9 Oktober
★★★★★★★★★★★
//Mesej masuk//
Dari : Kookie 🍪
Hyung, jumpa dekat McD. Kook ada benda penting nak cakap dengan hyung. Tak boleh bual dekat rumah. Nanti kook belanja makan.//Mesej masuk//
Dari : Kookie 🍪
Pukul 9 pagi. Bawak Hobie hyung sekali. URGENT NI-----
Di McD...
"Hah, kenapa Kook suruh hyung jumpa dekat sini?" kata Jin selepas meminta Jhope membelikan makanan yang telah diorder oleh mereka.
"Sebenarnya, Kook ada nampak Suga dalam almari, tak, pintu rahsia dalam almari milik Taehyung. Suga.." Kook menghentikan bicaranya.
"Kenapa dengan Suga? Apa yang terjadi dekat dia? Jawab lah Kookie." Jin mengoncang-goncang bahu Jungkook yang duduk di hadapannya.
"Badan Suga dipenuhi wayar. Dia macam mayat hidup." Sambung Jungkook.
Jin terus tergamam.
-----
"The food is ready!" Jhope meluru ke arah meja Jungkook dan Jin sambil membawa makanan yang telah diorder.
"Eh, kenapa ni muka semasam cuka? Lama sangat tunggu ke?" Jhope mengalihkan makanan masing-masing.
"Kook rasa Taehyung dalang kepada semua ni berlaku. Hantu, Namjoon, Jimin, Suga, semua saling berkaitan." Ujar Jungkook lagi.
"Ya, hyung ada juga syak Taehyung, sebab dia macam makin pelik lepas kita pindah rumah baru. Hobie ada perasan benda-benda pelik tak dekat rumah?" Jin menyumbat sebiji burger ke dalam mulutnya.
"Benda pelik? Oh, ada. Taehyung suka duduk dalam bilik. Katanya nak buat something. Tapi ada sekali tu dia kata dia nak keluar, tapi sampai 2 hari tak balik. Dia langsung tak bagi tahu sebab dia tak balik selama 2 hari tu." kata Jhope sambil menghirup air.
"Cuba kita tanya Jimin." Jhope.
"Kenapa mesti Jimin?" Jin.
"Hyung tak tahu dia ada kuasa kan? Kuasa angkat barang guna minda sendiri." Jhope.
"Ya kah? Hyung tak tahu langsung." Jin.
"Rasanya dia mungkin tahu apa yang berlaku terhadap diri nya. Bila, bagaimana, siapa, dia mungkin tahu siapa pelaku sebenar." Jungkook.
"Sebelum tu, kita perlu dia membuktikan kuasa nya. Itu akan menjadi bukti yang membantu pihak polis nanti. Lepas tu baru kita boleh tanya macam-macam soalan dekat Jimin." Jin.
"Ok, beres." Jhope.
"Pasal Suga tu, takpe. Serahkan semuanya kepada pihak polis selepas laporan polis dibuat." Jin.
YOU ARE READING
Aku Ada Sixth Sense [COMPLETED]
Fanfiction+Jimin : Hyung, Min takut... Tempat ni gelap.. +Namjoon : Takpe, hyung kan ada. +Jhope : Weh, ada nampak Taehyung tak? Dari pagi tadi aku tak nampak dia. +Suga : Kau, kau tak rasa sejuk ke? +Jin : Sejuk? Apa kau merepek? Sekaran...