Aku tak sangka yang Hyomi cuba bunuh cinta sejatinya sendiri.
"Appa, Hirai rasa kita kena bagitahu Hyomi la yang Jungkook tu cinta sejati Hyomi. Takut nanti Hyomi tak sengaja terbunuh Jungkook lagi."
Aku mula risau. Macam² perkara negatif mula timbul di otak aku. Appa cuba menenangkan aku.
"Tenang, Hirai. Kamu sendiri kata biar Jungkook bagitahu sendiri. Kalau kita bagitahu sekarang, appa takut Hyomi akan bertindak dengan lebih agresif."
Aku hanya mengangguk. Kalau aku bagitahu awal, mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk.
***
Aku memberitahu Jungkook bahawa esok Aki akan berlawan dengan Hyomi. Aku menyuruh Jungkook untuk meluahkan perasaannya sebaik sahaja perlawanan mereka selesai. Jungkook bersetuju.
Aku memberitahu dia supaya jangan terlalu terkejut apabila melihat Hyomi. Memang bila jadi vampire muka akan jadi hodoh. Tapi jangan risau, lama² nanti biasalah tu.
Aku harus memastikan yang Jungkook sentiasa selamat. Buat masa sekarang, aku suruh Jungkook untuk menjauhi Hyomi supaya keadaan akan lebih stabil.
Segalanya dirancang dengan baik sekali. Harap² semuanya berjalan lancar.
***
[ Suga POV ]
Aku memakir kereta aku. Aku turun dan masuk ke dalam rumah.
"Geng." Dengan swagnya aku menegur mereka 😂
"Hyung dah sampai?" Soal Rapmon sambil matanya tak lekang dari hpnya.
"Ha'ah.." Aku menanggalkan kasut. Aku menapak masuk ke dalam rumah.
Rapmon memandang aku. Dia menjenguk² belakang aku.
"Hyomi tak datang ke?"
"Tak. Dia penat katanya."
"Oh.."
"Mana yang lain?"
"Kat atas, Jin hyung keluar beli barang dengan Jhope dan Jimin."
Aku menyandarkan kepala aku.
"Aku ingat nak lepak ngan korang petang ni. Aku letih la asyik kena buat kerja kat pejabat. Stress aku kalau macam ni." Luahku.
"Alah hyung, biasalah tu. Kalau nak kaya kena lah susah² dulu senang² kemudian. Lepastu boleh la belanja kitorang :D "
"Banyak lah kau. Tu bukannya duit aku. Duit omma aku."
"Hyung kan anak omma hyung. Mesti hyung dapat upah."
Rapmon mengangkat keningnya berulang kali. Aku mencebik.
"Takde maknanye."
Aku mengeluh. Aku memejamkan mata aku. Mengantuk.
Rapmon merapatkan tubuhnya ke arah aku. Aku memandang dia dengan pandangan kau-pahal-sengal
"Hyung nak tahu satu benda tak?" Bisik Rapmon. Aku menjeling dia.
"Hape"
"Jungkook sejak kebelakangan ni makin pelik lah."
"Pelik? Kenapa dengan dia?"
"Aku pon tak tahu lah. Dia asyik termenung je. Lepastu makan tak tentu masa. Bila kitorang melawak dia bukannya bergelak dengan kami. Dia diam je. Lepastu bila kami cakap sepatah sepatah je lah yang dia jawab. Bila kami tanya 10 patah, satu patah jugak dia jawab." Jelas Rapmon sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
YOU ARE READING
[C] Vampire's Breath + JJK
VampireVampire's life is not as easy as human's life. But it doesn't mean that I cannot go through a vampire's life. "Aku ni vampire?" - Min Hyomi "Yes, kau vampire. Macam aku." - Hirai Momo "Kau vampire jenis makan darah binatang. Kau nak buat apa kat man...