Evelyn menghirup sedikit airnya. Jam tangan ditilik. Sudah setengah jam dia menunggu peguam yang dicarikan oleh Melly minggu lepas.
Melly ada beritau serba sedikit tentang peguam tersebut. Namun dia terlupa kerana terlalu sibuk memikirkan masalah butik dan juga hal keluarga. Katanya peguam tersebut seorang lelaki. Itu sahaja yang dia ingat.
"Evelyn Ilyana. Kan? Im right or wrong?" Evelyn memandang lelaki yang menegurnya.
"You are right. Who are you?"
"Oh, saya peguam yang bakal mengendalikan kes Cik Evelyn. Melly yang mengambil saya. Rayqal Liew" Rayqal menghulurkan tangan tanda perkenalan dan disambut mesra oleh Evelyn.
"Evelyn Ilyana. Panggil Evelyn je. Tak perlu bercik" kata Evelyn.
"Duduklah"
"Maaf saya lambat. Tadi ada kes di mahkamah. Patutnya habis pukul 12 tapi terlajak hingga ke 2. Evelyn dah lama ke tunggu?" Soal Rayqal
"Setengah jam juga. Rayqal ada mix ke?" Soal Evelyn.
"Lama juga tu . Saya minta maaf sangat sebab lambat. Evelyn tanya saya ada mix macam saya ni ada alot of mix" kata Rayqal. Lalu mereka berdua ketawa. Evelyn tidak sangka Rayqal ini peramah orangnga. Mungkin kerana sudah berpengalaman.
"My dad cina masuk islam. Thats why mata saya sepet. Hehe" kata Rayqal. Evelyn hanya tersenyum.
Pada mulanya dia fikirkan Rayqal seorang yang tegas. Namun tekaannya meleset. Rayqal seorang yang ceria dan mudah untuk dijadikan kawan.
"So, i do not get any information about your case. Should we begin?" Soal Rayqal. Kali ini suara Rayqal tidak seperti tadi. Riak muka Rayqal juga tidak seperti tadi. Ia seperti Rayqal akan memberi tumpuan kepada kerja.
"I think yes" balas Evelyn. Lalu Evelyn mula menceritakan perkara yang berlaku minggu lepas kepada Rayqal.
*****
"Amboi, lamanya keluar" kata Aina. Dia melihat Evelyn membuka kasut lalu disimpan di dalam rak.
"Ada jumpa dengan lawyer tadi. Uruskan butik" balas Evelyn. Dia merebahkan badan di atas sofa.
"Patutlah. Hari ni hari sabtu tapi kau keluar dari pagi sampai petang. Ingatkan pergi mall ke apa" balas Aina. Dia meletakkan semula susu di dalam peti sejuk lalu dia mengambil cawan yang telah dia tuang air susu chocolate dan di hirupnya.
"Kau tak ada kelas?" Soal Evelyn. Dia memandang Aina. Setahu dia Aina selalu ada kelas hari sabtu.
Aina mengambil bahagian Medic. Jadi lagi dua tahun baru dia habiskan pengajiannya.
"Takde kelas. Prof cuti mengejut. Isteri dia nak beranak katanya" balas Aina. Dia juga melabuhkan punggung di sebelah Evelyn.
"Alyssa dengan Aness tak datang?" Soal Evelyn. Alyssa dan Aness tidak tinggal bersama mereka. Hanya Aina yang tinggal dengan dia. Alyssa dan Aness pula tinggal satu rumah.
"Tak. Alyssa katanya ada perjumpaan dengan bos baru dia dekat office. Aness pulak ada birthday party kawan kolej dia dulu." Balas Aina. Tangannya remote tv mencari cerita yang disukainya.
"Bos baru? Mana bos lama dia pergi?" Soal Evelyn.
"Bos lama dia letak jawatan. Tukar syarikat lain. So Alyssa dapat bos baru and bos baru ni terua nak Alyssa kekal sebagai PA. Thats why" kata Aina.
"Busy lah diorang harini"'
"Busy busy pun. Alyssa dah kata malam ni dia tidur sini"kata Aina.
YOU ARE READING
Blue Eyes
Teen FictionAdrian Iskandar seorang pengawas yang diminati ramai. Seorang yang peramah dan baik hati. Ramai juga yang memendam perasaan terhadapnya tetapi cepat cepat ditepis. Sebabnya hanya satu. Adrian Iskandar ialah anak kepada Ketua Guru Disiplin di sekolah...