°30° :- Truth

82 13 13
                                    

"So macam tu la keadaan Hyomi sekarang ni."

Jungkook seperti tidak percaya. Tapi tu la kenyataannya.

Aku menceritakan bagaimana Hyomi jadi vampire. Aku juga menceritakan tentang Hyomi akan berlawan dengan Aki.

"Sa-saya tak sangka. Jadi Hyomi vam-vampire?"

Aku mengangguk. Jungkook terdiam. Dia memandang ke arah lain.

"Saya tahu awak terkejut dengan semua ni. Saya pon vampire juga. Selama ni saya yang jaga Hyomi. Hyomi selalu sakit di dadanya sebab awak."

"Sebab saya?"

"Ya, sebab awak. Sebab hati awak dan hati Hyomi berhubung. Kalau awak sakit, Hyomi akan merasakannya juga tapi lebih teruk lagi."

Jungkook terdiam. Aku menyambung lagi.

"Hari tu ada vampire hampir bunuh awak. Saya nampak kesan kat leher awak tu. Tu kesan vampire yang nak hisap darah awak hari tu. Tapi vampire tu tak jadi bunuh awak, saya tak tahu kenapa. Pada masa yang sama Hyomi sakit dada, masa tu badan Hyomi terlalu lemah."

"Kalau saya dibunuh vampire hari tu, maksdunya Hyomi pon akan-"

"Ya, Hyomi akan mati bersama awak."

"Kenapa perkara ni berkait dengan saya?"

Aku tersenyum.

"Sebab awak cinta sejati Hyomi. Nyawa Hyomi bergantung pada awak. Awak lah penawar untuk pulihkan Hyomi."

"Cinta sejati?"

"Ya. Awak kena luahkan perasaan awak terhadap Hyomi semasa dia jadi vampire. Masa tu Hyomi akan pulih sepenuhnya. Dan Hyomi selamat."

Jungkook terdiam. Aku melihat reaksinya. Dia macam tak boleh terima semua ni.

'Aku cinta sejati Hyomi? Nyawa Hyomi bergantung kat aku?'

"Sekarang saya nak tanya awak satu soalan. Saya nak awak jawab dengan jujur."

Jungkook memandang aku. Aku menarik nafas dalam².

"Awak ada perasaan tak terhadap Hyomi?"

Jungkook mengalihkan pandangannya dari aku. Dia seperti sedang fikir sesuatu.

"Sebenarnya, saya pon tak tahu dengan perasaan saya ni." Balasnya sayu.

Aku tersenyum.

"Saya tahu awak cintakan Hyomi." Kataku sambil tersenyum. Jungkook melihat aku pelik. Aku tahu dia nak penjelasan dari aku.

"Vampire boleh dengar suara hati manusia. Saya selalu dengar suara hati awak yang awak risaukan Hyomi, Hyomi hilang hari tu pon awak cari dia kan? Saya tahu semua tu. Dah terbukti awak cintakan Hyomi."

"Kalau saya cintakan Hyomi pon, dia nak balas ke cinta saya?"

"Jangan risau. Mulut Hyomi memang kata yang dia benci awak, tapi jauh di dalam hati dia pasti akan mengatakan yang dia masih cintakan awak. Sebab dia masih tak boleh lupakan awak."

Jungkook mengeluh. Aku melihat anak mata dia.

Betul, dia cintakan Hyomi.

[ End POV ]

***

Hari ni aku balik berjalan. Suga memang ada kat rumah, tapi aku tahu dia letih. Aku tak nak susahkan dia so aku balik jalan kaki.

[C] Vampire's Breath + JJKWhere stories live. Discover now