Malam yang sejuk?

856 85 5
                                    

"Semua, turun makan!" jerit Jin dari dapur. 

Maka, datanglah enam orang yang datang dari seluruh pelosok ruang di dalam rumah itu menuju ke dapur dengan bunyi perut yang mengalahkan bunyi kompang dekat majlis kenduri kahwin. 

"Perut tu, bukan kemain laparnya. Dah macam tak makan seminggu." sindir Jin. Terkekek-kekek yang lain ketawa. 

----- 

"Saya dah kenyang.." ujar Jimin, perlahan sahaja nada bunyi suaranya. Jimin meninggalkan meja makannya. 

----- 

Jimin melangkah masuk ke bilik tarian yang berdekatan dengan biliknya. Dia duduk di salah satu sudut di bilik itu. 

Dia memandang pintu bilik yang kacanya lut cahaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia memandang pintu bilik yang kacanya lut cahaya. Dia melihat satu kelibat hitam yang menyerupai Taehyung berjalan di koridor depan bilik tarian. 

Tetapi,  bayangan Taehyung tersebut bergerak perlahan, sepertinya sedang berkawad perlahan jalan.

"Taehyung?" 

----- 

"Ahh, kenyangnya perut ni. Sedap kau masak, Jin. Untunglah siapa yang kahwin dengan kau nanti.. hihihi" kata Namjoon, sedikit menyindir Jin yang masih single and available tu.

"Ahh kau ni, Mon. Ada-ada sahaja. Asyik-asyik kata pasal kahwin, kau tu, asyik sindir aku je kan, bila kau nak kahwin??" kata Jin kini mengusik Namjoon.

Namjoon hanya mendiamkan diri dan berjalan perlahan keluar dari dapur makan.

-----

Sixth Sense Namjoon diganggu lagi. Kali ini, Namjoon memandang sekeliling. Ya, dia dapat melihat Jimin yang sedang mengekori kelibat hitam seperti Taehyung.  Dihadapan kelibat hitam itu, terdapat satu pintu gerbang usang yang gelap, segelap-gelap warna hitam Vantablack.

Oh, lupa pulak nak bagitahu. Disebabkan Namjoon ni ada sixth sense, so dia ada beberapa super power.

Namjoon menggunakan salah satu superpower nya, iaitu teknik telekinesis.

"Jimin!" Namjoon cuba memanggil Jimin menggunakan lisan, pada masa yang sama dia juga memanggil Jimin dengan kuasa telekinesis nya.

Jimin akhirnya menoleh ke belakang. Dia segera terlupa yang dia sedang mengekori kelibat hitam tersebut. Kalau tak, there will no Park Jimin, our sweet fluffy dangerous dancer exist again in this world. Sebab, pintu gerbang tadi merupakan pintu gerbang ke alam lain.

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

Sekali lagi, kelibat perempuan berbaju hitam itu wujud. Kali ini dengan ekspresi muka yang marah.

"Tak guna, kau! Siap kau aku kerjakan nanti!!" kata kelibat perempuan itu sebelum lesap ditiup angin.

-----

"Jimin, jom naik basikal keliling kawasan hutan ni. Mesti best!!" kata Namjoon

"Basikal? Mon, kau demam ke? Kan guruh tengah berdentam dentum tu? Kau tak dengar?" Jimin berasa hairan.

"Eh, mana ada? Kan terang benderang tu." kata Namjoon.

"Tapi.."

"Just follow the leader. Leader know what is the best for his member."

"Yelah.. •×•"

-----

[Ketika berbasikal]

"Mon... Dah nak hujan tu, jom balik?"

Namjoon memberhentikan basikalnya.

"Jimin, meh sini. Pegang tangan Mon dan tutup mata kejap."

Jimin memegang tangan Namjoon dan mengikuti arahan yang diberikan oleh Namjoon.

Namjoon melihat sekeliling. Satu angin taufan sedang menyelubungi Jimin dan meninggalkan nya selepas Jimin memegang tangan Namjoon.

"Taaa guna. Nak balas dendam agak-agaklah." bisik Namjoon.

Jimin membuka matanya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat cuaca yang tadi gelap gelita hampir hujan kini tenang benderang disuluh cahaya matahari.

-----

[Malam menjelang]

"Weh, hari ni panas kan, Jin?" tanya Suga yang sedang berselubung di dalam selimut.

"Haah, panas. Kenapa?" jawab Jin.

"Kau, kau tak rasa sejuk ke?"

"Sejuk? Apa kau merepek? Sekarang tengah musim panas, ke kau demam?"

Pada malam itu, semua orang tidur nyenyak kecuali Taehyung.

Dia berjaga sepanjang malam. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu yang dia sendiri tidak mengetahuinya.

Badannya seperti dikawal sesuatu. Taehyung tidak mampu mengawal langsung badannya. Dia hanya mampu menangis sambil terkumat-kamit membaca sesuatu yang tidak diketahuinya.

Sila tonton video ini jika mahu merasai kesedihan Taehyung ketika itu.

Kalau nak lebih penghayatan lagu Stigma by Kim Taehyung, boleh baca lirik disini

Aku Ada Sixth Sense [COMPLETED]Where stories live. Discover now