"Jungkook, nak air!"
"Jungkook! Mana hp aku?!"
"Jungkook, tolong ambilkan bantal!"
"Jungkook, ambilkan remote jap, aku tak sampai lah nak ambil."
Jungkook!
Jungkook!!
JUNGKOOK!!!
Nak sangat aku datang sini lepas habis sekolah kan? Haa ambik kau 😂 Aku menyedut fresh oren. Wahahaha bahagia weh hidup macam ni.
Aku lihat Jungkook duduk bersandar di sofa. Penat le tu 😏
Dahinya berpeluh. Aku dapat dengar nafasnya yang penat. Dia meletakkan tangannya di dahi sambil mengeluh. Dia memejamkan matanya rapat.
Aku saman kau Jungkook sebab goda aku 👽
"Letih?" Soalku sinis.
Jungkook membuka sedikit matanya.
"Tak lah." Balasnya pendek.
Kesian jugak aku tengok dia. Tapi tu lah, aku tak boleh lepaskan kau macam tu je. Sebab kaulah penyebab aku dah boleh berubah jadi vampire. Kau ingat senang aku nak jadi separuh manusia separuh vampire?
Aku membelek sekejap hp aku kemudian aku menghulurkan kepada Jungkook.
"Nah, caskan. Aku bagi kau masa untuk berehat. Selepas bateri hp aku dah penuh, aku nak kau turun bawah. Bawak homework kau sekali. Jap g kita buat homework sesama."
Jungkook mengalihkan tangan dari dahinya. Dia memandang aku. Aku membalas pandangan dia.
"Apa? Aku bukannya zalim sangat nak suruh kau buat itu, ini tak henti². Aku ada hati perut ok."
Jungkook tersenyum sedikit. Dia berdiri kemudian mengambil hp aku. Jungkook naik ke biliknya di tingkat atas.
"Dah bisu ke hape mamat tu?" Monologku di dalam hati.
Aku melihat jam di dinding. 3:28 p.m. Jin kata dia nak balik pukul 4:30 nanti. Lambat lagi lah kiranya.
Jhope dan Rapmon tak balik lagi. Entah pergi mana lah diorang berdua tu. Lepas makan diorang terus keluar.
Jimin dengan V pulak tidur. Hm baguslah boleh geng dengan Suga. Tidur memanjang. Tidur kan swag 😒
Aku mengambil gelas lalu menuju ke sinki. Aku membasuh pinggan yang ada di situ termasuk gelas aku sekali.
Aku mengelap tangan aku yang basah dengan kain. Aku melihat ke atas meja dapur.
"Hp sape ni?" Soalku di dalam hati. Aku duduk kemudian membelek hp itu.
Aku melihat lockscreen hp itu. Wajah Jungkook terpapar di skrin. Aku melihat lockscreen hpnya.
Hensem :)
Aku membuka apps di hpnya. Kemudian aku menekan aplikasi gallery.
"Banyaknya gambar..."
Aku membelek satu persatu gambarnya. Comel.
Ada gambar dia dengan kawan² dia..
Ada gambar dia dengan budak kecil..
Ada gambar dia dengan budak kelas..
Ada gambar dia dengan..
Aku?
"Gambar bila ni?" Aku cuba mengingati gambar itu. Bila aku tangkap gambar dengan dia?
Dari gaya rambut dan penampilan aku yang sedikit nerd tu, aku rasa macam gambar ni gambar lama 😂
Sekarang ni aku dah cantik ok.
YOU ARE READING
[C] Vampire's Breath + JJK
VampireVampire's life is not as easy as human's life. But it doesn't mean that I cannot go through a vampire's life. "Aku ni vampire?" - Min Hyomi "Yes, kau vampire. Macam aku." - Hirai Momo "Kau vampire jenis makan darah binatang. Kau nak buat apa kat man...