Part 12

5.5K 429 24
                                    

"Haih" untuk kali ke sekian kalinya Evelyn mengeluh. Dia memikirkan tentang perkara yang diberitahu oleh Qaira sebentar tadi.

"Puan Asyura suruh aku bagitahu kau yang dia nak jumpa kau balik sekolah nanti. Dia tunggu dekat bilik disiplin"

Evelyn menggaru kepalanya. Dia terpandang Adrian yang sedang tekun membaca buku dia tempat duduk hadapan. Dia memandang ke tempat lain.

Entah mengapa semenjak dua menjak ini dia seperti marah kepada Adrian. Manakan tidak. Takkan sebab mamanya suruh jangan berkawan lagi terus tidak bertegur sapa?

Ada sekali Evelyn memanggil Adrian. Namun Adrian hanya senyum dan berkata

'Nanti eh? Aku ada hal ni'

Namun selepas itu tidak bertemu langsung. Semenjak itu Evelyn memgambil hati. Terus tidak menegur Adrian mahupun senyum.

Kini, Irfan yang menggantikan tempat Adrian. Setiap perkara yang Evelyn lakukan mesti bersama Irfan. Mereka berdua seperti Evelyn dan Adrian yang dahulu. Cuma bertukar orang.

"Memandangkan minggu depan kita dah nak ambik exam besar. Aku dengan ini mengambil peluang untuk memohon maaf kepada korang semua kalau aku ada buat salah. Halalkan makan minum aku. And aku minta maaf terutama dekat Evelyn"

Kelas menjadi sunyi setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Faizal. Evelyn pula hanya buat tidak endah.

Bila nak dekat exam besar baru tahun meminta maaf. Evelyn mengeluh. Dia sedar bahawa Faizal  betul betul ikhlas.

"Kau ni jangan lah buat ayat macam nak pergi dari kita orang. Sedih aku" kata Yazriq. Faizal tergelak lalu matanya memandang Evelyn.

"Kau maafkan aku kan? Tentang semua benda yang aku ejek kau?" Faizal bertanya.

"Aku maafkan" kata Evelyn lalu tersenyum. Rakan kelas yang lain mula datang menghampiri Evelyn dan meminta maaf. Ada juga yang bertanya soal pelajaran.

********

"Kau nak aku tunggu kau kat pondok?" Soal Irfan.

"Tak payah lah. Kau balik je." Balas Evelyn.

"Kalau macam tu aku gerak dulu. Jangan lupa kita ada study group kat library nanti" kata Irfan lalu dia beredar bersama Haqiem.

Evelyn mula membuka pintu bilik disiplin. Dadanya berdebar debar. Fikiranya bercelaru. Dia ada buat salah ke? Sedangkan selama ini dia tidak bertegur pun dengan Adrian.

"Eh Evelyn. Duduk lah" pelawa Puan Asyura. Evelyn tersenyum sipi lalu dia duduk.

"Kenapa cikgu nak jumpa saya?" Soal Evelyn.

"Memandangkan minggu depan kamu akan mengambil peperiksaan besar. Saya nak minta maaf sebab menghalang awak berkawan dengan anak saya. Bukan apa. Tapi sebab orang dok bercerita. Siap ada yang hantar gambar lagi. Saya tak mahu air muka saya jatuh. Jadi kamu maafkan saya kan?" Soal Puan Asyura.

"Ya. Saya maafkan"

"Jangan berdendam dengan Adrian ya? Saya minta maaf bagi pihak dia sebab tak bertegur dengan kamu. Adrian tu jenis mengikut arahan" kata Puan Asyura lagi.

Evelyn tersenyum.

"Baiklah"

"Tapi, saya minta dengan kamu. Kalau boleh bila hari terakhir persekolahan baru kamu tegur dia ya? Sebab saya nak dia fokus. Yelah. Ni exam besar kan" kata Puan Asyura.

"Boleh je." Balas Evelyn.

"Kalau macam tu kamu boleh beredar. Saya pun ada banyak kerja lagi" kata Puan Asyura. Evelyn terus berdiri dan berjalan ke arah pintu. Tangannya sudah sedia untuk menolaknya namun diberhentikan.

"Maaf cikgu. Tapi boleh saya tahu siapa yang hantar gambar tu?" Soal Evelyn. Dia berpusing memandang Puan Asyura yang baru sahaja hendak memulakan kerja.

"Kamu betul nak tahu? Tapi itu hak pihak disiplin"

"Tapi berkenaan saya kan? Boleh lah cikgu" kata Evelyn.

"Urm..sekejap saya ambil fail." Puan Asyura pergi ke arah rak. Lalu dia mengambil fail berwarna kuning dan dibukanya.

"Irfan Zaquan. Dia yang hantar" kata Puan Asyura.

Terkejut  Evelyn. Tidak sangka orang yang menghantar gambar tersebut merupakan rakan baiknya.

********

"Dasar lelaki tak guna" Kata Evelyn sewaktu dia duduk di dalam bilik. Dia berfikir tentang Irfan.

Mengapa Irfan begitu? Ataupun Irfan sebenarnya masih mahu membuli cuma di dalam senyap?

"Serabutnya" Evelyn menutup muka dengan bantal. Rasa sedih mula menjalar di dalam dirinya.

Sedih sebab selama ini Adrian tidak menghiraukannya. Itu perkara utama mengapa dia berasa sedih. Kedua kerana Irfan. Otaknya bercelaru. Dengan minggu depan dia ada peperiksaan besar.

Lagi sekali dia mengeluh.

**************

"Evelyn wait" Irfan memegang lengan Evelyn.

"Kau nak apa lagi?"

"Kenapa tiba tiba macam ni? Why are u acting like this? Seminggu tak tegur. Macam cuba elakkan diri. Right now i want the answer" kata Irfan.

"Aku nak balik. Esok ada exam add math. Aku nak study and nak berjaya. Kau kalau tak nak berjaya jangan ajak aku sekali"  balas Evelyn. Dia mula melangkah semula.

"Jawab lah kenapa?" Irfan berkata sedikit tinggi. Tangannya memegang lengan Evelyn kembali.

"Jawab? Kau yakin kau boleh terima?" Evelyn menarik tangannya. Badanya pula menghadap Irfan.

"Kenapa kau busuk hati sangat? Sampai hantar gambar aku dengan Adrian dekat Puan Asyura. Konon depan aku kata lupakan dia semua benda. Ada hikmah lah itulah inilah. Tapi kau dalang dia. Hidup hidup kena tipu dengan kau" kata Evelyn. Kali ini dia terlampau marah. Mahu saja dia mengeluarkan kata kata kesat kepada Irfan. Namun dia masih tahan kerana Irfan juga merupakan kawan baiknya seketika dahulu.

"Kenapa kau buat macam tu ha?" Soal Evelyn kembali. Dia memandang Irfan dengan tajam. Nasib saja tiada pelajar di situ. Kalau tidak ada yang dijadikan drama free.

"Sebab aku suka kau"

Evelyn terdiam.

"Aku suka kau. Im so in love with you.
Bila aku dapat tahu aku suka kau, terus aku try ambik hati kau. But u know what? Bila nampak kau dengan Adrian buat aku cemburu. Banyak kali aku try buatkan kau lupa dekat dia. But at the end kau still cakap pasal dia. You don't know how i feel when you talked about him most of the time" kata Irfan.

"Nonsense" terus Evelyn berlalu dari situ. Meninggalkan Irfan keseorangan.

"You never know how it feels when the people you love shares something about someone they love to you." Kata Irfan. Dia mengeluh kesedihan.

*************
Im so sorry sebab lambat update😭. Im a little bit busy now days. Thanks about 19k💞. And for your information, lepas ni saya terus buat mereka dah besar. I mean dah ada kerjaya masing masing. So kita sambung when mereka dah kerja. Hehe.

Blue EyesWhere stories live. Discover now