"Seorang pesakit sudah hilang! Pesakit di katil no. 47 hilang! Sila kesan dia sekarang juga!" jerit D.O, salah seorang ahli unit rawatan EXO9 yang ditugaskan untuk menjaga Suga.
"Bwo?! Unit SF9 Tolong kesan Suga! Dia mesti berada berdekatan! Cepat! OVER" Taeyang memaklumkan kepada ahli lain mengenai kehilangan Suga melali radio.
Hospital pada hari itu sungguh sibuk. Min Yonggi, lebih dikenali sebagai Suga, seorang pesakit di hospital bahagia Gangnam telah berjaya melepaskan diri. Suga masih berada di bawah kawalan polis kerana polis mahu memerhati perkembangan bahan eksperimen Kim Taehyung. Namun begitu, selama setahun pemerhatian dijalankan, langsung tiada kesan sampingan luar biasa yang ada pada Suga.
----------
Seorang lelaki berbaju hijau hospital berlari keluar dari Hospital Gangnam.
"Huh, huh, huh (Bunyi nafas) Akhirnya, aku dapat lepaskan diri daripada hospital tu." kata Suga sambil memandang hospital yang kecoh tersebut.
"Aku kena tukar baju ni. Tapi, baju apa?"
Suga terlihat seorang lelaki serba hitam melalui lorong yang sama dengannya. Serta-merta idea jahatnya timbul...
----------
"Cantiknya baju ni! Fit dengan badan aku pulak tu. Terima kasih." kata Suga selepas mencuri baju kepunyaan lelaki yang melalui lorong yang sama dengannya.
----------
Kring! Kring!
"Siapa pulak yang telefon ni?" kata Jimin mengangkat gagang telefon sambil meletakkan tuala kecilnya di belakang tengkuknya selepas berlatih menari di dalam bilik tariannya.
"Bi..biar betul.... Suga terlepas?"
----------
"JIN HYUNG!!! BERITA PENTING NI!! MANA HYUNG?!!" jerit Jimin dari tingkat atas.
"Hyung ada dekat ruang tamu ni. Kenapa terpekik terlolong ni?" Jin.
"SUGA HYUNG TERLEPAS!"
"BWO?" Jin, Jungkook, Jhope serentak bercakap perkataan yang sama.
----------
"Saya mahu melawat Kim Taehyung di selnya, boleh?" Suga bertanya dengan pengawal penjara.
"Ehm, encik siapa?"
"Saya... YongJi."
"Hei, bawak dia pergi melawat tahanan Taehyung. Bilik sel, no 203."
----------
"Ini bilik selnya..." pengawal penjara yang membawa Suga ke bilik sel Taehyung ditumbuk oleh Suga di bahagian perut dengan kuat sehingga pengawal tersebut lumpuh satu badan.
Kelihatan Taehyung membelakangi pintu sel sambil melihat cahaya yang keluar dari tingkap penjara.
"Tae, ni hyung. Suga hyung."
----------
"Suga?" Taehyung memalingkan badannya dan berlari ke arah pintu sel.
"Eksperimenku berjaya! Berjaya! Haahahhahaha!" Taehyung ketawa kegirangan sebelum Suga menarik kolar leher Taehyung dengan kuat.
"Tujuan aku ke sini adalah aku mahu kau rasakan apa itu perasaan senjata makan tuan." Suga membuka pintu bilik Taehyung dengan kekuatannya yang luar biasa disertakan dengan senyuman tajam yang menyeramkan.
"Tidak, tidak! Jangan Suga hyung! JANGAN!" jerit Taehyung.
----------
"Urusan aku di sini sudah selesai. Sekejap lagi aku akan berjumpa Namjoon. Bye, dunia." kata Suga sebelum meninggalkan penjara tersebut.
----------
"Selamat pagi, Tuan!" kata pengawal penjara kepada YoungBin.
"Saya mahu melawat tahanan di sel 203."
"Silakan!"
----------
"Kita sudah terlambat. Sangat lambat." Kata YoungBin sambil menutup wajahnya.
Perkara pertama yang dilihatnya di hadapan sel tersebut ialah mayat Taehyung yang berlumuran darah di atas lantai biliknya.
"YAH, Taehyung? Taehyung?! TAEHYUNG!" jeritan Jin, Jimin, Jhope dan Jungkook yang baru sahaja tiba di penjara memecahkan keheningan di penjara tersebut.
YOU ARE READING
Aku Ada Sixth Sense [COMPLETED]
Fanfiction+Jimin : Hyung, Min takut... Tempat ni gelap.. +Namjoon : Takpe, hyung kan ada. +Jhope : Weh, ada nampak Taehyung tak? Dari pagi tadi aku tak nampak dia. +Suga : Kau, kau tak rasa sejuk ke? +Jin : Sejuk? Apa kau merepek? Sekaran...