"Lisha!!" jerit Ariff.
"Ariff. Bangun!" kejut Puan Munirah sambil mengoncang bahu anak sulungnya yang mengigau.
"Ha? Mummy, Ariff mimpi buruk pasal Lisha." ujar Ariff selepas sahaja dia membuka mata.
"Mimpi? Kamu ni ada-ada je. Tulah mummy cakap jangan tidur selepas asar. Kan dah mimpi buruk." bebel Puan Munirah.
"Mummy. Ariff tak sedap hatilah. Mummy, Ariff nak call Lisha." ujar Ariff lantas dia mengambil telefonnya.
Nombor Lisha di tekan.
"Angah..." ujar Ariff perlahan. Dia amat risau akan Lisha. Dia rasa mimpi itu adalah benar iaitu Lisha accident dan memanggil namanya.
TUT... TUT... TUT... TUT...
"Alah! Aku tak nak dengar suara kaulah mak cik!" Ariff memarahi suara voicemail. Ariff mengeluh. Badannya berpeluh.
Ya Allah, kau lindungilah adik aku Lisha Ya Allah. Sesungguhnya aku amat menyayanginya Ya Allah.
Kringg! Kringg! Kringg!
Telefon rumah berdering. Ariff segera berlari mendapatkan telefon rumah.
"Hello. Asalammualaikum. Siapa ni?" soal Ariff.
"Abang Ariff! Kak... Angah! Angah accident! Abang datang Damansara Specialist hospital!" ujar Lisa kerisauan. Hanisa dan Wawa sentiasa berada disisi Lisa turut merasakan kasihan dengan apa yang menimpa Lisha.
"Allah! Okay, abang akan datang! Wait for me. Allah... Angah..." ucap Ariff sebelum menitiskan air mata. Dia tidak sangka perkara yang dimimpi adalah benar.
Perlahan-lahan telefon rumah diletak. Lututnya lemah mendengar berita buruk tersebut.
"Mum.... Mummy!" jerit Ariff.
"Ya? Kenapa menangis ni?!" soal Puan Munirah lalu mendapatkan Ariff yang sedang menangis teresak-esak.
"Mummy... Ang... Angah accident! Kita ken...kena pergi Damansara Specialist Hospital!" ujar Ariff gagap sambil menahan tangisan.
Puan Munirah terpaku selepas mendengar berita yang disampaikan oleh Ariff. Perlahan-lahan dia menenangkan dirinya.
"Dah... Jom kita pergi sekarang. Ariff kena kuat. Kalau Ariff macam ni macam mana mummy nak kuat? Please, I'm begging you... Let's go." ucap Puan Munirah sebelum mengambil kunci kereta BMW nya. Dia memegang tangan Ariff erat.
Selepas Ariff menutup pintu rumah. Dia diarahkan supaya duduk di tempat penumpang oleh mummynya.
"Tak apa mummy. Ariff boleh drive." bantah Ariff.
"No! Mummy tak nak. Biar mummy drive. Kamu tu dahlah mata tengah bengkak. Karang kalau apa-apa terjadi macam mana? Dah, pergi duduk sana!" arah Puan Munirah tegas.
Ariff terpaksa mengalah. Dia tahu mummynya risau akan keadaannya sekarang. Terasa macam lemah sangat apabila berhadapan dengan mummynya. Mummy kuat sedangkan dia tengah menangis.
Kereta BMW meluncur selamat di atas jalan raya.
****
Ariff seperti teringat sesuatu lantas dia mengambil telefonnya di dakam poket kirinya.
"Ayu... Lisha... Okay, I know." ujar Ariff. Ayu sudah mengatakan dia sudah dimaklumkan oleh Lisa, sekarang dia dalam perjalanan ke hospital bersama Nadia dan tunang Nadia.
"Ariff. Jom masuk." panggil Puan Munirah dan mereka berdua melangkah masuk ke dalam hospital tersebut.
Setelah sampai ke kawasan emergency. Ariff segera memeluk Lisa.
YOU ARE READING
Suamiku Encik Sombong+Garang (Hold On)
Lãng mạn[HEROIN] Nur Edryna Khalisha Binti Dato' Ahmad, seorang gadis yang cantik, sopan dan bertudung. Dia ni jenis yang kasar kalau orang berkasar dengan dia terutama sekali pada lelaki yang bernama Muhammad Luthfi Khusyairi! [HERO] Muhammad Luthfi Khus...