BAB 16

1.3K 19 0
                                    

Selepas pergaduhan itu berlaku. Lisha membuat haluannya sendiri. Luth kerap meminta maaf tetapi Lisha hanya memekakkan telinganya.

"Sayang look at me." arah Luth sambil memegang bahu Lisha.

"Awak nak apa? Lepaslah, saya nak mandi." Lisha berusaha untuk melepaskan diri tetapi makin lama dia menolak Luth, makin kuat Luth memeluknya.

"Sayang, maafkan saya please.." rayu Luth sambil menatap mata Lisha.

"Saya dah lama maafkan awak" tipu Lisha.

"Saya tahu sayang tipu saya. You can't even lied to me, sayang. Maafkan saya, ye sayang." rayu Luth.

Lisha mendiamkan dirinya dan memusingkan badannya dalam pelukan Luth.

"Sayang?" Luth memusingkan badan Lisha menghadapnya.

"Sayang. Hey, kenapa sayang menangis ni? Jangan menangis please." Luth menyeka air mata Lisha dipipi.

"Saya minta maaf awak. Saya...saya tahu saya bukan isteri yang sempurna untuk awak. Saya..." ucap Lisha dalam tangisan lalu memeluk erat Luth.

"Shh...kita sama-sama tidak sempurna sayang. Semua itu boleh diperbaiki sayang. Sekarang sayang pandang saya" ucap Luth lalu menolak lembut dagu Lisha ke atas.

Apabila mata mereka bertembung, terasa degupan jantung terhenti seketika lalu berdegup laju.

"Sayang, saya cintakan sayang." luah Luth lalu mengucup dahi Lisha lama.

"Sayang nak tahu tak bila saya jatuh hati pada sayang? Hmm?" kata Luth lalu tersenyum manis.

"Err, bila? " tanya Lisha sambil merenung Luth.

"Since eighteen years ago." jawab Luth.

"Eighteen years! Lamanya!" terkejut Lisha apabila mendengar jawapan dari Luth. Dia tidak sangka sedalam dan selama itu cinta Luth padanya.

"Ye, sayang"

"Sayang kita duduk dululah" kata Luth lalu mereka masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa ruang tamu.

"Okay sekarang kita nak buat apa?" tanya Lisha.

"Kita kongsi cerita nak? Saya bosanlah." jawab Luth.

"Hmm, okay. Awak mula dululah." kata Lisha.

"Okay saya cerita dululah."

"Sayang nak tahu kenapa saya marah sayang dahulu?" soal Luth

"Nak! Nak!" jawab Lisha. Gila kau tak nak tahu kenapa Luth marah aku time tu.

"Okay, first saya nak minta maaf dulu sebab saya marah awak eighteen years ago."

"Saya maafkan awak"

"Thank you sayang. Okay sekarang kita mula. Masa sehari sebelum awak nak pindah, saya kurung diri saya dalam bilik sebab nak awak datang jumpa saya. Hehe, gila tak saya? Sebab awaklah saya jadi macam tu"

"Eh sayang pulak!" kata Lisha.

"Can you say it again, sayang?"

"Err, eh sambunglah cerita awak tu. Saya nak masak sekejap lagi ni"

"Eleh, mengelak pulak dia. Tak apalah, Oklah...oklah, awak dilepaskan kali ini. Nasib saya sayang." ucap Luth.

"Eii geram!" kata Luth sambil mencubit lembut pipi Lisha.

Lisha menjeling tajam Luth kerana mencubit pipinya.

"Masa tu saya tak nak makan, tak nak minum sampai ibu menangis nak saya keluar dari bilik tapi saya tak nak keluar juga. Saya berharap sangat sayang datang panggil saya suruh keluar tapi sayang tak datang-datang. Saya marah gila dekat sayang masa tu, tu yang saya marah sayang pagi tu." jelas Luth lalu membuat muka sedih.

Suamiku Encik Sombong+Garang (Hold On) Where stories live. Discover now