Kotak kayu

815 99 4
                                    

"Shhh, satu, dua, tiga, BWAA! Hahahaha" kata Jungkook dan Jimin yang sedang memeranjatkan Jhope sedang berehat di atas kerusi goyang.

"YAAAA!!!! KALAU TAK MENYAKAT ORANG SEHARI TAK BOLEH KE??!!" marah Jhope. Mukanya merah membara.

Jimin dan Jungkook segera berlari untuk mengelakkan diri mereka ditangkap Jhope.

Namun begitu, ketika Jungkook dan Jimin berlari, Jungkook ditarik ke dalam bilik Taehyung oleh Taehyung.

"Shhh! Kook, jom buka kotak kayu ni? Kita tengok ada apa dekat dalam dia.." kata Taehyung.

"Erm, jo..jom" kata Jungkook.

–––––

Kotak kayu yang bersaiz sebesar tapak tangan Taehyung diambil dari dalam laci oleh Taehyung.

"Tae, ni bukan kotak kayu biasa, ni kotak muzik antik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tae, ni bukan kotak kayu biasa, ni kotak muzik antik. Cuba Tae pusing tombol dia. Mesti, gerenti lagu keluar." kata Jungkook, teruja.

–––––

Pada masa yang sama, Namjoon yang sedang sedap membaca surat khabar di anjung rumah diganggu oleh sixth sense milik nya.

"Aishh, siapa pulak yang hidup kan balik sixth sense aku ni?? Jap," kata Namjoon perlahan sebelum menutup mata untuk memfokuskan kehendak sixth sense nya itu.

"Wait a minute, aku, aku nampak Kook dengan Tae dalam bilik Tae. Tae, nampak pelik sikit. Aku kena siasat." kata Namjoon segera meninggalkan surat khabar nya dan pergi ke bilik Taehyung.

–––––

"Aku bukak kotak ni tau, Kook?" Taehyung membuka kotak tersebut.

Matanya sekejap terbelalak dan terus dia memejam matanya. Dia mulai ketawa mengilai seperti pontianak perlahan-lahan.

"Tae, kenapa Tae tiba-tiba mengilai ni?? Kook takut. Jangan buat macam ni dekat Kook. Tae, hentikanlah.." kata Jungkook, mula mengesot ke belakang perlahan-lahan, takut melihat perubahan terhadap Taehyung.

"Hey, Kook. Cepat keluar dari bilik ni. Cepat!" bisik Namjoon yang baru sahaja tiba di hadapan pintu bilik kepada Jungkook yang ketakutan itu.

Jungkook segera berlari keluar mendapatkan Namjoon. Dia duduk di belakang Namjoon.

–––––

Apabila kaki Namjoon mula melangkah masuk ke dalam bilik Taehyung, ngilaian tersebut berhenti. Taehyung memandang Namjoon.

"Tae, ke..kenapa dengan tangan Tae? Kenapa ada cakaran merah tu?" tanya Namjoon.

"Cakaran merah? Ehhh!!! Sejak bila benda ni wujud? Bukan tadi Tae cuma duduk pegang kotak muzik antik ke tadi? Jap, mana kotak tu hilang? Kook, kau ambik ke?" Taehyung yang terpingga-pingga.

"Tak, aku tak ambik." kata Jungkook.

–––––

Sambil-sambil Namjoon membelek tangan Taehyung yang di cakar itu, dia melihat sekeliling.

Ya, sekali lagi dia nampak perempuan yang yang sama dijumpainya di tangga sebelum ni.

Perempuan itu tersenyum lebar, seperti udang disebalik batu. Perempuan itu menghaibkan diri nya sekali lagi.

"Apa yang kau nak sebenarnya, perempuan misteri?" kata Namjoon.

Aku Ada Sixth Sense [COMPLETED]Where stories live. Discover now