Taehyung keluar dari biliknya pada pagi itu dengan muka yang pucat, pucat seperti muka drakula yang kekurangan darah. Jalannya tidak seimbang, seperti mahu terjatuh.
Taehyung berhenti melangkah. Dahinya disandarkan ke dinding. Dia kepenatan.
Selang beberapa minit dia menyandarkan dahinya ke dinding, sepasang tangan berwarna hitam keluar dari dinding dan perlahan-lahan menculik Taehyung melalui dinding tersebut.
Namun begitu, tiada sesiapa pun yang nampak akan kejadian yang menimpa diri Taehyung, kerana Taehyung merupakan ahli yang paling awal bangun pagi.
-----
Aktiviti pada pagi itu berjalan seperti biasa. Sarapan pagi, menunggang basikal, berlatih menari dan menyanyi, semua dilakukan seperti biasa.
Sehingga pada malam hari, tiada siapa pun yang mengesan kehilangan Taehyung.
-----
Ketika itu, Jhope dan Suga sedang bermain permainan video dengan tekun di dalam bilik Namjoon.
[Flashback]
"Jom main game malam ni? Siapa kalah tidur dengan Namjoon. Siapa menang tidur dekat bilik ni sorang-sorang tanpa orang lain mengacau. Setuju?" tanya Jhope ke pada Suga yang sedang syok melayan komik 'One Piece' di tepi tingkap bilik perkongsian mereka.
"Aku on jer. Tapi, kau dah lupa? TV kita dah rosak haritu sebab terbakar akibat petir haritu. So, nak pinjam TV siapa ni?" balas Suga.
"Pasal hal tu, no problem. KIta guna Namjoon punya jelah. Senang sikit kepada yang dah kalah masuk ke dalam kawasan kekalahan. Hehe." kata Jhope.
[Flashback end]
"Hyung, boleh tolong senyap sikit tak? Mon nak baca buku pun tak senang." keluh Namjoon selepas pembacaannya terganggu akibat kebisingan yang dibuat oleh Jhope dan Suga ketika bermain permainan video di biliknya.
"Yelah, yelah. Jom rehat kejap. Takkan nak main berterusan ?" kata Suga sebelum menyandarkan badannya di sisi katil Namjoon. Begitu juga dengan Jhope.
-----
Jhope melihat keluar pintu bilik Namjoon yang tidak tertutup. Dia terperasan yang bilik Taehyung langsung tidak bercahaya pada hari itu.
"Eh, Mon, Suga. Weh, ada nampak Taehyung tak? Dari pagi tadi aku tak nampak dia." kata Jhope dengan ekspresi muka pelik.
"Haahlah! Patutlah hari ni macam aku lupa sesuatu. Rupanya Taehyung hilang. Eh kejap, Taehyungie hilanggg!!!!????" kata Jungkook yang mencelah setelah mendengar perbualan mereka.
"Taehyung hilang?!" kata Jimin dan Jin serentak ketika memasuki bilik Namjoon.
-----
"Hey, Mon. Dari tadi senyap jer. Best sangat ke buku yang kau baca tu sampai Taehyung hilang pun kau tak ambil kisah, hah?!!" marah Suga.
"Aku dah lama perasan kehilangan Taehyung." jawab Namjoon.
"Hah? Apa maksud kau? Kenapa tak bagitau kami?"
"Adalah sebabnya. Aku tak boleh beritahu. Kalau tak korang semua takkan percayakan aku lagi. Tak percaya bahawa aku seorang manusia." kata Namjoon sambil matanya asyk memandang buku yang dibacanya.
"Engkau manusia ke, robot ke, makhluk asing ke, semua tu aku tak kisah. Just, tolong beri kerja sama, ok?" kata Jin.
"Ok. Aku beritahu rahsianya. Korang cuba tengok bilik yang Suga nak duduk dulu tetapi tidak dapat kerana Jin tiada kunci untuk bilik tersebut? Sebenarnya, itu bukan bilik biasa. Aku pernah masuk dalam bilik itu ketika tepat pukul 3 pagi. Di dalamnya, terdapat barang-barang antik pemujaan yang menakutkan. Yang paling pelik, dalam bilik tu ada keranda kosong." kata Namjoon.
YOU ARE READING
Aku Ada Sixth Sense [COMPLETED]
Fanfiction+Jimin : Hyung, Min takut... Tempat ni gelap.. +Namjoon : Takpe, hyung kan ada. +Jhope : Weh, ada nampak Taehyung tak? Dari pagi tadi aku tak nampak dia. +Suga : Kau, kau tak rasa sejuk ke? +Jin : Sejuk? Apa kau merepek? Sekaran...