°20° :- Cannot

89 9 5
                                    

Aku pulang lebih awal disebabkan badan aku berbau. Telur. Aku meminta kebenaran guru bertugas pada minggu ini untuk pulang ke rumah.

Selesai mandi, aku melihat hp aku. Ada mesej masuk dan aku membukanya.

From: Beach

Awak ok?

Pfft. Buat baik.

To: Beach

Aku ok ke tak bukan masalah kau.

From: Beach

Saya risaukan awak tahu? Saya minta maaf pasal rumors tu. Disebabkan saya awak jadi macam ni.

To: Beach

Haa baru nak sedar ni semua salah kau? Baguslah kalau dah sedar.

Aku menutup hp aku. Rimas dengan orang yang bajet baik macam mamat tu. Aku bersiap² dan mengambil jaket aku.

***

Aku menikmati angin petang yang sedikit sejuk. Aku duduk di salah sebuah kerusi yang berada di situ.

Aku melihat kanak² yang sedang bermain dengan riang. Aku tersenyum sendiri. Rindu zaman kanak² dulu walaupun aku tak berapa nak ingat 😂

Seorang gadis duduk di sebelah aku. Aku tidak mengendahkannya. Aku hanya menikmati lagu dari hp aku.

Aku merasakan seperti seseorang sedang memerhati dan bercakap dengan aku. Aku menoleh ke tepi dan melihat gadis itu seperti berkata sesuatu. Aku menanggalkan headphone aku.

"Ya?" Soalku kemudian memandang gadis itu. Macam familiar.

"Kita pernah berjumpa ke? Saya rasa macam pernah tengok awak la." Balasnya.

Aku meneliti wajah gadis itu. Aku cuba mendengar suara hatinya.

'Bukan ke dia ni jumpa dengan aku kat depan sekolah haritu?'

Aikk? Depan sekolah? Bila?

Baru aku teringat. Budak perempuan yang nama dia unik tu haa.

"Ah ya ya. Kita pernah berjumpa kat depan sekolah saya." Kata aku sambil tersenyum manis. Dia membalas senyuman aku.

"Yaa betul². Tak sangka kita boleh berjumpa lagi kan?" Balasnya.

"Em.. Nama awak siapa eh? Saya lupe lah.."

"Nama saya Hyomi. Awak Sana kan?"

Dia mengangguk. Aku menanya dia beberapa soalan. Memandangkan langit semakin gelap, dia meminta izin untuk pulang ke rumah takut ommanya cari dia.

Aku berjalan pulang ke rumah sambil terfikirkan gadis yang bernama Sana itu.

'Nama dia unik. Aku suka dia. Tapi dia macam ada sesuatu.

Dia misteri.'

***

[ Jungkook POV ]

'Aish. Bila Hyomi nak maafkan aku?'

Aku menumbuk dinding kerana terlalu geram. Aku tahu aku salah tapi Hyomi semakin berkasar dengan aku. Aku tak kisah kalau dia still marah aku tapi please maafkan aku.

Ni semua Jimin pendek tu punya pasal 😒

Kalau dia tak cadang suruh aku permainkan dia takde maknanya semua benda ni terjadi. Tapi salah aku jugak sebab aku sahut cabaran dia. Aku melempar badan aku ke atas katil. Aku memejam mata rapat.

"Yah. Jungkook." Panggil seseorang.

"Ape"

"Kau dah kenapa macam ponti hilang anak je ni?"

Jimin mendekati aku dan duduk di birai katil. Aku membuka mata aku sedikit dan melihat Jimin.

"Jangan kacau aku la." Marahku.

"Siapa kacau kau? Jin hyung panggil makan je pon. Yang kau ni pahal emo sangat?" Bidasnya.

"Emo lah dah semua ni salah kau."

"Ape yang salah aku?"

"Salah kau la. Kau suruh aku permainkan Hyomi kan?"

Jimin menggaru dagunya. Haa nak kata lupa la tu.

"Bila aku suruh?"

"Hari tu la kau suruh. Kau jangan buat² lupa pulak. Sekarang ni aku pulak yang kena tanggung."

Jimin ketawa terkekek². Cis tagune punya pendek apesal kau gelak kat aku haa setan

"Kau kata kau terror tackle perempuan? Takkan tu pun tak boleh handle?" Soalnya sinis.

"Tu takde kena mengena langsung ok?"

"Kenapa? Apa yang dah terjadi?"

"Dah kantoi dah. Dia marahkan aku sampai sekarang."

"Gila siot. Takkan marah lagi? Benda tu dah lama kot?"

"Tu la pasal. Sekarang ni dia bercakap kasar dengan aku. Haih aku tak tahu nak buat macam mana dah. Tadi dia kena baling telur dengan budak sekolah. Ada orang buat rumors yang dia buli aku."

Jimin membulatkan matanya.

Heh setakat bulat mata tapi tak tolong aku pon takde guna jugak.

[ End POV ]

***

Malam ini aku menuju ke hutan bersama Momo untuk minum darah.

Walaupon aku geli nak minum darah, tapi aku terpaksa sebab kalau aku tak minum aku akan lemah. Aku hanya boleh minum darah binatang sahaja. Kalau aku minum darah manusia

Memang aku akan officially jadi vampire lah.

So aku kena tahan nafsu aku. And aku dah dapat kawal emosi aku dengan baik. Setakat ni aku tak ada masalah dalam mengawal emosi aku.

Tapi tu lah masalahnya, aku tak boleh berdepan dengan Jungkook. Kalau aku nampak dia mesti aku secara automatik perlahan² berubah jadi vampire. Sebab apa? Sebab aku nak balas apa yang dia dah buat kat aku. Aku takkan lepaskan dia. Tak pernah lagi ada orang buat aku macam ni.

Aku marahkan dia.

Aku tak suka dia.

Aku benci dia.

Aku nak bunuh dia.

Tapi hati aku tak benarkan aku buat macam tu sebab

Aku masih sayang dia.

Aku tak boleh nak benci dia sepenuhnya.

Aku tak boleh nak bunuh dia

Sebab

Aku masih cintakan dia.

-tbc-

•alie_nvlk•

Palli nawara 👽

[C] Vampire's Breath + JJKWhere stories live. Discover now