2 bulan kemudian...
Tuk...tuk..
"Assalamualaikum..." sapa Puan Munirah di muka pintu.
"Eh, mummy. Wa'alaikumsalam...jemput masuk mummy." ujar Lisha lalu menutup pintu.
Perutnya yang semakin kedepan itu diusap.
"Angah dah makan?" soal Puan Munirah. Rasa sebak masih ada didalam hatinya. Sudah 2 bulan anaknya hidup tanpa suami disisi.
Di manakah tempat persembunyian penculik itu?
Jawapannya masih di cari-cari oleh anak sulungnya.
"Dah. Mummy dah makan? Kalau belum, angah panaskan lauk yang angah masak tadi." pelawa Lisha sambil mengikat rambut ikal nya.
"Mummy dah makan dekat rumah tadi. Ha, angah makan apa tadi? Lauk apa? " soal Puan Munirah lagi.
Lisha hanya tersenyum mendengar soalan Puan Munirah. Dia tahu, mummynya masih risaukan keadaannya yang masih berseorangan tanpa suami.
"Angah makan ikan sambal dengan sayur masak lemak je mummy, senang dan kenyang! Hehe. " ujar Lisha yang tidak lekang dengan senyuman di bibir. Namun, ada banyak perkara yang sulit terpendam di sebalik senyuman.
"Ouh. Mummy datang sini sebab nak pastikan kamu okay."
"Eh, ha! Papa pesan, esok turunlah rumah. Papa rindu angah and papa minta maaf sebab tak dapat jenguk angah sebab papa sibuk. Itupun tergesa-gesa nak pergi kerja pagi tadi."
"Hahaha. Ha, iyelah. Nanti angah turun. Lagipun angah memang ada plan nak tidur rumah mummy satu dua minggu. Bosan duduk rumah. Abang Ariff pun tak selalu balik sini." ujar Lisha.
Selalunya, setiap dua hari seminggu abangnya menjenguk dia di rumah tapi sejak dua menjak ni. Abangnya selalu sibuk. Nak kata CEO ada banyak kerja....mungkinlah tapi takkan setiap hari? Entahlah. Dia pun sudah besar, pandai jaga diri sendiri.
"Lah, mummy ingatkan Ariff selalu jenguk angah dekat sini." ujar Puan Munirah.
"Mummy, angah nak pergi solat asar dulu lah ya. Sekejap lagi angah turun. Minta diri dulu." ujar Lisha lalu memanjat anak tangga ke biliknya.
Puan Munirah yang masih lagi setia duduk di sofa rumah Lisha termenung seketika.
Fikirannya melayang apabila teringatkan peristiwa di mana dia memaksa anaknya mengikut kehendaknya untuk mengahwini Luth. Tetapi dia tidak boleh salahkan takdir yang telah berlaku.
Jika dia mempunyai poket doraemon sekalipun, dia tidak boleh menukar takdir yang Pencipta-Nya atur kan. Rasa bersalah menyelubungi dirinya sendiri.
"Huh..." satu keluhan dilepaskan oleh Puan Munirah.
Mukanya diraup. Jam ditangan dikerling, masa sudah berganjak ke pukul 5:00. Nampaknya, dia harus pergi ke majlis antara datin-datin. Sungguh malas rasanya hendak ke sana. Sudahlah segelintir daripada mereka riak dan takbur. Suka menayang pelbagai barang mewah. Entah apa yang dibangga pun dia tak tahu. Sekali Allah tarik semuanya, meroyan pun tidak ada gunanya.
"Mummy... Jauhnya termenung... Fikir siapa? " soal Lisha setelah kembali selesai menunaikan solat asarnya.
"Eh, dah habis solat? Tak adalah, mummy saja termenung. Teringat balik zaman-zaman sekolah dahulu. "
"Hmm, angah. Mummy dah kena gerak dah ni. Karang lambat, tahu- tahu aje lah perangai diaorang tu. Tidak reti bersabar. Maaflah ya, mummy datang sekejap je." ujar Puan Munrirah sambil berjalan ke muka pintu.
"Tak ada hal lah mummy, ya angah tahu. Mumny takpayah risau pasal angah. Angah pandai jaga diri mummy, angah dah besar. Nak jadi mak orang pun ni ha." ujar Lisha lalu menyambut salaman mummynya.
YOU ARE READING
Suamiku Encik Sombong+Garang (Hold On)
Romance[HEROIN] Nur Edryna Khalisha Binti Dato' Ahmad, seorang gadis yang cantik, sopan dan bertudung. Dia ni jenis yang kasar kalau orang berkasar dengan dia terutama sekali pada lelaki yang bernama Muhammad Luthfi Khusyairi! [HERO] Muhammad Luthfi Khus...