Jangan pergi dulu, Jungkook. Belum masanya lagi untuk kau tahu semua ni.. Kau pasti akan terkejut..
"Ish, kenapa Tae bisik dekat aku ayat tu? Seram sejuk pulak aku. Dah lah dah pukul 12 tengah malam ni.." kata Jungkook sebelum meletakkan iPhone miliknya di meja solek lalu ke katil nya.
"Dah. Lebih baik aku tidur daripada fikir pasal tu. Bye reality, welcome fantasy!" Jungkook melelapkan matanya.
-----
"Eh, kenapa aku ada dekat sini?" Jungkook bingung apabila melihat diri nya berada di dalam dance room BigHit.
"~Jangan pergi dulu, Jungkook. Belum masanya lagi untuk kau tahu semua ni.. Kau pasti akan terkejut.. ~" suara itu asyik mengulangi ayat yang sama.
Jungkook memalingkan badannya, untuk mengetahui siapakah gerangan yang mengulangi ayat tersebut.
Satu figura lelaki yang amat dia kenali, sudah sekian lama dia tidak menemui figura lelaki itu.
Figura lelaki tersebut memalingkan badannya menghadap Jungkook, tetapi dengan kepala tertunduk. Dia masih mengulangi ayat yang sama.
Jungkook langsung tidak mengesyaki figura lelaki tersebut. Dia menganggap bahawa figura lelaki tersebut hanya bayangan matanya.
Figura lelaki tersebut mengangkat kepalanya dan mengucap 'Hai Jungkook.'. Alangkah terkejut nya Jungkook, figura lelaki tersebut merupakan Namjoon.
"Hyung? Hyung!!!" Jungkook berlari dan memeluk badan Namjoon dengan linangan air mata sederas air terjun mengalir.
-----
Hyung? Betul ke ni hyung?
Yelah. Ni lah hyung. Kim. Nam. Joon.
Macam mana hyung ada dekat sini? Bukankah hyung dah mening...
*Jari telunjuk di bibir Jungkook* Shhh. Jangan cakap pasal tu. Hyung ada sebab kenapa hyung ada dekat sini. *senyum*
Sebab? Sebab apa?
Hyung tahu Kookie nak cari sebab kenapa hyung boleh mati dengan pelik, kan?
Haah.
Hyung cuba boleh bagi beberapa petunjuk. Antara nya ialah cuba tengok keadaan Jimin. Ada perasan benda pelik?
Ada! Jimin boleh guna minda untuk angkat barang! Dan macam ada satu torehan dekat pergelangan tangan kiri... Bentuk segi empat.
Torehan ni? *tunjuk pergelangan tangan kanannya*
Haah! Tulah bentuk torehannya! Tapi kenapa cuma Mon dengan Min hyung je yang ada? Kenapa Kook takde?
Lebih baik Kook takde benda ni. Kalau benda ni wujud dekat mana-mana bahagian badan Kook, maksudnya Kook dah rosak. Macam Mon dan Jimin.
Hah? Apa maksudnya hyung?
Kata nak menyiasat, so hyung tak boleh bagi lebih-lebih sangat. *hilang dalam udara secara perlahan-lahan* Semoga kita jumpa lagi, Kookie!
Hyung! Hyung! Jangan pergi!
-----
Jungkook terjaga dari tidur nya. Sedar-sedar je dah ada dekat depan bilik Taehyung.
"Laa.. Mimpi rupanya. Tapi macam mana boleh sampai dekat depan bilik Tae ni?" kata Jungkook sebelum bergerak masuk ke dalam bilik dan meneruskan tidur nya.
YOU ARE READING
Aku Ada Sixth Sense [COMPLETED]
Fanfiction+Jimin : Hyung, Min takut... Tempat ni gelap.. +Namjoon : Takpe, hyung kan ada. +Jhope : Weh, ada nampak Taehyung tak? Dari pagi tadi aku tak nampak dia. +Suga : Kau, kau tak rasa sejuk ke? +Jin : Sejuk? Apa kau merepek? Sekaran...