"Min~ Jom lah~ Tae dah lapar ni. Teman lah Tae makan dekat dapur tu~" rayu Taehyung terhadap Jimin yang sedang sibuk melayari internet di iPhone 7 milik nya.
"Hmm, yelah. Nyampah tul." kata Jimin seperti memaksa diri untuk meneman Taehyung makan pada tengah hari itu.
"Min, tahu tak. Dekat bilik Tae ada banyak barang antik. Ada jam lah, almari lah dan macam-macam lagi. Tapi yang pastinya, Tae ada berminat dengan satu kotak kayu usang. Comel sangat!" kata Taehyung teruja sampai makanan yang elok di atas pinggan jatuh ke meja makan.
"Lebih baik kau jangan usik apa-apa barang dekat bilik kau." kata Namjoon yang tiba-tiba mencelah.
"Eleh, tahu lah kami masih muda, tetapi kami Young and Dangerous, kan Tae?" kata Jimin selepas meletakkan telefon nya di atas meja dan mengambil air dalam peti sejuk.
"Terpulanglah kepada korang berdua. Aku dah kasi amaran. Dah lah, daripada aku gaduh dengan kononnya Young and Dangerous ni, lebih baik aku jumpa Jin." kata Namjoon sebelum pergi meninggalkan Jimin dan Taehyung.
"Namjoon! Sendiri buat, sendiri tanggung! Hahahaha!" kata Jimin dan Taehyung serentak.
–––––
"Jin."
"Ya? Kenapa Mon?"
"Mon rasa tak sedap hati duduk dekat rumah ni. Macam ada something yang buat bulu roma aku naik semacam."
"Aish, biasalah tu. Perubahan persekitaran mungkin menggangu proses penyesuaian diri Mon dekat sini. Lagipun, sebelum ni, kita semua tinggal dekat bandar. Sekarang, kita tinggal dekat hutan."
"Hmm, agaknya."
–––––
"Yaaa!!! Jhopeeeee!!! Aku nak main game ni sekali lagi! Aku tak puas hati dengan kau, tau!?" jerit Suga, marah.
"Eleh, hyung ni. Dah kalah, dah lah. Hobii pun dah penat main. Jom turun makan. Perut Hobii dah macam petir menyambar bumi. Hyung tak lapar ke?" kata Jhope.
Mereka pun keluar dari bilik dan mahu turun ke dapur. Tetapi, semasa mereka melalui bilik Taehyung yang bertutup rapat itu, mereka terdengar suatu jeritan perempuan dengan suara halus meminta tolong.
Tolong!
Tolong!
Tolong!
Suara tersebut hilang tiba-tiba. Suga dan Jhope memandang sesama sendiri.
"Sejak bila... Rumah ni ada perempuan?" pandang mereka serentak.
YOU ARE READING
Aku Ada Sixth Sense [COMPLETED]
Fanfiction+Jimin : Hyung, Min takut... Tempat ni gelap.. +Namjoon : Takpe, hyung kan ada. +Jhope : Weh, ada nampak Taehyung tak? Dari pagi tadi aku tak nampak dia. +Suga : Kau, kau tak rasa sejuk ke? +Jin : Sejuk? Apa kau merepek? Sekaran...