Part 2 ; SPECIAL FOR 10k READERS : Suga, Jimin dan Jungkook

301 33 16
                                    

"Serious ah kau pun sama macam aku?! Aku tak pernah tahu pun."

"Masa aku reveal power aku, kau dah takde, kena culik dengan Tae."

Suga tiba-tiba memicit kuat kepala nya sambil bersandar pada sofa putih di ruang tamu itu.

"Jimin, aku... aku ada permintaan. Inilah permintaan pertama dan terakhir dari aku. Tolong jaga Jungkook baik-baik memandangkan dia sahajalah keluarga yang tinggal untuk kau. Kirim salam pada Jungkook, aku terpaksa tinggalkan kau..." Suga meneleport dirinya di hadapan pintu utama lalu melangkah kakinya keluar dari pintu, namun tindakan tersebut berhenti setelah tangan kirinya ditarik oleh Jimin.

"Jangan. Pergi." Jimin menampar muka Suga dengan agak kuat kerana terdapat bekas tangan di pipi Suga.

"Kenapa..."

"Sebab kau keluarga aku! Kau juga tanggungjawab aku. Tak boleh ke kau fikir, kenapa Taehyung sanggup gunakan aku, Namjoon dan hyung sebagai bahan eksperimen dia? Sebab dia tahu kita boleh, boleh bantu member lain, boleh bantu group kita maju ke hadapan, takkan sekalipun tak pernah kau fikir?! Ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Kau kena fikir masak-masak hyung!"

"Apa kau fikir dengan cara menghalang aku pergi dapat mengembalikan nyawa yang sudah hilang, hah? Boleh ke dapat kembalikan semua member kita yang dah lama pergi? Kau jawab Jimin, jawab soalan aku!"

Perbualan mereka terjeda. Jimin hanya mampu mengalirkan air mata dari matanya sambil menunduk memandang tanah. Suga masih lagi berdiri dengan posisi yang sama.

Dengan perlahan Jimin nenjawab ; "Aku tahu, itu semua tak boleh terjadi. Tetapi apa yang pasti, apa yang aku buat sekarang ni, untuk kegembiraan kita bersama, sebagai keluarga. Kalau kau pergi, apa gunanya lagi perkataan keluarga pada aku? Mungkin Jungkook sahaja yang tinggal, tapi, kehilangan kau buat kali kedua, aku tak sanggup!"

"Heh, sehingga ke harini, saat ini, kau masih mampu merepek depan aku. Ingat pesanan aku tadi. Bye."

Suga terus menghilangkan diri. Jimin jatuh terduduk di atas lantai sambil berkata ; "he never learn, don't him?"

Jimin memalingkan wajah ke belakang setelah menyedari bahunya dipukul perlahan oleh seseorang, iaitu Jungkook.

"Aku dengar segalanya, Min." Itulah ucapan pertama yang keluar dari mulut Jungkook.

"Jom, aku nak bawak kau jumpa Suga buat kali terakhir dan aku tahu mana dia pergi." Jungkook mengheret Jimin ke luar rumah. "Naik kereta. Jangan cakap apa-apa"

_______

Semasa dalam perjalanan...

Mimpi yang dialaminya tadi masih lagi segar dalam ingatan. Entah mengapa dia masih teringat sepenuhnya mimpi tersebut. Itu perkara yang paling pelik.

Jungkook masih teringat dia menjumpai Suga yang sudah berada dalam keadaan yang paling lemah di atas padang rumput penuh lalang yang meninggi. Entah bagaimana, dia boleh mengetahui jalan untuk ke sana padahal dia langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat tersebut.

(Inilah maksud padang rumput yang cuba disampaikan oleh author)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Inilah maksud padang rumput yang cuba disampaikan oleh author)

Jungkook mematikan enjin keretanya. Seperti yang dijangka, dia melihat kelibat Suga berada di situ. Dia menghalang tindakan Jimin yang mahu sahaja terus meluru ke arah Suga.

"Tunggu sampai aku suruh pergi, Jimin. Ini bukan masanya."

Langkah Suga semakin perlahan. Pandangan matanya semakin kabur, badannya muka terhuyung-hayang.

Sehinggalah, badannya mula menyembah bumi.

Jimin dan Jungkook berlari mendapatkan Suga seceoat yang mungkin, namun mereka sekadar dapat melihat Suga yang sedang terbaring lemah di atas rumput.

"Aku... Aku memang bukan hyung yang baguskan? Aku hyung yang sanggup membiarkan orang lain hidup dalam kesengsaraan diri sendiri. Walaupun dalam keadaan begini, ego aku masih tinggi. Aku cuba melemahkan perasaan ego tu, tapi cubaan tersebut langsung tak berhasil. Jimin, Jungkook. Aku minta maaf atas segala yang aku telah lakukan. Minta maaf kerana menjadi seorang hyung yang berego besar." Suga melafazkan kata tersebut dalam suaranya yang lemah.

"Hyung, kami dah lama maafkan hyung."

"Ah, ini mungkin perasaan Namjoon masa dia pergi dari dunia ni. Selamat tinggal, keluarga."

Suga menghembuskan nafas terakhirnya.

Badan Suga kini mula hilang disebalik tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa, bagaikan debu yang berterbangan di ruang udara.

Mereka berdua menangis teresak-esak.

__________

"Kita tetap perlu teruskan hidup, Jungkook. Hadapi cabaran mendatang dengan penuh yakin, itu yang pasti." Ujar Jimin sambil bersiap-siap mahu ke tempat kerja.

"Let bygone, bygone. Cabaran sebelum ini yang buatkan kita bertambah kuat, macam sekarang ni."

"Yalah Kook. Dua bangunan termahal di Seoul telah menjadi milik kita berdua, hasil daripada pengalaman lalu. Macam orang cakap dekat kita ;"

"Business partner paling berjaya berasal dari Busan."

Malam itu digemakan dengan bunyi tawa dari mereka berdua di dalam sebuah hotel 7 bintang yang disewa.

TAMAT

________

Tamat sudah cerita AASS! Pengakhiran yang tidak dijangkakan? Haha, saya sendiri pun tak jangka idea ini yang timbul dalam kotak fikiran saya.

Terima kasih kerana menyokong cerita Aku Ada Sixth Sense!

Juga selamat hari jadi Seokjin!!! Hari ni, chapter ni memang betul siap dan terus publish ke public masa hari jadi kau

Segala salah dan silap harap di ampun. Semoga kita bertemu lagi pada masa hadapan, BABAI DARI AUTHOR SENGAL!

Aku Ada Sixth Sense [COMPLETED]Where stories live. Discover now