"Hei, Hobie! Nak pergi mana tu, huh?" Jerit Jimin tidak puas hati dengan perangai Jhope.
Semenjak kematian Taehyung dan kehilangan Suga, Jhope menjadi semakin agresif. Emosinya tidak dapat di kawal. Mesti ada saja perkara yang mahu di marah.
"Ah! Semua tak boleh harap!" Jerit Jhope lalu meninggalkan Jimin di rumah yang terpingga-pingga.
"Apa salah aku kali ni?"
----------
Di Coffee House
Jhope menghirup kopi panasnya perlahan-lahan. Tenang.
Pintu masuk kedai dibuka perlahan oleh seorang lelaki yang dikenalinya. Tubuh lelaki tersebut diamatinya. Berbahu lebar sedang mencari seseorang. Ah, dia sedang mencari aku rupanya!
"Hobie ya~ Janganlah buat macam ni. Kesian Jimin tu. Dia terpaksa menjaga rumah dengan Jungkook. Kalau ada apa-apa terjadi kepada mereka, siapa nak jawab? Mereka masih lagi tidak arif dengan dunia ni. Segala yang berlaku di hadapan mereka selama ni, langsung mereka tidak jangka akan berlaku!" kata Jin sayu.
"Tu lah hyung. Tak habis-habis pertahankan diorang. Habis, hati Hobie ni, siapa nak jaga? Kalau ada Suga, takpelah jugak. Ada juga yang sudi meneman dan mendengar isi hati ni. Hyung pula, asyik bermain dengan Jimin dan Jungkook selepas kematian Namjoon. Apa hyung ingat Hobie tak nampak semua tu?" Kata Hobie dengan nada memberontak.
"Sekarang ni, hyung nak tanya. Kenapa Hobie bergaduh dengan Jimin tadi?"
"Tak usah bangkit hal itu lah..."
"Mesti pasal PSP yang Suga beri dekat kamu kan? Jimin alihkannya ke tempat lain?"
"Jin, kita bincang hal ni dekat luar. Tak elok bincang dekat sini."
"Ok."
----------
Di taman permainan
"Hobie terimalah hakikat yang Suga dah tiada."
"Tidak hyung! Suga masih hidup! Hobie dapat merasakannya."
"Hyung percaya dengan perasaan kamu. Tapi janganlah kamu buat barang peninggalannya sebagai tempat untuk menebus kesedihan kamu terhadapnya. Itu satu perbuatan yang tidak sihat!"
"Argh, hyung pun sama juga!" Jhope cuba untuk meninggalkan taman tersebut, tetapi tidak berjaya kerana di halang oleh Jin yang menarik pergelangan tangannya dengan kuat.
"Fikir masak-masak apa yang hobie nak. Jangan sampai pilihan yang Hobie pilih akan menyusahkan hidup orang di sekeliling Hobie. Ingat tu?" Jin melepaskan pergelangan tangan JHope dan melihat Jhope beransur-ansur pergi meninggalkan Jin.
Pada masa yang sama, sebuah kereta Honda Civic hilang kawalan di jalan raya berdekatan dengan taman permainan tempat Jhope meninggalkan Jin.
BOOM. Bunyi hentakan kedengaran dengan kuat.
Jin menoleh kepalanya ke belakang. Terbeliak biji matanya apabila melihat Jhope berlumuran darah di hadapan kereta tersebut.
Jin bergegas berlari mendapatkan Jhope.
"Hobie ya~ Hobie ya! Bangun! Jangan tinggalkan Jin!" JIn menggoncang badan JHope berulang kali, tetapi langsung tiada respon yang diberikan oleh Jhope kepadanya.
Jin menjadi semakin cemas. Dia menelefon ambulans setelah orang ramai mengerumuni tempat kejadian tersebut.
Pada masa yang sama, Jin telah ditembak dari belakang oleh pembunuh upahan yang tersilap menembak mangsanya.
----------
Kring! Kring!
"Hello?" Jimin mengangkat panggilan telefon rumahnya.
"Saya Inspektor Zuho dari unit polis SF9. Masih ingat saya lagi?"
"Oh Tuan Zuho. Kenapa telefon tiba-tiba ni?"
"Saya... Saya meminta encik untuk datang ke bilik mayat untuk pengecaman mayat."
"Mayat? Siapa?"
"Kemungkinan Jhope dan Jin. Bersabarlah ya?"
Telefon yang diganggang olehnya terlepas dari genggaman tangannya. Badannya menjadi lesu.
"Tak mungkin... Tak mungkin semua ni berlaku dalam sekelip mata. Jungkook! Jungkook! Tolong Min... Kita pergi ke hospital sekarang. Min rasa tak sihatlah." tipu Jimin kepada Jungkook.
----------
Di hospital
"Tadi kata nak pergi hospital ambil ubat, apasal pergi bilik mayat ni?"
Alangkah terkejutnya JUngkook apabila melihat tubuh mayat Jin dan Jhope berada di hadapan matanya.
Air mata mengalir deras pada mata Jungkook. Jimin hanya mampu mendiamkan diri.
"Adakah ini mayat Jin dan Jhope?"
"Ya. Boleh saya tuntut mereka sekarang?" Jimin.
----------
Di tanah perkuburan
"Letakkan bunga tu Jungkook. Kita kena beredar sekarang hari dah hujan. Nanti Kook demam, susah pula nanti. " nasihat Jimin kepada JUngkook.
"Baiklah hyung. "
Jimin menepuk bahu Jungkook.
"Nanti sampai masa, turn kita pula jadi macam tu. Sekarang ni, kita kena teruskan hidup ni. Susah macam mana pun, jangan mengalah. Sekarang Kook nak makan apa? Biar Min yang belanja. :D" Jimin menasihati Jungkook sebelum beredar dari tanah perkuburan.
Maaf reader kalau kali ni chapter agak bosan. Tapi, selepas ni, tiada lagi update dekat buku ni sebab chapter ni adalah yang terakhir dan terpanjang(?) dalam buku Aku Ada Sixth Sense ni.
Penghargaan kepada semua yang telah read, vote serta comment cerita saya ni. Saya amat bersyukur apabila melihat buku yang sebenarnya saya nak buang ni ketika dahulu kini telah melepas target reader saya, iaitu telah melepasi angka 1000 penonton.
Segala salah dan silap amat saya kesali. Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang!
QUESTION TIME!
Reader yang membaca soalan ini, sila jawab, ya?
Kalau otak author ni dikurniakan ilham untuk membuat cerita mengenai BTS pada masa akan datang, jenis cerita apa yang readers nak?
Kalau cerita cinta, itu mungkin pilihan terakhir kerana author memang tak pandai buat cerita cinta.
👋👋👋
YOU ARE READING
Aku Ada Sixth Sense [COMPLETED]
Fanfiction+Jimin : Hyung, Min takut... Tempat ni gelap.. +Namjoon : Takpe, hyung kan ada. +Jhope : Weh, ada nampak Taehyung tak? Dari pagi tadi aku tak nampak dia. +Suga : Kau, kau tak rasa sejuk ke? +Jin : Sejuk? Apa kau merepek? Sekaran...