Adrian memandang Evelyn. Dari tadi mereka hanya senyap disebabkan oleh Evelyn yang tidak mempunyai mood pada waktu itu. Dia cuba bercakap dengan Evelyn namun hanya dibalas beberapa patah perkataan sahaja lalu Evelyn memandang pamandangan di luar tingkap kedai semula.
"Evelyn. Kau nak makan apa apa tak?" Soal Adrian. Sejak mereka keluar tadi hanya duduk di kedai minum ini sahaja. Takkan tak lapar?
"Erm nope. Kau nak makan ke?" Soal Evelyn semula. Tapi dia masih memandang ke luar.
"Tak"
Selepas itu mereka senyap semula. Adrian menyandarkan badannya pada kerusi. Dia memandang Evelyn namun Evelyn langsung tak pandang dia. Dia bingung dengan sikap Evelyn. Dia ada buat salah ke pada gadis ini? Semalam sewaktu hantar pesanan semua elok je. Ataupun gadis ini datang bulan? Penat berfikir lebih baik dia tanya sendiri.
"Evelyn kau okay tak sebenarnya?" Soalan yang tak berapa panjang namun padat.
"Okay je." Balas Evelyn pendek.
"Kau tak nampak macam okay pun"
"What? Im literally fine dude. Takde luka apa apa pun kat badan aku. I'm fine. Don't worry" balas Evelyn.
"Bukan tu maksud."
"Then?"
"Kau senyap je dari pagi. Aku ada buat salah ke?" Soal Adrian.
"Tak. Tak ada salah pun"
"Dahtu? Kau senyap je kenapa? Ada problem ke? Kalau ada cerita jelah dekat aku. Kau buat aku macam tunggul do dari tadi" balas Adrian.
"Betul nak tahu?"
"Yea of course"
"Okay look. Kita keluar berdua ni Farhana tahu ke tak? I mean bukan harini je. Before this jugak" Evelyn memandang Adrian.
"Sejak bila kau nak ambil tahu semua benda ni?"
"Jawab soalan aku lah pakcik"
"For what?"
"Kalau kau tak jawab aku pun tak cerita lah. Fair" Evelyn tersenyum memandang Adrian.
"Okay okay fine." Adrian mengeluh.
"Ada yang dia tahu dan ada yang dia tak tahu. Ha now kenapa kau tanya aku soalan macam ni?" Balas Adrian dalam masa yang sama dia menyoal semula. Dia betul betul mahu tahu apa yang Evelyn fikirkan.
"What?!" Evelyn terjerit kecil.
"Apa what what? Kau pun slow lah sikir suara tu. Dekat public ni" kata Adrian. Dia sempat memandang pelanggan yang lain. Nasib baik hanya dua tiga yang perasan akan suara Evelyn.
"Kenapa kau tak bagitahu dia?"
"Eh kau tak jawab soalan aku lagi"
"Tak penting pun soalan kau sekarang ni. Kenapa kau tak bagitahu dia?"
"Kalau dia tahu mati lah aku. Now jawab soalan aku pulak. Dari tadi lagi" balas Adrian selamba.
"Kalau dia tak tahu aku lagi lah mati sengal! Nanti aku kena serang dengan Farhana tak ke naya?" Balas Evelyn. Geram dengan sikap Adrian yang mengabil hal ini sebagai remeh temeh sahaja. Benda penting macam ni selamba dia je jawab macam tu? Ada yang makan kasut nanti.
"Perlahankan suara lah" kata Adrian. Ni dah kali kedua. Kalau lepasni Evelyn meninggikan suaranya lagi berkemungkinan besar mereka akan dihalau.
"Kenapa macam ni" Evelyn berkata perlahan dalam masa yang sama dia mengeluh. Sekarang dia rasa betul betul seperti hendak merampas Adrian. Apa yang dikatakan oleh Melly dan Aina itu betul. Mungkin kerana waktu itu dia ego dia terlepas kata-kata yang sepatutnya dia tak sebut.
"Kau kenapa risau sangat ni? Chill sudah lah. Farhana pun bukannya ambik tahu sangat. Kalau dia tahu pun kita bestfriend kot" balas Adrian. Evelyn memandang Adrian tajam. Sesenang itu Adrian cakap? Kalau apa-apa yang berlaku nanti diri dia yang dipersalahkan. Diri dia yang tersakiti. Bukannya Adrian.
"I wanna go home. Hantar aku balik" Evelyn terus berdiri dan berjalan keluar dari kedai.
"Dia tak jawab lagi soalan aku" Adrian redho.
***
Keadaan di dalam kereta sungguh sunyi. Hanya bunyi radio sahaja yang menemani. Fikiran Adrian melayang kepada pertingkahan kecilnya bersama Evelyn sebentar tadi. Dia mahu menegur Evelyn semula tapi sampai sudah tak ditegur. Bila sudah sampai ke rumah Evelyn pun mereka tidak bertegur. Pergi begitu sahaja.
Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Evelyn. Dia faham apa yang Evelyn rasa. Dia cuma buat-buat tak tahu je. Bukan apa tapi dia selesa berkawan dengan Evelyn. Sejak Evelyn tiada dalam hidupnya, dia hidup dengan bertopengkan diri orang lain. Dia tidak tunjukkan diri dia yang sebenar.
Seorang Adrian Iskandar yang tenang.
Ya, itulah dia. Dia rindukan diri dia sewaktu di sekolah menengah. Dirinya yang tak perlu banyak cakap. Hanya cakap bila perlu.
Dia berubah sejak dia berkenalan dengan Farhana. Farhana seperti cuba mengubah dirinya supaya menjadi lebih peramah dengan orang sekeliling. Bukan dia tak suka cuma dia terasa seperti bukan diri dia dan dia berlakon. Dia hanya ikutkan kata Farhana kerana sayang dan tidak mahu bergaduh. Farhana tidak berapa suka dengan dirinya yang senyap. Katanya membosankan. Jadi dia ikut saja apa yang Farhana suruh.
Tapi bila dia berjumpa semula dengan Evelyn dia rasa gembira. Kerana dia boleh jadi diri dia yang sebenar tanpa perlu berlakon. Evelyn pula tidak kisah jika dia senyap. Jujur dia katakan dia selesa bila berada dengan Evelyn.
Kalau lah kau tahu Evelyn.
Hanya kalau.
***
PLEASE READ THIS
OKAY! Kat sini seriously saya nak minta maaf sebab lambat update. Im really sorry. Bukan tak ada idea cuma when nak bina ayat tu bagi cantik and nak bagi panjang its kinda hard. Berkali-kali juga fikir nak unpublish or tak. Sebab novel a little bit hard to do tau.
Kalau yang follow saya dari awal maybe korang tahu saya start sebagai penulis fanfiction. Saya seorang kpoppers yang hanya cuba menulis novel melayu. Saya minta maaf jika terkurang dan tidak menetapi cita rasa pembaca. Saya minta maaf sebab saya pernah cakap yang akan update lepas habis pt3 but sekarang baru update. Serious saya rasa nak fokus balik dalam menulis fanfic. Tapi bila baca comment suruh update saya gagahkan juga diri untuk update. Saya minta maaf jika anda rasa saya ni macam minta simpati. But ini benda betul kot. Takkan nak tipu. If one day korang cari cerita ni takde dah maybe saya dah unpublish. Im sorry. Im sorry again. Jadi, selagi saya rasa saya mampu saya akan update.
Thanks kepada yang baca sampai sini ! Saya hargai anda sangat sangat !💜
YOU ARE READING
Blue Eyes
Teen FictionAdrian Iskandar seorang pengawas yang diminati ramai. Seorang yang peramah dan baik hati. Ramai juga yang memendam perasaan terhadapnya tetapi cepat cepat ditepis. Sebabnya hanya satu. Adrian Iskandar ialah anak kepada Ketua Guru Disiplin di sekolah...