°14° :- Wrong Decision

116 12 0
                                    

[ Jungkook POV ]

Kepala aku terasa sakit sangat. Aku membuka mata aku perlahan². Aku nampak Jin dan Rapmon berada di birai katil dengan riak wajah yang risau.

"Hyung! Jungkook dah bangun!" Jerit Rapmon sebaik sahaja nampak aku membuka mata.

V, Jimin, Suga dan Jhope menuju ke arah aku untuk melihat keadaan aku. Aku tersenyum tipis.

"Apa yang dah jadi dengan kau Jungkook?" Soal Jin. Aku melihat wajah mereka satu persatu. Riak wajah Suga seperti sedang marah dan risau.

Aku cuba ingat balik. Apa yang dah terjadi?

"Ha'ah cuba kau cerita kat kami." Tambah V.

Kepala aku sedikit pening apabila aku cuba mengingati perkara tadi. Aku memegang kepala aku. Kepala aku berbalut. Mulut aku luka sedikit.

Baru aku sedar apa yang dah berlaku.

"Hyomi!! Mana Hyomi hyung?!!" Soal aku sedikit marah. Ye lah, mana tak marah dah aku buat dia marah. Eh.

Mereka tidak menjawab soalan aku. Aku mendesak mereka untuk memberitahu aku tetapi mereka hanya menunduk dan tidak berkata apa².

Aku melihat Suga di birai katil aku. Dia sedang menghadap ke luar tingkap.

"Suga hyung!! Mana adik hyung?! Mana Hyomi? Dia selamat kan?" Soalku kepada Suga. Aku dapat lihat cecair putih sedang mengalir di pipinya.

Suga menangis.

Aku tahu dia betul² sedih sebab memang susah nak tengok abang swag kita ni menangis.

Tapi kenapa dia sedih?

"Hyung!!! Jawab lah soalan aku!" Aku meninggikan suara aku apabila Suga juga tidak menjawab soalan aku.

"Adik aku hilang lagi!!!" Marah Suga. Air mata dia mengalir deras.

Aku tidak terkata² mendegar jawapan Suga. Macam mana Hyomi boleh hilang sedangkan dia ada dengan aku tadi

Sebelum vampire tu muncul.

Aku teringat yang Hyomi masuk ke tandas sebelum vampire itu muncul. Aku melihat ke arah tandas. Pintu tandas tercabut dan tiada sesiapa di dalam tandas.

"Tak-takkan.." Bisikku perlahan. Aku dapat dengar keluhan Jin.

"Jungkook, apa kata kau cerita kat kami apa yang dah berlaku tadi. Mana tahu kita boleh cuba cari Hyomi?" Cadang Jin. Suga melihat aku dengan mata yang merah. Aku berfikir sebentar.

Takkan lah aku nak cerita yang aku permainkan Hyomi depan Suga? Tak pasal² aku kena tembak dengan Suga.

So aku ceritakan kepada mereka apa yang berlaku selepas vampire itu muncul.

[ End POV ]

                             ***

Momo menyandarkan aku di bawah pokok. Aku hampir pengsan akibat sakit di dada aku ini. Sakit dia rasa macam dekat hati aku. Tetapi aku kuatkan diri dan semangat aku untuk terus bertahan.

"Eh Hirai. Kenapa dengan Hyomi?" Soal Yeon dengan tergesa². Nafas aku tak teratur tapi aku tetap cuba tenangkan diri aku.

"Haa baguslah kau ada kat sini Yeon. Kau tolong tengokkan Hyomi jap." Pesan Momo kepada Yeon.

Aku memegang dada aku yang semakin sakit. Yeon hanya memandang aku dengan wajah cuak dan tidak tahu berbuat apa² 😂

"Hyomi, kau bertenang, rileks.. Jap lagi Momo datang dengan appa dia."

Aku menarik nafas dalam² dan menghembus perlahan². Sakit di dada aku semakin hilang. Nafas aku kembali teratur.

"Macam mana?" Soal Yeon.

Aku mengangguk perlahan. Dada aku masih terasa sakit sikit tetapi lebih baik dari tadi. Yeon mengeluh lega.

Momo tiba dengan appanya di mana aku berada. Momo lega melihat keadaan aku.

"Hyomi kau dah ok?" Soal Momo.

"Ok sikit. Dah tak sakit sangat dah." Balasku dengan suara yang agak perlahan. Momo melihat appanya.

"Appa, kenapa Hyomi boleh jadi macam ni?" Soal Momo kepada appanya.

"Hyomi, kamu ada marahkan sesiapa? Maksud pakcik, kamu ada rasa macam berdendam dengan orang ke?" Soal appa Momo kepada aku.

Aku mengangguk lemah. Terasa letih melawan sakit dada aku tadi.

"Kamu dah boleh berubah jadi vampire. Kamu boleh pukau orang?"

Sekali lagi aku mengangguk. Appa Momo melihat anak mata aku.

"Anak mata kamu hitam kemerahan. Nampaknya kamu hampir jadi vampire sepenuhnya."

Hampir? Bukan memang dah jadi vampire sepenuhnya ke?

"Bukan saya memang dah jadi vampire sepenuhnya ke?"

Appa Momo menggeleng.

"Menurut kajian(?) pakcik, kamu ni separuh dari diri kamu tu vampire human blood dan separuh lagi vampire animal blood. Tapi kamu tak akan jadi vampire sepenuhnya sekiranya kamu tak hisap darah manusia."

Aku mengeluh perlahan. Kalau aku hisap darah Jungkook tadi mungkin aku dah jadi vampire

selamanya.

"90% diri kamu adalah vampire. Untuk mengelakkan kamu jadi vampire sepenuhnya, kamu perlu menahan nafsu kamu untuk menghisap darah manusia. Tapi vampire perlukan darah untuk hidup, jadi kamu hanya boleh hisap darah binatang sahaja."

Eeyiu. Darah binatang?

"Kalau saya hisap darah manusia apa jadi?"

Appa Momo tersenyum nipis.

"Kamu akan jadi vampire sepenuhnya dan kamu tak boleh duduk di sini. Kamu harus pergi ke kaum kamu."

"Maksud pakcik?"

"Sekiranya kamu hisap darah manusia, kamu akan jadi vampire..."

"Vampire apa?"

"Vampire human blood. Dan kamu harus pergi dari sini. Memori kamu harus dipadam. Kamu akan dilupakan dan melupakan."

                            ***

Setelah aku mendapat sedikit penerangan tentang vampire atau lebih tepat pasal diri aku, aku berehat seketika di situ sementara badan aku pulih. Momo dan Yeon menjaga aku.

Appa Momo menyuruh aku bermalam di sini sementara keadaan reda. Lagipon esok cuti. Appa Momo membenarkan aku pulang esok pagi. Aku sangat pasti yang Suga risaukan aku.

Appa Momo telah keluar berjumpa dengan vampire yang sudah berpengalaman bagi mengubati diri aku. Appa Momo pesan ianya akan mengambil masa sedikit kerana keadaan semakin rumit.

Aku hanya termenung memikirkan nasib aku.

Macam mana aku nak hadap semua ni?

Adakah aku akan dilupakan dan melupakan?

Omma dan Suga tak kenal aku dah ke nanti?

Banyak persoalan di fikiran aku sehingga aku sendiri pon tak terjawab.

"Hyomi, apa kata kau ceritakan apa yang dah berlaku." Cadang Momo. Yeon mengangguk. Dia juga ingin tahu apa yang berlaku.

Aku mula menceritakan pada mereka tentang apa yang berlaku di antara Jungkook dan aku.

-tbc-

•alie_nvlk•

No not today 💥

[C] Vampire's Breath + JJKWhere stories live. Discover now