"Ab...abang...""Abang...jangan tinggalkan Lisha..."
"Sayang." ujar Luth sambil menggosok matanya.
Kepala Lisha diusap perlahan untuk mengejut isterinya itu yang masih bercakap dalam tidur itu.
"Sayang, bangun." kejut Luth namun tiada respon dari Lisha. Tangisan kecil Lisha membuatnya semakin bimbang.
"Abang!" jerit Lisha sambil mengalirkan air mata.
"Sayang, abang dekat sini."
"Sayang, kenapa menangis ni? Bangun sayang." ujar Luth lalu menepuk pipi Lisha perlahan.
"Sayang..." panggil Luth lagi.
"Abang?" soal Lisha yang baru tersedar dari tidurnya.
'Ya Allah, kalau pertemuanku dengan suamiku ini hanyalah mimpi. Aku mohon padamu Ya Allah, Kau berikanlah aku masa untuk memeluknya lebih lama. Aaminn' ujar Lisha dalam hati.
"Abang!" ujar Lisha lalu memeluk Luth erat. Air mata yang mengalir dibiarkan.
"Sayang, kenapa menangis ni?" soal Luth namun Lisha hanya menggelengkan kepalanya.
"Please don't leave me and our baby. Sayang masih perlukan abang. Walaupun ini hanya mimpi, tolong jangan tinggalkan sayang." ujar Lisha dalam pelukan Luth sambil menangis.
"Wait. Nightmare? Please look at me, dear." ujar Luth sambil kerutan didahi.
Dia berasa pelik akan situasi sekarang.
"Apa yang sayang merapu ni? Tinggalkan sayang dan baby kita? Mimpi?" soal Luth sebaik sahaja dia melepaskan pelukan mereka. Kini, kedua-dua belah bahu Lisha dipegang.
"Husm.., sayang rindu abang. Kenapa abang dah tak balik rumah. Sebulan tahu tak? Kata janji nak balik rumah lepas kerja abang habis." omel Lisha sambil menatap mata hazel Luth. Dia rindu akan wajah ini. Namun ini hanya mimpi.
"Apa sayang merepek ni? Kerja? Sayang, kan abang dah ambil cuti sebulan untuk jaga sayang. Tak ingat ke? Lagi satu, sayang rasa sekarang ini dalam mimpi ke?" ujar Luth lalu menghapuskan air mata Lisha dengan ibu jarinya.
Rambut depan Lisha yang terjuntai itu, diselitkan ke tepi telinga.
"Tapi..." ujar Lisha lalu membatalkan niatnya untuk meneruskan percakapannya.
'Wait! Kalau ini bukan mimpi, maksudnya....'
"Hehe... Sorry. Tadi–"
"Semua tu mimpi sayang. Sayang mengigau tadi, dah pergi ambil air sembahyang. Kita solat sama-sama, dah nak dekat subuh ni." ujar Luth. Baru sahaja dia mengangkat punggungnya. Badannya lantas dipeluk Lisha lagi.
"Sekejap." ujar Lisha sambil memeluk Luth lalu Luth membalas pelukan Lisha erat. Pipi Lisha dikucup lama, kemudian dahi Lisha pula dikucupnya lama.
"Abang tak akan tinggalkan sayang dan anak kita sehingga ajal abang datang. I love you Mrs. Luth." bisik Luth di telinga Lisha sambil mengusap rambut Lisha.
"Janji?"
"Janji! Dah jom, bangun cepat. Haih, mak orang ini kan...manja terlebih. Macam manalah kalau abang dah tak ada."
"Aaa....! Janganlah cakap macam tu. Abang dah tak sayang Lisha...sampai hati abang nak tinggalkan Lisha lagi..." ujar Lisha lalu kembali menangis.
Luth menepuk dahinya.
"Menangis lagi sayang abang ni. Alolo, janganlah macam ni. Ya, abang takkan tinggalkan sayang. No more crying please, I hate it. "ujar Luth lalu memujuk Lisha sehingga tangisan Lisha reda.
YOU ARE READING
Suamiku Encik Sombong+Garang (Hold On)
Romance[HEROIN] Nur Edryna Khalisha Binti Dato' Ahmad, seorang gadis yang cantik, sopan dan bertudung. Dia ni jenis yang kasar kalau orang berkasar dengan dia terutama sekali pada lelaki yang bernama Muhammad Luthfi Khusyairi! [HERO] Muhammad Luthfi Khus...