°4° :- Missing

123 21 0
                                    

Aku melihat jam tangan aku. 4:16 p.m.

"Gila kot? Takkan aku duduk kat sini dah 2 jam?" Ngomelku sendiri.

Biar betul? Takkan Suga tak cari aku? Dah la aku sejuk ni.

Aku menggigil kesejukan kerana badanku yang basah kuyup. Hujan reda sikit daripada tadi tapi masih lebat.

"Macam mana aku nak call Suga ni.." Aku melihat hp aku.

Kalaulah keajaiban berlaku hp aku boleh ada bateri kan best.

Aku merasakan kepala aku pening. Mungkin sebab tak makan tadi. Ye lah, duduk kat busstop ni dah 2 jam mana tak lapar. Aku memeluk lututku untuk memanaskan badan.

Badan aku terasa lemah dan badan aku jatuh secara mengiring di busstop.

Semua menjadi kelam.

***

[ Jungkook POV ]

Aku dan V sedang bermain video game di bilik. Tiba² pintu bilik dirempuh seseorang.

"Yah! Korang berdua ada nombor Hyomi tak?" Soal Jimin tercungap-cungap.

"Aku takde." Jawabku. Begitu juga dengan V.

"Dah kenapa dengan kau ni?" Soal V kepada Jimin.

"Takde masa nak terangkan sekarang. Sekarang semua kena berkumpul kat bawah sekarang. Suga hyung tunggu kat bawah!"

Aku dan V saling berpandangan. Apa yang dah berlaku? Kami berdua segera menuju ke tingkat bawah. Semua orang berkumpul dengan riak muka yang risau.

"Hyung, kenapa ni?" Soalku kepada Suga. Suga dengan mukanya yang stress memandang aku.

"Adik aku hilang.. Kau jumpa dia tak masa balik sekolah tadi?" Soalnya seperti mahu menangis.

Menangis je lah 💁

"Tak nampak, aku balik awal tadi. Tapi aku ada nampak dia keluar duduk kat pondok kat luar sekolah tu."

Suga mengusutkan rambutnya. Aku hanya memandangnya dengan pandangan sayu.

"Tenang hyung. Cuba cerita apa yang berlaku." Kata V.

"Tadi aku g kedai kejap beli barang. Lepastu aku mesej Hyoni kata yang aku ambil dia lambat sikit. Aku suruh dia tunggu sampai aku datang dan jangan balik sendiri. Lepastu aku pergi sekolah dia tengok dia takde. Aku masuk cari dalam sekolah dia takde. Aku cari kat kawasan perumahan tu pon takde jugak." Jelas Suga dengan sedikit nada yang tinggi. Mungkin kesal dengan dirinya sendiri sebab lambat.

"Dah lah hujan kat luar tu. Entah dia ada kat mana sekarang ni. Aku call dia tak dapat." Kata Suga lagi.

"Takkan dia kena culik kot.." Kata Jhope. Suga memandang Jhope tajam.

"Yah! Kau ni cakap la benda elok² sikit!" Marah Rapmon perlahan.

"Mungkin dia jalan balik sorang² lepastu hujan lepastu dia cari tempat teduh kot." Kata Rapmon ingin menenangkan Suga.

Suga hanya mengangguk perlahan. Aku tidak tahu untuk berkata apa sebab jujur aku kata aku dengan Hyomi tak rapat.

Aku melihat jam di dinding. 5:19 p.m. Aku yakin Hyomi ada kat mana² ni. Aku tahu perasaan aku sekarang ni macam mna. Rasa nervous ada, sedih ada. Aku jadi tak tenang.

"Hyung, jom cari dia. Hujan dah reda sikit tu. Senang sikit nak cari." Cadang aku.

"Aku datang sini memang nak ajak korang keluar cari dia pon. Tadi hujan lebat sangat."

Suga bangun dan mencapai kunci keretanya.

"3 orang ikut aku. Siapa nak ikut aku?" Soal Suga. Aku melihat mereka berlima.

[C] Vampire's Breath + JJKWhere stories live. Discover now