Kring!!!!
Tap!
Jam mickey mouse Lisha campak akibat terlalu geram.
"Ish, bising betul. Orang nak tidur pun tak boleh." rungut Lisha. Kemudian dia memusingkan badannya dan kembali tidur.
Tangannya didepa luas-luas. Kini sudah masuk dua bulan usia kandungannya. Perut yang sedikit membukit itu diusap sambil tersenyum kelat.
"Baby nak pergi jalan-jalan tak?" soalnya sambil mengusap perutnya.
"Kalau nak jalan-jalan. Kita kena mandi dulu." ujar Lisha berseorangan di dalam bilik.
Tuala mandi yang di sangkut di mini ampaian di capai lalu melangkah masuk ke bilik mandi.
***
"Huh..." Lisha mengeluh. Selepas memakai pakaian, dia melihat pantulan dirinya di cermin.
"Macam ni ke rupa aku selama ni? Baby, maafkan mama. Mama letih. Mama letih tunggu papa balik. Bila papa nak balik?" ujar Lisha. Sekelip mata air matanya jatuh. Dia rindu. Dia rindu Luth.
Falshback.
"Abang, boleh tak jangan pergi?" pinta Lisha sambil memeluk Luth yang sedang mengikat tie.
"Sorry, sayang. Abang kena pergi juga. Abang ada kerja. Bukan nak mengorat perempuan lain." balas Luth lalu memusingkan badannya menghadap Lisha.
"Sayang takut. Takut nak duduk rumah seorang. Abang janganlah pergi." pinta Lisha lagi. Semenjak mengandung ini, emosinya mudah terganggu. Seperti situasi sekarang. Air matanya sudah bertakung.
"Sayang, listen. Abang akan jaga diri abang. Sayang janganlah macam ni. Please. Abang tak nak tinggalkan isteri abang dalam keadaan sedih. Tolong? Okay. Abang janji abang akan call sayang setiap hari. Okay?" pujuk Luth. Sungguh hatinya rapuh untuk meninggalkan isterinya dan anaknya. Tetapi dia mesti pergi kerana urusan kerja. Kerja untuk menyara hidup keluarganya.
"Ab...abang... No. Please. Tak kesian ke dengan baby kita?" ujar Lisha lalu meletakkan tapak tangan Luth di perutnya.
Entah mengapa hatinya amat khuatir untuk melepaskan Luth.
"Sayang. Tolonglah jangan macam ni. Abang kena pergi. Dah lambat dah ni. I'm promise you. Abang akan balik dengan selamat. Sayang jangan macam ni. Seminggu je. Nanti abang balik." ujar Luth sambil menghapuskan air mata isterinya lalu dia mengucup dahi Lisha lama.
"Promise? Abang jangan lupa janji abang. Kalau tak. Sayang kerat abang." ujar Lisha bersama gurauan namun di hatinya hanya tuhan yang tahu.
"Ya. Sayang ni jangan garang sangat nanti baby kita ikut sekali. Kalau rindu abang, tu. Tengok gambar abang. Confirm terubat rindu sayang. Eh, okay sayang. Abang kena oergi sekarang. Bye, jaga diri, jaga baby kita. Assalamualaikum." ujar Luth lalu bergegas menarik beg bajunya dan pergi bersama keretanya.
"Waalaikumsalam! Bye abang!" ujar Lisha sambil melambai-lambai di dalam pagar rumahnya.
End of flashback.
"Baby, kenapa papa dah tak telefon mama? Abang, mana abang. Sayang rindu." ujar Lisha lalu terduduk sambil melayan perasaan rindunya.
Luth janji mahu pulang ke rumah selepas seminggu kerjanya habis. Tapi kini sudah masuk minggu ke tiga. Luth masih tidak munculkan diri.
Berita ini sudah diberitahu keluarganya dan keluarga Luth. Semua tempat sudah dicari namun tidak membuahkan hasil. Mereka tidak dapat menjejak Luth. Pemergiannya membuat Lisha semakin pilu.
Tut... Tut... Tut.. Tut...
"Nombor yang an–" talian di tutup. Sudah beratus kali dia cuba untuk menghubungi Luth. Namun suara yang sama berbicara.
Doktor sudah pesan kepadanya bahawa dia tidak boleh terlalu tertekan. Kena cuba untuk mengawal emosi kerana bayi didalam kandungan ini masih lemah.
"Sorry baby." bisik Lisha. Dia harus kuat unutk menempuh cabaran yang perlu dihadapi sekarang. Cabaran sebagai seorang ibu mengandung dan cabaran seorang isteri.
Air mata yang mengalir dipipi, dihapuskan. Beg tangan dicapai lalu dia bergegas turun ke bawah.
Semasa melangkah turun tangga tiba-tiba kakinya tersilap langkah.
"Allah!! "
******************************
Sorry ah, kalau bab ni tak best. 😬😬
Bye! Cau lu! 💨💨💨
YOU ARE READING
Suamiku Encik Sombong+Garang (Hold On)
Romance[HEROIN] Nur Edryna Khalisha Binti Dato' Ahmad, seorang gadis yang cantik, sopan dan bertudung. Dia ni jenis yang kasar kalau orang berkasar dengan dia terutama sekali pada lelaki yang bernama Muhammad Luthfi Khusyairi! [HERO] Muhammad Luthfi Khus...