°33° :- Conscious

87 9 30
                                    

Aku membuka mataku perlahan. Kepala aku pegang. Ada seorang lelaki dan perempuan di birai katil aku.

"Hyomi, kau dah sedar?" soal perempuan itu. Kepala perempuan itu berbalut.

Aku hanya diam. Aku memandang lelaki itu pula. Dia senyum ke arah aku.

"Aku kat mana ni?" soal aku kepada mereka.

"Awak kat rumah Momo."

Aku mengeluh. Aku lihat diri aku. Bahu aku dan badan aku berbalut. Macam cedera teruk.

"Kau ok tak Momo? Jungkook ok?"

Kedua² mereka mengangguk. Aku senyum kelat. Nasib diorang ni selamat.

"Sepatutnya kami yang tanya kau. Kau tahu tak kau tak sedarkan diri 3 hari dah."

Aku membulatkan mata aku. 3 hari aku pengsan?!

"Biar betul?! Abang aku tahu tak pasal ni?"

"Saya cakap awak tidur rumah Momo. Ada kerja sikit. Abang awak kata takpe." Kata Jungkook.

"Kau jangan risaulah. Semuanya ok." Tambah Momo pula.

Aku keluh lega kemudian melihat ke luar tingkap.

"Aki macam mana?" soalku kepada Momo.

"Entah. Kami dah tak dengar berita pasal dia dah."

Momo membangunkan aku. Aku bersandar dengan lemah. Momo mengambil sesudu bubur kemudian menyuap ke mulut aku.

"Aku gembira kau tak apa². Aku risau kau tahu tak.. Aku takut kehilangan kau.." Luah Momo.

"Aku ok je kan. Takde pape lah. Aku nak mati kat tangan Aki? Memang tak ah" Kata aku sambil menepuk dada aku perlahan. Momo mencebik.

"Cakap besar kau eh."

Aku tersengih. Jungkook hanya mendengar perbualan kami.

"Jungkook tahu ke yang kita ni vampire?" soalku perlahan agar tidak didengari Jungkook.

"Saya dah tahu semuanya." Kata Jungkook.

Laaa aku tanya Momo, bukan kau. Nyebok betul.

"Dia dah tahu semuanya. Aku cerita kat dia." balas Momo.

Aku hanya diam. Takkan lah Momo nak cerita kat Jungkook sesuka hati pasal vampire. Mesti ada sebab.

You know what I mean?

Yeah, he is the one.

"Yey dah habis." Momo menepuk tangannya and treat aku just like kids.

"Aku tahu kau nak cakap dengan Jungkook kan? Aku turun bawah kejap, kau borak lah dulu dengan Jungkook." Kata Momo sambil mengangkat kening kirinya. Dia mengangkat dulang turun ke tingkat bawah.

Selepas Momo menutup pintu, aku mengeluh kemudian menutup mata aku.

Lega semuanya dah berakhir.

"Hyomi.." Panggil Jungkook lembut.

Aku tidak mempedulikan dia. Aku terus menutup mata aku.

"Awak masih marah saya?" Soalnya. Aku membuka mata kemudian melihat dia.

"Tak."

"Kenapa awak taknak cakap dengan saya?"

"Suka hati la."

Jungkook tersenyum.

'Hati dia dah lembut..'

Ceh. Kau tahu mana hati aku dah lembut?

"Awak dengar lah ni, saya nak cakap."

"Hm."

Aku tahu dia nak explain. Aku tak boleh la ego sangat, so aku dengar je la.

"Tu semua idea Jimin. Saya rasa tercabar bila dia kata saya pengecut. Jadi saya terpaksa sahut cabaran dia nak try awak. Tapi saya silap, awak tak sama macam perempuan lain. Cara awak layan saya pon lain. Kalau perempuan lain dah lama terkinja-kinja bila dapat saya.."

Aku hanya diam dan mendengar penjelasan dia. Aku tak memberi sebarang reaksi.

"Awak lain. Saya suka awak."

Aku senyum senget.

"Jangan bandingkan saya dengan perempuan lain. Saya tak suka. Saya ada cara saya yang tersendiri."

"Ye, memang betul awak ada cara tersendiri. That's why saya suka awak.."

Aku melihat dia.

"Saya suka awak lebih dari seorang kawan."

Aku terbatuk apabila mendengar ayatnya. Aku rasa dia main².

"Mesti Momo suruh awak cakap yang awak suka saya sebab nak bagi saya tenang kan? And betul ke yang awak ni cinta sejati saya? Ni semua rancangan Momo ka-"

Jungkook merapati aku kemudian memeluk aku. Aku terkaku. Sebenarnya badan aku sakit bila dia peluk tapi aku tahan je :(

Ingat senang crush nak peluk kita?

"Tak. Saya ikhlas ni."

Aku terkedu mendengar suaranya. Dia melepaskan pelukan. Dia menggenggam tangan aku kemudian memandangkan aku.

"Saya minta maaf, Hyomi."

Aku terdiam. Tak tahu nak buat apa dah. Jungkook suka buat aku macam ni 😭

Aku terjatuh cinta dengan Jungkook lagi.

***

"Okok, pandai²lah Hyomi jaga diri. Oppa dengan omma jangan risau."

"Hm yelah. Apa² bagitahu oppa. Jaga diri kamu."

"Yelah. Bye."

Aku menamatkan panggilan dari Suga.

"Macam mana?"

"Dia suruh jaga diri."

Momo keluh lega.

"Takpelah kalau macam tu."

Momo membalut kepala aku dengan bandage yang baru. Selesai saja balut, Momo melihat aku.

"Kenapa?" soalku. Momo tersenyum.

"Tak lama lagi kau akan pulih." Jawabnya sedikit sayu. Aku melihat dia seperti sedih.

"Kenapa sedih ni?"

"Mana ada."

"Tipu."

"Ye la, nanti semua memori kau jadi vampire akan hilang. Kalau kau dah pulih, mesti kau tak rapat dengan aku dah."

Aku memegang tangan Momo.

"Kita akan rapat macam ni jugak selepas aku pulih."

Momo memandang aku.

"Memori aku je yang hilang, bukan persahabatan kita. Kau jangan risau ok?"

Momo memuncungkan bibirnya. Aku mencebik.

Keadaan aku semakin baik. Esok malam aku akan pergi ke hutan bersama Jungkook dan Momo.

Tak lama lagi, aku akan jadi manusia normal balik dan

semua kenangan aku sebagai vampire akan terhapus begitu sahaja.

I will miss, to be a vampire :')

-tbc-

•alie_nvlk•

What can i say , it's complicated 🎶

[C] Vampire's Breath + JJKWhere stories live. Discover now