Selepas habis makan,aku terus angkat pinggan ke dapur untuk dicuci.
Setelah selesai cuci pinggan aku kembali ke meja makan.
''Aunty uncel, boleh tak Lisha jalan-jalan tengok rumah ni?'' tanya ku akibat kebosanan melanda!
"Boleh, Lisha pergilah tengok-tengok ajak Luth sekali" jawab aunty Ammylia manakala uncel hanya senyum kepada ku.
Perangai aunty ngan uncel tak sama langsung dengan perangai mamat kat sofa tu!
"erk...Luth? hmm takpe kot sebab LIsha lagi suka jalan sorang-sorang" kata ku. Alah kat kawasan rumah ni je pun...buat apa nak berteman lagi-lagi berteman mamat tu.
"Oklah kalau macam tu..." kata aunty. Aku pun apalagi! Senyum sampai telinga ah! Nasib mamat tu tak ikut.
***
Pemandangan yang berhias bukit yang jauh itu kehilatan sangat indah.
Patutlah aunty ngan uncel beli rumah kat sini! Pemandangan kat area sini cantik, lagi-lagi rumah atas bukit macam ni!
'Nasib kat sini ada sofa boleh tido jap, huargh ngantuknya'
***
Lisha terjaga apabila dia merasakan ada seseorang duduk di sebelahnya.
Mata dikesat untuk melihat siapa yang berada di sebelahnya.
'Eh dia buat apa kat sini? Takkan nak teman aku kot? '
"Bukan aku yang nak teman kau kat sini, ibu yang suruh aku pergi cari kau" kata Luth dengan muka ketat. seperti tahu apa yang Lisha fikirkan.
Hak elah mamat ni! Yang kau beria-ria nak cari aku pahal!
"Kau masuk dalam!" arah Luth.
"Apa awak ingat saya ni biri-biri ke? Main arah-arah je!" kata ku tidak puas hati.
Apa dia ingat aku ni biri-biri dia ke? Bila time makan, makan. Bila time masuk rumah, masuk?!
"Masuk jelah tu pun susah ke!" marah Luth. Orang dah bagi masuk kira baik lah tu! Kalau aku tak bagi masuk cakap orang biadap pulak!
Lisha bangkit dari duduknya lalu baju di kibas perlahan supaya tiada habuk yang melekat di baju. Kaki dihentak-hentak tanda protes tapi takda lah over sangat!
Luth yang sedang melihat Lisha dari ekor matanya hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat perlakuan Lisha tadi.
END
**********
Apabila lif terbuka aku terus melangkah keluar tanpa menoleh kiri kanan.
Kotak diletak di atas meja dan terduduk kerana keletihan.
Kau ni Lisha dah macam orang tua! Baru tingkat 25 tu pun dah penat! Bukannya naik tangga naik lif!
Lisha tersenyum sendirian tetapi senyumannya mati apabila mata bertembung dengan mata Luth yang berwajah ketat yang memandangnya pelik.
"Alamak malunya!" kata Lisha perlahan.
***
"Lisha welcome to our department!" kata Nadia iaitu kawan Lisha dan Ayu dari zaman sekolah.
"Thank you Nad!" ucapku lalu tersenyum.
"Lisha lunch ni kita keluar sama nak?" ajak Nad.
YOU ARE READING
Suamiku Encik Sombong+Garang (Hold On)
Romance[HEROIN] Nur Edryna Khalisha Binti Dato' Ahmad, seorang gadis yang cantik, sopan dan bertudung. Dia ni jenis yang kasar kalau orang berkasar dengan dia terutama sekali pada lelaki yang bernama Muhammad Luthfi Khusyairi! [HERO] Muhammad Luthfi Khus...