Allahuakbar...Allahuakbar...
Kedengaran azan subuh membuat aku terjaga dari tidur yang lena lantas aku melihat pada jam dinding 6:05a.m. Terima kasih Ya Allah! kerana panjangkan nyawaku untuk meneruskan kehidupan diatas muka bumi ini. Lalu aku bangun dan mengapai tuala yang tersidai dipintu tandas lalu membuka pintu tandas untuk mandi.Selepas mandi, aku memakai baju t-shirt biru lengan panjang dan seluar trek hitam lalu menuju ke tandas kembali untuk mengambil wuduk. Selesai solat subuh, aku turun ke bawah untuk menolong Mak Timah membuat breakfast. Mak Timah ni adalah orang gaji dekat rumah ni. Kitorang dah anggap Mak Timah ni macam mak kitorang sendiri sebab dari kecil Mak Timah jaga kitorang masa mummy dan papa sibuk uruskan syarikat. So dari situlah kitorang adik beradik rapat dengan Mak Timah.
''Mak Timah!''sergah aku.
''Oh lisha kahwin tak lama lagi!'' Mak Timah melatah.
''Apa Mak Timah ni! Lisha taknak kahwin lagilah...''kataku
''Hahaha! Tulah sapa suruh sergah Mak Timah lagi, kan dah kena...'' kata Mak Timah sambil tergelak. Huhuhu tulah kau lisha sapa suruh sergah Mak Timah! Kan dah kena sebiji! Hahaha...eh kejap kejap! sejak bila Mak Timah pandai kenakan orang ni! Siapa yang ajar? Mestilah abangnya Muhammad Hadzriq Ariff a.k.a pembuli! Abang aku tu selalu buli aku! Kalau tak buli memang tak sah! Nasib semalam dia tak ada. Aman sikit hidup aku semalam! Tu semalam Kak lisha oi! Harini taktau lah! Redha jelah kena buli...
''Hmm Mak Timah nak masak apani?''tanyaku
''Lisha nak makan apa?''tanya Mak Timah. Haish! Mak Timah ni kita tanya dia balik balik kita yang ditanya.
''Lisha tak kisah pun nak makan apa janji jangan sambal. Mak Timah tahu kan?''kataku. Aku ni memang tak boleh makan sambal pagi-pagi nanti sakit perut!
''Ye...Mak Timah tahu.'' kata Mak Timah. Lisha ni sejak kecil lagi memang tak boleh makan sambal pagi-pagi nanti sakit perut.
''Harini Mak Timah nak masak nasi goreng cina''kata Mak Timah.
''Ok! Meh sini lisha tolong potong bawang dengan karot'' kataku. Lalu aku mengambil bawang putih, bawang merah dan karot yang dah sediakan oleh Mak Timah di tepi singki lalu meletakkan barang-barang itu di atas meja. Alamak! Pisau lupalah pulak! Aku menuju ke tempat pisau dan papan pemotong dan kembali ke tempat asalku.
Ariff yang dari biliknya menuju ke dapur untuk mengambil air. Dia ternampak adiknya lisha yang sedang memotong karot lantas berlari anak dan...
''Warghh!!''sergah Ariff
''Opocot mak kau tebalik!''' Lisha melatah. Ha dah mai dah! Dah mai dah si pembuli ni!
''Haish! Abang ni! Boleh tak jangan sergah angah macam tu! Angah tengah pegang pisau ni! Karang tak pasal-pasal terpotong jari!!''marahku.
''Alah korang ni dua kali lima je..'' kata Mak Timah sambil tersenyum melihat gelagat dua beradik ni.
''Hehehe...''kata lisha dan Ariff serentak.
''Abang nilah suka sangat sergah lisha!'' aku memuncungkan bibirku. Nak merajuklah macam ni!
''Hah muncungkan lagi bibir tu! Dah macam bibir lembu dah abang tengok!'' Sindir Ariff. Hah! Dah mulalah tu nak buli aku! Hish abang ni kalau tak buli aku sehari tak boleh ke?!
''Abang boleh tak bagi angah hidup aman harini.'' Kataku dengan nada merajuk.
''Tak boleh!'' Ariff menjelirkan lidah.
''Abang buli angah sebab abang sayangkan angah'' sambung Ariff''Yelah tu sayang! Kalau sayang takdenya nak buli angah!''kataku. Merajuk!
Ceh lisha sejak bila kau pandai merajuk ni?
Alah biarlah! Aku merajuk dengan abang sendiri bukan orang lain! Yolah...''Eh? Sejak bila angah pandai merajuk ni?'' Kata Ariff.
''Ada ke abang cakap tak sayang angah? Tak adakan! Abang sayang angahlah...'' Kata Ariff dalam nada memujuk. Nak pujuk siapa?! Of courselah lisha...
Ceh nak pujuk lah tu! Tapi sempat lagi nak buli aku tu! Oklah kali ini aku tak merajuk.''Abang can you get out from the kitchen! Sibuk jelah!'' kataku
''Okay! But before I get my water first!'' kata Ariff lalu menuju ke peti ais dam mengambil satu botol air mineral. Lalu meninggalkan mereka
''Huh!''kataku. Yes! Abang dah pergi! Aman hidup aku...
''Jom Mak Timah masak!'' Ajakku
''Ok let's cook!'' Kata Mak Timah.
Selepas selesai memasak, kami hidangkan makanan diatas meja.''Makanan dah siap!!'' Jeritku untuk memanggil keluargaku untuk turun makan. Apabila mereka semua sudah turun, selepas abangku selesai membaca doa, kami makan.
Selepas makan aku naik atas untuk memilih blaus, tudung dan seluar untuk pergi ke rumah aunty Ammylia. Kenalah pakai cantik sikit yelah nak pergi rumah kawan mummy kan takkan nak pakai baju t-shirt kot? Buat malu mummy je nanti!
Aku memilih blaus baby blue bercorak bunga kecil warna putih dan seluar biru gelap, tudung pulak aku pilih warna biru cair. Aku tengok jam baru pukul 8:30a.m. nak buat apani? Hmmm turun bawahlah.
Aku mengambil remote TV lalu aku on TV. Aku buka siaran 611 cerita kartun. Hahaha! Macam budak-budak kan tengok cerita kartun? Alah! biarlah sekali-sekala...Sedang khusyuk tengok cerita kartun tiba-tiba abang merampas remote dari tangan aku. Apalagi aku rampas balik remote tu tapi tak dapat sebab abang lebih pantas dari aku.
''Ish! Abang bagilah balik remote kat angah balik!''marahku.
''Taknak!'' Kata Ariff
''Alah abang bukaklah balik siaran kartun tu!''rengekku
''Kau ni angah macam budak-budaklah nak tengok kartun!''kata Ariff
''Alah biarlah angah nak tengok cerita apapun! Bukan kacau abang pun!''marahku
''Eh angah! Awak tu dah 24 tahun! Dah tua dah pun nak tengok kartun! Boleh kahwin dah pun! Umur angah tu patutnya dah ada anak!'' Kata Ariff sambil tersenyum sinis. Walaweh abang ni! Sesedap rasa je dia cakap macam tu! Geramnya!
''Habis abang tu dah 28 tahun tak kahwin lagi asal?! Jangan cakap orang je, dia pon sama...patutnya umur abang tu dah ada anak dua! Dah tua bangka pon tak kahwin lagi!''sindirku. HAHAHA! Kan dah kena balik! Padan muka! Ada ke dia cakap aku dah tua? Aku muda lagilah! Leklah 24 tahun muda lagi hehehe... 'Ye ye je kau lisha muda lagi! Betullah cakap abang kau tu dah tua! Dah boleh sangat kahwin!' Kata hatiku
Apa kahwin-kahwin ni! Takmau lah lambat lagi!''Abang lelaki! Lagipun abang senang je nak cari isteri sebab abang kan handsome! Lainlah angah tu!''kata Ariff.
''Eleh handsome konon! Kalau macam tu angah nak abang kahwin tahun ni jugak! Boleh?''kataku sambil mengangkat sebelah kening, dah macam Ziana Zain lah pulak!
''Erk...okay abang setuju! Tapi angah pun kena kahwin tahun ni jugak! Amacam?! Deal?'' Kata Ariff. ALAMAK! Macam mana ni?! Lisha menggaru kepala yang tidal gatal tu. Tulah kau lisha sapa suruh cakap macam tu! Hah! Apa nak jawab ni?! Ok jelah!
''Okay deal!'' Kataku dengan berani tapi dalam hati hanya Allah yang tahu! Mampus kau lisha! Kau nak celuk siapa jadi suami kau? Ah lantaklah nanti aku pandai-pandailah jawab dengan abang.
~Maybe bab 3 lambat sikit nak update sebab saya nak buat kerja sekolah hehehe✌ Biasalah form 4 kan mesti lah banyak kerja sekolah. Ok thanks sebab baca.Hehehe...~
YOU ARE READING
Suamiku Encik Sombong+Garang (Hold On)
Romance[HEROIN] Nur Edryna Khalisha Binti Dato' Ahmad, seorang gadis yang cantik, sopan dan bertudung. Dia ni jenis yang kasar kalau orang berkasar dengan dia terutama sekali pada lelaki yang bernama Muhammad Luthfi Khusyairi! [HERO] Muhammad Luthfi Khus...