PROLOG

3.5K 40 0
                                    

Di mall...

''Woi! Kalau jalan tu pandang depanlah! Buta ke!! Kau tengok seluar aku dah kotor! Kau bersihkan sekarang!'' tiba-tiba dia berasa marah teramat! Selalunya kalau orang lain buat dia ok je? Asal harini rasa macam lain pulak bila minah ni buat kat aku! Rasa macam nak marah sangat!

''Maaf encik saya tak perasan...''kata lisha sambil menundukkan wajahnya memandang lantai yang tadi bersih kini menjadi coklat kerananya.

''Kalau nak minta maaf tu pandang lah muka aku! Kau ingat aku ni apa!''marah lelaki tu lagi.
Lisha mengangkat wajahnya menghadap lelaki yang memarahinya

''Ha pandai pun angkat kepala tu! Ingatkan tadi ada batu kat kepala kau!''kata lelaki yang berada di depan lisha. 'Cantik!' tu sahaja yang boleh ditafsirkan apabila melihat seraut wajah yang berada di depannya. Tapi dalam hati sahaja boleh cakap macam tu! Huh! Kalau cakap kang jatuhlah egonya! Dahlah dah marah minah ni! pastu nak cakap dia cantik! Kang minah ni ingat aku playboy!

''Saya minta maaf encik'' kata lisha. 'Handsomenya!' kata hati lisha apabila melihat wajah lelaki yang menenkingnya tadi. Tapi sayang mulut macam puaka! Tak respect orang langsung! Huh!

''Aku tak maafkan kau selagi kau tak bersihkan seluar aku yang kau buat!'' Kata lelaki itu. Hahaha best pulak kenakan minah ni. Luth tersenyum sinis.

Hish tak boleh jadi ni! Makin lembut makin melebih pulak mamat ni! Apa dia ingat aku ni bibik dia ke nak kena bersihkan seluar dia?!

''Maaf encik...Tapi encik saya ni bukan bibik encik nak kena basuh seluar encik bagai! Lagi satu saya ni tak buta lagi! Kalau nak marah tu berpada-padalah sikit! Air tu tertumpah bukan saja-saja je saya nak tumpah kan! Saya pun tak inginlah nak tumpahkan air kat seluar encik!Maaf sekali lagi'' marah lisha. Lisha mengambil not 100 lalu selitkan pada poket baju lelaki itu dan berlalu pergi meninggalkan lelaki yang baran tadi.

Pergh minah ni! Boleh tahan jugak dia ni! Okay harini hari kau minah!Esok lusa kau tengok aku buat apa kat kau!

Suamiku Encik Sombong+Garang (Hold On) Where stories live. Discover now