Saya buat ni in a rush. So macam belit belit sikit. Im sorry. Kalau tak paham just tanya. Hehe. Vote jangan lupa ya!
"Baru bertunang lah"
Evelyn memandang Irfan. Berkerut dahinya mendengar apa yang dikatakan oleh Irfan.
"Kau maksudkan apa ni?"
"Iyalah. Lepas kes kita jumpa Adrian dengan tunang dia minggu lepas, kau diam diri. Matikan phone semua benda. Kau fikir kau masih remaja nak memberontak macam tu?" Kata Irfan. Air kopi yang masih panas dihirup.
"I know. Im a bit childish" balas Evelyn.
"Lagipun nak buat macam mana. Kau suka dia dari zaman sekolah menengah. Maybe memberontak sikit tak salah" Irfan tersenyum nipis. Evelyn hanya balas dengan senyuman lalu dia memandang lantai.
Ya, itu baru sedikit. Kalau dibandingkan dengan orang lain, mungkin ada yang sanggup sehingga nyawa terkorban. Beruntunglah dirinya masih boleh berfikir. Masih dapat membezakan mana salah mana betul.
"Mungkin ada sebab" kata Irfan memecah kesunyian. Evelyn yang tadi memandang lantai terus memandang Irfan.
"Sebab?" Soal Evelyn. Irfan mengangguk.
"Semua benda yang terjadi bukan dengan sengaja. Semuanya bersebab. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Allah itu sebaik baik perancang. Apa yang dia aturkan semua yang terbaik untuk kita" kata Irfan. Dia memandang mata Evelyn. Berharap Evelyn faham apa yang dia cuba sampaikan.
"Terima kasih" hanya itu yang mampu dia ungkapkan. Jujur dia katakan dia tidak tahu hendak membalas apa kepada kata-kata Irfan.
"Kau boleh berdoa. Memohon agar dia menjadi milik kau suatu hari nanti. Tapi jangan pula kau marah pada dia' andai kata doa kau tak termakbul. Kerana 'dia' tahu apa yang terbaik buat diri kita. Kalau Adrian bukan milik engkau, mungkin dia bukan yang terbaik untuk diri kau" Evelyn diam. Menghadam setiap ayat yang dikeluarkan dari mulut Irfan.
"Dan mungkin ada yang lagi baik untuk kau berbanding Adrian" kata Irfan lalu dia menghirup air kopi yang sudah sejuk.
"Ya. Mungkin"
Pintu utama ditolak lalu dia melangkah ke dalam. Sudah seminggu dia tidak menjejakkan kaki ke butik miliknya ini. Apa yang jadi di sini pun dia tidak ambil tahu dalam masa seminggu itu. Maklumlah, telefonnya di matikan dengan sengaja.
"Evelyn!" Dia terus memandang ke arah suara yang memanggilnya.
"Finally, you're back!" Kata Melly yang duduk di salah satu kerusi di dalam butik. Dia yang sedang duduk berehat sebentar sementara menunggu butik hendak dibuka terkejut dengan kehadiran Evelyn. Fikirnya Evelyn hendak bercuti lagi.
"Melly!" Kaki Evelyn terus melangkah ke arah Melly. Dia duduk di hadapan perempuan itu.
"Macam mana butik waktu I tak ada?"
"Waktu first day tu serabut juga. Iyalah sebab u bagitahu mengejut tahu tak. Penat I kena layan si penempah baju yang datang ambik baju minggu lepas. Tapi hari rabu dah okay dah. Sebab I dah jumpa buku nota u dekat dalam laci" balas Melly panjang. Dalam hati sudah bersyukur kerana Evelyn masuk ke butik pada hari ini. Cukup cukup sahajalah dirinya serabut minggu lepas.
"Oh ya. I lupa yang ada orang datang minggu lepas. Disebabkan u tak ada, I cakap yang I akan inform dia when u masuk butik" Evelyn mengerutkan dahinya.
Siapa pula yang mencari dirinya? Nak kata kawan kawannya, semuanya dia jumpa pada minggu lepas. Irfan? Dia sudah jumpa semalam.
"Tak apalah. Inform je lah dia. Suruh dia datang harini. Lunch time" disebabkan malas mahu fikir , Evelyn membawa diri untuk masuk ke pejabatnya.
Badannya disandarkan pada kerusi. Matanya pula dipejamkan. Nafas di tarik panjang lalu di hembus perlahan. Tak sangka kerja yang dia tinggalkan pada minggu lepas akan membuatkan dirinya letih hari ini. Sekarang baru dia berasa menyesal kerana mengikutkan sangat kata hati yang memberontak. Betul kata Irfan, dirinya bukan lagi remaja hendak memberontak sebegitu.
"Tok tok."
Evelyn memandang ke arah pintu. Seorang lelaki sedang tersenyum ke arahnya.
"Adrian? Buat apa dekat sini?" Soal Evelyn.
"Boleh aku masuk?" Soalan dibalas dengan soalan. Evelyn mencuka lalu dia menyuruh Adrian duduk di kerusi hadapannya.
"Kenapa tak boleh nak datang ke?" Soal Adrian.
"Bukan. Bukan macam tu. Cuma u know macam tiba tiba je." Balas Evelyn. Dia menyusun semula setiap helaian kertas maklumat pakaian pelanggan. Lalu meletakkannya di tepi.
"Kata boleh je jumpa bila bila masa. Sekarang ni macam menghalau pula"
"Jangan lah fikir macam tu. Aku tak menghalau. Kalau Farhana tahu macam mana?" Soal Evelyn. Dia bukan apa.Tidak mahu nanti dilabel sebagai perosak kebahagiaan orang. Lebih rela hatinya sakit dari dituduh begitu.
"No worries. Dia ada urusan kerja. Lagipun aku dah bagitahu dia yang aku akan jumpa kau."
"And for what?"
"A little chit chat with my favourite person" bibir Adrian menguntumkan senyuman. Begitu juga dengan Evelyn. Namun hati dia sekarang ini seperti di seksa. Patutkan dia hanya mengikut Adrian? Ataupun dia menolaknya? Dia bingung.
Otaknya kata jangan. Tapi hatinya mengatakan sebaliknya. Bahaya. Sungguh bahaya hati dia ini. Selalu membuat keputusan melulu tanpa berfikir apa yang akan berlaku. Namun sekarang ini dia mahu membuat keputusan yang terbaik buat dirinya. Dia tidak akan mengikut kehendak hatinya. Sudah cukup dia memendam perasaan selama bertahun lalu hatinya hancur begitu sahaja. Tidak mahu lagi dia meletakkan harapan yang dia tahu akan musnah dalam sekelip mata.
"Sorry tapi a-"
"Please? Untuk kawan baik kau?" Kali ini suara Adrian menjadi sayu. Dia mahu juga Evelyn mengikutnya. Seperti mempunyai maksud tersirat disebalik permintaannya. Itu dia tapi yang susah sekarang ini adalah Evelyn. Buntu sungguh dirinya hendak membuat keputusan.
"Kita boleh pergi lunch sekali. Macam dulu. Makan sama sama. Lama dah tak makan dengan kau"kata Adrian lagi.
"Alright. Lets go"
YOU ARE READING
Blue Eyes
Novela JuvenilAdrian Iskandar seorang pengawas yang diminati ramai. Seorang yang peramah dan baik hati. Ramai juga yang memendam perasaan terhadapnya tetapi cepat cepat ditepis. Sebabnya hanya satu. Adrian Iskandar ialah anak kepada Ketua Guru Disiplin di sekolah...