap" Evelyn berhenti. Begitu juga Irfan. Dia memandang Evelyn.

"Telefon aku" kata Evelyn. Belum sempat menunggu balasan dari Irfan dia terus berjalan dengan laju ke tempat tadi. Di dalan hatinya berdoa agar telefon masih ada di situ.

Sampai sahaja di situ, dia mendapati bahawa tempat yang dia duduki sebentar tadi telah menjadi tempat orang lain.

Dari belakang dia seperti mengenali siapakah gerangan wanita tersebut. Namun cepat ditepisnya kerana ada hal yang lebih penting yang harus dilakukan.

"Thats mine" kata Evelyn apabila dia melihat telefonnya dipegang oleh wanita tersebut.

"Rea- Evelyn" kata wanita itu. Terus Evelyn memandang wajah wanita yang menyebut namanya.

"Hai Farhana" Evelyn tersenyum kekok. Di dalam hatinya sudah menyumpah seranah. Cuba lari dari bala. Tapi bala sendiri yang mencari dirinya.

"Yours?" Telefon yang berada di tangan Farhana itu diangkat. Kepala Evelyn mengangguk.

"Nasib baik aku yang jumpa. Kalau tak habislah phone kau ni" kata Farhan. Dia menghulurkan telefon itu kepada Evelyn.

"Thanks" dia mengambil telefon yang berada di tangan Farhana. Belum sempat dia bereda, dia ditanya lagi.

"Buat apa dekat sini?" Soal Farhana.

"Jalan jalan. Kau pula?" Soal Evelyn pula. Kali ini dia memang keluarkan segala jenis carutan di dalam hati. Kau sudah tahu dia kesini buat apa, lagi mahu ditanya? Memang sengaja cari pasal?

"Aku ada date dengan Adrian. Dia tengah order air. Nak join?" Belum sempat dia membalas soalan Farhana, ada suara lain yang menolong dirinya.

"Sorry miss. Tapi Evelyn ada hal lain. Lain kali maybe" Evelyn memandang tepi. Irfan yang menolongnya.

"Oh okay okay. Tak sangka kau pun ada date ya Evelyn." Farhana ketawa kecil.

"Maaf lah sebab buat kau bersembang dengan aku dekat sini. Sorry ya Evelyn and?"

"Irfan. By the way, kita orang hanya kawan. Tak lebih." Balas Irfan.

"Lambat laun lebih lah tu" kata Farhana lagi. Evelyn yang di situ hanya mendiamkan diri. Dia kalau tiada mood memang akan menjadi pendiam.

"Ha tu pun Adrian datang dah. Tunang aku. Serious taknak join sekali?" Soal Farhana lagi.

"Ya. Kita orang serious" balas Irfan. Dia sudah berkira kira untuk bergerak. Namun disebabkan teguran dari Adrian membuatkan dia dan Evelyn membatalkan niat.

"Evelyn? Kau buat apa dekat sini?" Soal Adrian. Kedua cawan yang berada di tangan di letakkan di atas meja.

"Dia keluar dengan kawan dia. Lepastu terserempak dekat sini. Itu yang saya tegur. Tak sangka pula kawan dia ni kacak juga. Ada chance ke tak eh saya nak ngorat?" kata kata Farhana tadi membuatkan ketiga tiga mereka terkejut.

Tunang orang puji lelaki lain di hadapan tunang sendiri? Ketahian apakah ini?

"Im just joking. Muka tu jangan lah terkejut sangat. Lagipun betul apa Irfan ni kacak. Untung Evelyn" kata Farhana lagi. Niatnya memang sekadar bergurau. Tidak sangka pula di ambil serious. Lagipun Irfan memang kacak. Bukan bermaksud Adrian tidak kacak. Bukan sama sekali. Cuma Irfan ini mempunyai rupa dari negara Barat. Begitu juga Evelyn. Jadi bagi dia mereka berdua nampak secocok.

"Wait what? Irfan?" Kali ini dahi Adrian berkerut. Betul ke apa yang dia dengar?

"Hai Adrian. Lama tak jumpa" kata Irfan. Dia menghulurkan tangan dan disambut oleh Adrian.

"Korang dah kenal?" Soal Farhana.

"Yup. Kita orang tiga kawan sekolah. Kawan baik" balas Irfan. Dia tersenyum memandang Adrian. 

"Haah." Balas Adrian pula. Dia membalas senyuman Irfan. Kawan baik sangat.

"Ouh Bestnya! Kawan baik bertemu semula. Cemburu pula. Bertuah tau korang ni" kata Farhana.

"Rasa bertuah sangat" balas Evelyn. Dia mengangkat mukanya dari terus memandang lantai. Sudah sudah lah bersedih Evelyn. Tiada siapa akan ambil tahu katanya dalam hati.

Irfan yang baru perasan Evelyn membuka mulut terus memandang di sebelahnya. Dari apa yang dia perhati sudah dia tahu sebab mengapa Evelyn begini. Mungkin juga Evelyn sudah mengetahui hubungan Adrian dan Farhana sebelum dirinya. Bukan dia tidak tahu yang Evelyn menyukai Adrian. Sampai sekarang mungkin?

"Maaf. Tapi aku ada hal. Sorry sangat. Jom Irfan" lengan Irfan terus ditarik oleh Evelyn. Dia dan Irfan berjalan meninggalkan tempat itu.

******

Sorry sebab lambat update. Im really sorry. Saya sangat takde idea dah. And kawan saya bagi cadangan untuk delete story ni. Saya pun ada terfikir untuk delete. Sebab cerita ni makin lama makin merepek. Tak seperti awal awal dulu. Idea sudah tiada. Vote dan comment juga sudah berkurang. Jadi saya menganggap ia tidak berjaya? Maafkan saya sekali lagi.

Buat masa ini mungkin delete tidak akan berlaku. Kalau saya nak delete saya akan bagitahu anda semua dahulu.

Blue EyesWhere stories live. Discover now