BAB 10

1.4K 20 0
                                    

Sebulan kemudian.....

''Mummy! Angah taknak kahwin!'' jerit Lisha. Sekarang mana ada lagi kahwin-kahwin paksa ni!

''Angah...mummy nak yang terbaik untuk angah...mummy nak juga pegang cucu...kawan-kawan mummy yang lain semua dah ada cucu'' kata Puan Munirah.Dato' Ahmad hanya diam sahaja di sebelah isterinya.

''Mummy yakin lelaki yang mummy nak satukan dengan angah lelaki yang baik...''sambung Puan Munirah

''Mummy angah tak tahu pun dia siapa, macam mana nak terima! Mana mummy tahu dia baik? Macam mana nanti dia dera angah?!'' kata Lisha.

''Angah jangan fikir bukan bukan boleh tak!'' marah Ariff.

''Abang diam!'' marah Lisha

''Mummy, tolong lah! Angah taknak kahwin...! Angah muda lagi mummy...lagipun angah nak kahwin dengan orang yang angah cinta..''kata Lisha

''No! Angah kena kahwin juga! Pihak lelaki dah setuju, so jawapannya Muktamad.''tegas Puan Munirah.

''Ok mummy...angah akan cuba terima perkahwinan yang mummy atur...tapi boleh tak bagi angah sebulan...?'' pinta Lisha. Kalau mummy dah kata muktamad! That's mean benda tu akan terjadi. Lagi satu! Kenapa pihak sana setuju?! Kalau diaorang tak setuju mesti benda ni tak terjadi!

''Ok mummy bagi sebulan untuk angah, tapi lepastu no excuse lagi ok'' kata mummy. Aku senyum kelat.

''Thank you mummy...'' kata Lisha lalu dia menuju ke biliknya.

'Maafkan mummy angah...'monolog Puan Munirah.

***

Air mata yang mengalir dipipi dibiarkan, sekarang nie aku ada masa sebulan je...Ya Allah! Kenapa?

Tok tok tok...

''Sapa tu...?'' tanya Lisha dalam suara serak.

''Abang'' jawab Ariff. Dia tahu adiknya itu sedang menangis, sebab itu dia datang ke bilik untuk pujuk Lisha.

Pintu dibuka, setelah melangkah masuk Ariff menuju ke Lisha.

''Angah...''kata Ariff.

''Hmm..''kata Lisha malas.

''Angah jangan lah nangis..''pujuk Ariff

''Abang, angah sedih...abang bolehlah cakap macam tu sebab abang tak rasa apa yang angah rasa'' kata Lisha, air mata dibiarkan mengalir.

''Angah, memang abang tak rasa apa yang angah rasa tapi abang sedih tengok Lisha menangis...'' kata Ariff.

Lisha hanya berdiam diri.

''Angah, ingat tak bulan lepas kita ada deal something'' kata Ariff.

''Tapi bukan macam ni yang angah nak...'' Lisha meletakkan kepalanya di bahu Ariff itulah habitnya bila sedih tapi dengan Ariff sorang sahaja.

''Abang tahu angah, tapi angah kena terima...abang yakin apa yang mummy buat adalah pilih yang terbaik buat angah'' kata Ariff sambil mengusap lembut kepala Lisha

''Abang...angah akan cuba...''kata Lisha lalu memeluk Ariff.

**********

Dua hari berlalu....

'Ish mamat ni lagi!'

'Asal dia ada kat office ni?? Takkan kerja kat sini kot?'

Suamiku Encik Sombong+Garang (Hold On) Where stories live. Discover now