Rumah baru

1K 117 0
                                    

"Wow, besarnya rumah ni.. Ni, rumah kita ke, Jin hyung?" kata Taehyung sambil menarik lengan baju milik Jin.

Rumah yang dimaksudkan tadi ialah sebuah rumah agam di tengah-tengah hutan, sangat berjauhan dari bandar.

"Ye, Tae. Sekarang ni, Tae, Min, Suga, Kook,  Jhope dan Mon pilih bilik masing-masing. Cuma jangan masuk bilik yang dah berwarna pink. Tu hyung yang punya!" kata Jin.

"Min, Kook. Bilik besar tu... Jom, siapa cepat dia dapat!" kata Taehyung sebelum masuk lari dan menjadi orang pertama berada di bilik itu sekaligus bilik itu menjadi milik Taehyung.

"Jhope, jom kongsi bilik. Bilik yang aku pilih tadi berkunci. Tadi minta kunci dengan Jin, dia kata takde kunci untuk bilik tu." kata Suga dengan mata mengantuk.

Dan, Namjoon melangkah perlahan masuk ke dalam rumah tersebut. Dia hanya menundukkan kepalanya, menghadap ke lantai.

Satu langkah,

Dua langkah,

Tiga langkah.

Dia pandang ke hadapan. Dia dapat melihat tangga yang besar dihadapannya.

Namun begitu, dia dapat melihat kelibat seorang wanita yang memakai baju berwarna hitam dengan fesyen baju dari tahun 1920an berjalan turun melalui tangga dan hilang begitu sahaja.

Gambar hiasan semata-mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gambar hiasan semata-mata.

Namjoon hanya menelan air liur. Apa yang dia nampak sebenarnya?

"Jangan cakap sixth sense aku datang balik. Ah, Mon. Fikir yang positif. Mungkin hanya imaginasi aku.."

Aku Ada Sixth Sense [COMPLETED]Where stories live. Discover now