Jimin melawat pokok epal nya yang sedang membesar di taman belakang rumah.
"Nasib baik aku hidup lagi. Kalau tak, takde siapa pun nak jaga kau. Sekarang ni pun, lihatlah aku. Masih duduk atas kerusi roda. Aku tak punyai kudrat yang mencukupi untuk berdiri lama. Terasa olehku lagi akan kesakitan yang dialami semasa berada di dalam wad. Dicucuk wayar sana-sini. Heh, itu semua cerita lama. Ambil yang jernih, buang keruh." Jimin mengadu kepada pokok epalnya yang sedang membesar.
"Eh, cepatnya masa berlalu meninggalkan kita, ya? Sudah jam 1 petang. Nanti kita jumpa lagi, ya?" Jimin menggerakkan kerusi rodanya, menuju ke dapur.
----------
"Eh, Jin hyung tak masak apa-apa ke hari ni?" keluh Jimin selepas menutup tudung saji di atas meja dapur.
Jimin melihat sekeliling, melihat sekiranya ada apa-apa yang boleh dia makan sekarang. Dia tidak dapat menahan perutnya daripada berbunyi mengalahkan bunyi drum di konsert. Dia segera membuka pintu peti sejuk dan menggunakan kuasa telekinesisnya untuk mengambil sebotol susu soya entah milik siapa dia rembat. (Sukahati Jimin jer rembat susu soya orang -_-')
"Ah, kenyanglah sikit perut ni. Kalau tak, berdentam sana, berdentum sini. Entah macam-macam bunyi akan keluar nanti jika aku tak mengalas perut tadi ." Jimin memegang perutnya.
----------
Bunyi kereta memasuki garaj kedengaran.
Jin, Jungkook dan Jhope masuk ke rumah dengan sedikit barang dapur.
"Eh, Min? Dah makan?" tanya Jin.
"Belum. Tadi Min rembat air susu soya yang ada dalam peti sejuk." jawab Jimin.
"Min, jom ikut Hobie hyung. Ada something yang nak tanya dengan Min." kata Jhope sambil memegang tangan Jimin sambil memgang kunic bilik yang asing di tangannya.
"Oh, ok." Jimin membalas.
---------
Pintu satu bilik misteri yang tidak pernah diketahui kewujudannya terbuka dengan sendirinya.
"Bilik apa ini?" bisik Jimin sendirian.
Bilik misteri tersebut sepertinya sebuah bilik penyiasatan. Lengkap dengan almari yang menempatkan fail-fail misteri, lampu misteri dan kerusi serta meja penyiasatan misteri.
"Eh, bukankah hanya Hobie hyung yang mahu bertanya sesuatu terhadap Min? Kenapa Jin dan Kook ada dekat sini?" Jimin membuat ekspresi muka pelik.
"Sebenarnya kami bertiga ada something nak tanya Jimin. Harap Jimin sudi menjawab pertanyaan ini." Serentak mereka bertiga bersuara.
YOU ARE READING
Aku Ada Sixth Sense [COMPLETED]
Fanfiction+Jimin : Hyung, Min takut... Tempat ni gelap.. +Namjoon : Takpe, hyung kan ada. +Jhope : Weh, ada nampak Taehyung tak? Dari pagi tadi aku tak nampak dia. +Suga : Kau, kau tak rasa sejuk ke? +Jin : Sejuk? Apa kau merepek? Sekaran...