°29° :- Training

81 9 25
                                    

Masuk hari ni, dah genap 48 hari aku menjadi vampire.

Momo dan appanya terkejut apabila tahu yang aku sudah jumpa Aki. Mereka berasa lega yang Aki tak apa² kan aku.

Aki mahu bertarung dengan aku dalam masa terdekat ini. Dia memberi aku masa lagi 3 hari. Aku setuju. Aku bukan penakut macam dia. Demi maruah aku, aku harus berlawan dengan dia.

Aku ke sekolah seperti biasa hari ini. Aku berjalan masuk ke kelas dan nampak Jungkook sedang berbual dengan rakannya. Dia melihat aku. Aku tidak mengendahkannya.

Suga kata, Jungkook demam panas hari tu. Suhu dia tinggi sangat. Risau jugak lah aku kat dia.

Aku duduk di tempat aku. Tak lama kemudian Momo sampai. Momo menyapa aku kemudian duduk di belakang aku.

Sebenarnya aku tak pasti yang Vernon tu cinta sejati aku atau bukan.

"Baik aku tanya Momo." Bisik hati aku. Aku memusingkan badan aku ke belakang untuk berhadapan dengan Momo.

"Mo, aku nak tanya kau sikit ni."

Momo mengangkat kepalanya.

"Ape?"

"Aku rasa aku dah jumpa cinta sejati aku. Tapi aku tak pasti betul ke tak."

"Siapa?" Momo mendekatkan wajahnya kepada aku. Aku membisik kepadanya.

"Vernon."

Momo menjauhkan mukanya dari aku. Dia menepuk dahinya. Aku melihat dia pelik.

'Lahai kenapa dia boleh terfikir yang Vernon tu cinta sejati dia?.'

"Kenapa?"

Momo memandang aku.

"Kau tahu mana yang Vernon tu cinta sejati kau?" Soal Momo. Aku menggaru dagu aku.

Entahlah 😂 aku teka je

"Sebab dia kata dia suka aku. Dari mata dia aku nampak yang dia betul² ikhlas sukakan aku." Jelasku. Momo menekup mukanya.

"Kau tahu tak cinta sejati tu apa?" Soalnya. Aku mengangkat bahu.

Sory aku tak arif bab² cinta ni *fliphair*

"Cinta sejati bermaksud, seseorang yang ikhlas mencintai kau dan kau pon ikhlas cintakan seseorang tu."

Aku berfikir sesuatu.

"Betul lah. Vernon ikhlas cintakan aku."

Momo mencebik.

"Tapi kau suka Vernon ke? Kau cinta dia?"

Aku terdiam. Aku menggeleng.

"Dia bukan cinta sejati kau lah!"

Aku ternganga. Laa selama ni mati² aku ingat Vernon cinta sejati aku.

"Aku kena cari lagi lah ni?" Soalku ragu². Momo mengangguk.

Hm.

***

"Serang aku." Arah Momo.

Aku menarik nafas kemudian menghembus perlahan². Aku mengeluarkan kuku aku. Momo berdiri 20 meter di hadapan aku.

Aku terbang dengan pantas tetapi Momo sudah hilang.

Ah aku tak cukup pantas lagi.

"Hei, fokus Hyomi. Masa kau tak banyak untuk berlatih. Kau ada masa lagi 3 hari je nak lawan dengan Aki. Jangan sia²kan masa ni."

[C] Vampire's Breath + JJKWhere stories live. Discover now