"Lisha!!" jerit Nadia.
"Nad!!" balas Lisha.
"Woi, dah lama tak jumpa! Kau sihat tak? Kau dengan suami kau okay?" soal Nadia.
"Kitorang okay je... Tapi tulah, ada seorang minah ni terhegeh-hegeh gila dekat Luth." kata Lisha lalu membuat mimik muka menyampah.
"Siapa? Qaira?" soal Nadia selamba.
"Macam mana kau boleh kenal dia?" soal Lisha dengan reaksi terkejut.
"Lah.. Takkan kau tak kenal minah tu?" tanya Nadia.
"Manalah aku kenal dia." jawab Lisha dengan muka pelik.
"Nur Qaira Zalika binti Dato' Ismail." ujar Nadia dengan nama penuh Qaira.
"Eh, jap! Minah tu bukan ke..."
"Yes, dialah Queen Diamond a.k.a ketua kumpulan Shining Diamond. Budak paling hot dekat sekolah menengah kita dulu." jelas Nadia.
"Ouh...then macam mana kau boleh tahu dia blabla dengan Luth?" soal Lisha pelik.
"Huh! Kau ni kan... Low update. Lisha... Listen okay. Diaorang kenal macam ni. Suatu hari, kejadian ni aku sendiri nampak dengan bijik mata aku sendiri." belum sempat Nadia meneruskan, Lisha sudah memotong.
"Kau ni straight to the point boleh tak?" soal Lisha.
Nadia membuat muka geram.
"Kau ni kan. Sabarlah." marah Nadia. Lisha tersengih.
"At the past, Luth tolong Qaira masa dia hampir kena ragut dengan budak sekolah kita. Then, Qaira tu dia rasa bangga sebab kena tolong dengan mamat hensem. Start dari situlah Qaira terhegeh-hegeh dekat Luth and lagi satu aku tak faham dengan Luth ni. Dia tak mengelak langsung dari Qaira. Lepastu topic tu jadi topic paling hot dekat sekolah tu. Yelah budak paling hot.. Mana tak hot...! " jelas Nadia.
"Ouh... Eh jap. Luth bukan ke dekat Kedah?" soal Lisha pelik.
"Ni pun kau tak tahu?!" tanya Nadia sambil mengoncang-goncang bahu Lisha.
"Woi! Sikit-sikit sudah ah! " marah Lisha.
"Luth ni senior baru dekat sekolah kita dulu. Tulah kau... Study je tahu dekat sekolah tapi tak pandai-pandai jugak...!" sindir Nadia.
'Hish dia ni kan...sempat perli aku lagi..." bisik Lisha dalam hati.
"Eh, eh, eh...at least aku lagi pandai dari kau!" kutuk Lisha.
"Tapi... " sambung Lisha.
"Yang lebih-lebih kau tanya sendiri dekat Luth." kata Nadia.
"hmm... Eh tu Ayu! Ayuuuu!!" jerit Lisha lalu berlari ke arah Ayu begitu juga dengan Nadia.
"Weh, malulah orang tengok!" kata Ayu perlahan.
"Yelah kak Ayu...mari kita pergi coffeebean." kata Lisha perlahan sambil mengerdip-ngerdip matanya.
"Hish, ingat comel? " soal Nadia dan Ayu serentak.
"Haah aku memang comel. Kenapa? Cemburu? " ujar Lisha lalu mengangkat-angkat keningnya.
"Weh, Luth ah dekat belakang tu! Macam dengan perempuan lain!" kata Nadia lalu menuding jari ke arah belakang Lisha.
"Mana! Mana! " Lisha mencari kelibat Luth seperti dikatakan Nadia.
"Aik? Tak ada pun? Na—" Lisha menoleh semula ke depan. Kosong. Nadia adan Ayu sudah tiada dari pandangannya.
"Hish! Kurang asam kau Nadia!" kata Lisha dengan geram.
***
PAP!!
"Woi! Sakit ah! Ayu tengok Lisha ni... " adu Nadia kepada Ayu. Ayu hanya mengeleng-geleng kepalanya melihat dua sahabatnya bergaduh manja.
"Apasal kau tipu aku ha?! Sampai hati kau kan? Taik unta betullah kau ni!" Lisha mencubit Nadia di lengannya.
Nadia mengerang kesakitan sambil mengosok-gosok lengannya.
"Kaulah! Perasan comel! Aku dengan Ayu apalagi. Tinggalkan kau ah!" ujar Nadia. Lisha memuncungkan bibirnya.
"Eleh, tarik muncung tu bagi panjang baru tau! " Nadia mengacah-acah seperti mahu menarik-narik muncung Lisha.
Lagilah memuncung bini orang tu!"Dah, dahlah tu korang ni. Macam budak-budak! Kau ni Lisha dah jadi isteri orang pun perangai macam budak-budak. Yang kau ni bride to be pun macam budak-budak. Aku tak tahulah macam mana suami korang nak hadap korang. Haih..." bebel Ayu. Nadia hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk manakala Lisha terpaku seperti patung.
"Weh, kau asal Lisha? Takkan terkejut aku nak kahwin kot? Kan jumaat lepas aku dah bagitahu? Weh! Asal" soalan Nadia hanya masuk ditelinga kanan keluar telinga kiri.
Sekarang ini dia merasa tidak selesa di tempat duduknya. Air mata bertakung. Suhu menjadi panas. Hati membara terhadap apa yang dilihatnya.
"Lisha" panggil Ayu. Namun tiada respon dari Lisha.
Nadia dan Ayu berpaling ke arah mana dilihat oleh Lisha sehingga boleh membuat Lisha terpaku.
Nadia terkejut, Ayu melopong dan Lisha seperti tadi tiada perubahan bagaikan mayat hidup di sebelah Nadia.
"Weh...Lisha.. Tu bukan Luth ke? And that was Qaira.... " kata Nadia perlahan.
Air mata menitis. Dia tidak sanggup melihat suaminya berpegangan tangan, tersenyum manis dengan perempuan lain terutama sekali Qaira.
"Lisha... " ujar Ayu perlahan sambil memegang tangan Lisha. Sayu hatinya melihat Lisha menitiskan air mata. Air mata yang sekian lama tidak menitis dihadapannya. Ia amat perit dilihat sahabat sendiri dalam kesedihan.
"Ak... Aku n..nak balik. Aku ta..tak nak duduk sini...maaf." ujar Lisha bersama tangisan kecil lalu melangkah keluar dari tempat itu.
Luth yang sedang melayan karenah Qaira seperti terlihat kehadiran Lisha di mall itu. Tetapi dia menganggap bukan Lisha.
"You, I nak yang ni? Boleh tak?" soal Qaira manja sambil memeluk lengan Luth.
"You belilah sendiri. I tak bawak duit. Cash pun tak ada, tertinggal dekat kereta." bohong Luth. Kenalah menipu. Kalau tak habis pokai duit dia.
Tanpa mereka berdua sedari, terdapat seseorang sedang memerhati mereka.
Klik!
Klik!
Klik!
Klik!
Orang tersebut tersenyum puas. Telefonnya berbunyi.
"Okay bos, semua beres! Cantik! Okay, saya akan uruskan semua. Bos jangan risaulah. Ye, confirm." telefon ditutup lalu dia tersenyum sinis. Masyhuk!
"You, I rasa macam someone ikut kita." bisik Qaira perlahan.
Luth menoleh kebelakang.
"Tak ada pun. Maybe it just your imagination. It's okaylah, don't worry about it " ujar Luth untuk menenangkan Qaira. Bukan hanya Qaira yang rasa diikuti bahkan Luth pun sama merasakan perkara yang sama.
"Okay... You, I nak baliklah. Ha! , one more thing. Malam ni I, eh I mean my mom and dad buat open house and you're invited also your wife. Okay? Can you?" ujar Qaira sambil merenung Luth.
"Ouh, okay. Thank you for invited me and my wife. I will go tonight" balas Luth dengan senyuman.
____________________________________
Are you guys okay?
Saya ni tak beberapa pandai nak buat part sedih² ni. 🙈
Btw, korang mesti tunggu lama gak an nak tunggu saya update cerita ni?
Patik ingin memohon ampun beribu-ribu ampun.😥🙏
Oklah!
Bye! Cau lu! 💨💨💨
YOU ARE READING
Suamiku Encik Sombong+Garang (Hold On)
Romance[HEROIN] Nur Edryna Khalisha Binti Dato' Ahmad, seorang gadis yang cantik, sopan dan bertudung. Dia ni jenis yang kasar kalau orang berkasar dengan dia terutama sekali pada lelaki yang bernama Muhammad Luthfi Khusyairi! [HERO] Muhammad Luthfi Khus...